Sejak akhir-akhir ini, banyak sekali saya melihat orang membawa tabung derma untuk Gaza. Baik di stesen LRT. Malah kat ATM machine pun ada. Saya bukan kedekut nak menderma. Tapi, kadang-kadang saya melihat badan-badan yang melancarkan tabung untuk Gaza ni seolah-olah sedang mencari keuntungan daripada wang yang didermakan.
Saya bukan nak bersangka buruk. Tapi realitinya..saya ingin sekali mengetahui berapa peratus dari wang yang didermakan oleh orang ramai benar-benar sampai kepada penduduk Gaza yang amat memerlukan bantuan. Sekiranya mereka benar-benar ingin membantu, kenapa perlu diadakan banyak tabung berasingan. Adalah lebih baik sekiranya adakan satu tabung. Menjimatkan kos untuk membayar orang yang menguruskan kewangan itu.
Mungkin mereka ingin mengambil nama daripada kerja-kerja kebajikan yang mereka lakukan.. Ish..ish..tak baik bersangka buruk..tapi..sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja tadi, saya terfikir..masih ramai lagi orang yang tak cukup makan di Malaysia..Masih ramai lagi kanak-kanak yang tak dapat pergi sekolah sebab kemiskinan dan kekurangan kemudahan..Kenapa masih banyak kemiskinan kat Malaysia sedangkan berjuta-juta duit hasil kutipan zakat. Lebih penting ke bantu orang di luar negara berbanding rakyat di negara sendiri..
Seolah-olah..kera di hutan disusukan..anak dalam buaian mati kelaparan..
Note : Tapi anak orang sekarang tak lapar walau pun ibu dia tak susukan dia..minum susu Lembu..hehehe..
Khamis
Tabung Gaza
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
0 comments:
Catat Ulasan