Khamis

Persiapan ramadhan

Teringat aku bulan puasa tahun lepas..Aqil chan lahir 11 Ramadhan. Waktu tu hubby pesan dah kalau tak larat tak payah puasa..Dia tahu jugak yang sang isterinya ini sangatlah degilnya..Puasa jugak..Hari ke 11 kena cirit birit pulak..kononnya nak ambik MC..

Sampai kat klinik rupanya si kecil dah tak sabar nak jumpa ibu ayah dia..Terpaksa jugaklah aku ponteng puasa 20 hari tahun lepas...

Puasa tahun ni juga amat bermakna bagi aku sebab tahun pertama aku berpuasa sambil menyusukan Aqil (dlm keadaan puasa). Aku harap aku dapat melalui Ramadhan tahun ni tanpa perlu memontengkan diri sebab tak tahan kebuluran..hahaha..

Aku da mula dapat simpan stock so harap-harap jangan la Aqil ada growth spurt ke tiba-tiba dia rasa nak minum lebih sikit bulan puasa ni. (jahatnya ibu dia..hehe)

2 comments:

Ilyana berkata... [Reply]

Selamat berpuasa!! saya pun risau puasa dlm kebuluran time nyusukan budak kichik tu. hehehe.. moga dipermudahkan.. ;)

Unknown berkata... [Reply]

Aminn..semoga puasa tahun ni lebih baik dari tahun2 yang sudah...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com