Rabu

Weight Management Tips - Strategi pemakanan yang mudah

Bila sebut diet je ramai orang ingat kena diet macam orang somalia. Then baru boleh kurus. Tapi sebenarnya ada strategi tertentu yang diperlukan agar kita boleh menurunkan berat badan secara sihat. Ramai orang yang berjaya turunkan berat badan dengan diet somalia ni biasanya tak sihat. Kena aneroksia la, bulimia la, kalau tak pun badan kurus tapi kulit nampak kusam, muka pun cengkung je.

Strategi pemakanan yang aku rasa paling mudah tapi orang susah nak amalkan

(1) Elakkan diri dari makan makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi sebab ianya membekalkan tenaga tetapi tidak mengandungi sebarang nutrients. (Dipanggil empty calorie)
(2) Gantikan makanan dan minuman yang tinggi kalori dengan yang berkalori rendah adalah sangat penting. Contohnya gantikan minuman berkarbonat dengan jus buah-buahan.
(3) Pilih jus buah-buahan yang tidak ditambah dengan gula.
(4) Gunakan pinggan yang berwarna gelap or pinggan yang lebih kecil. Pinggan yang lebih gelap mengurangkan selera makan. Manakala pinggan yang lebih kecil mengurangkan risiko kita masukkan makanan dengan banyak ke dalam pinggan.

**Apabila mengurangkan jumlah kalori yang dimakan, pertimbangkan pengambilan multivitamin dan multimineral supplement bagi memastikan tubuh mendapat segala nutrients yang diperlukan setiap hari.

Selamat berjaya!

2 comments:

Nini Hartini berkata... [Reply]

hehehe..patutlah tini tak gemuk2 ye. mmg makan guna pinggan kecik. suami pun same. hehehehe..bini ajar laki makan gune pinggan kecik.

Unknown berkata... [Reply]

tini,saya guna pinggan besar..tapi tak gemuk2 jugak..doktor suggest ambik protein powder twice daily.. kemudian makan 6 kali small meals.. tapi tak dapat nak commit buat lagi..protein powder mahal kemain..hahaha..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com