Last weekend, angah ajak satu family outing makan-makan + jalan-jalan ke Melaka. Mulanya hubby tak mahu sebab
(1) dia takde interest ngan Melaka
(2) Kereta nak bawak pegi servis
(3) Dia rasa Melaka tak menarik
Aku pun jual mahal dengan angah..hehe..tapi lastnya disebabkan rasa bersalah kalau tak pegi.. Aku pujuk jugak ajak hubby pegi..Disaster jugak la pegi sana..
Dah la pagi sebelum pegi tu aku tercubit pipi hubby yang dalam proses nak baik dari sakit gigi. hehe..Ampun..orang lupa..Lepas tu ok la..sampai Melaka, kitorang pegi ambik angah kat bus stand Melaka..Konvoi 3 kereta. Pegi kat apartment yang nak sewa tu.
Petang sikit kitorang keluar, aku da siap mandikan Aqil sebab takut balik malam. Disebabkan oleh miscommunication, kitorg lost kat bandar. Ayah dengan ibu naik dengan kitorg, ayah instruct hubby drive pegi kat tempat nak makan (Pernu) Lepas tu, tengok orang lain semua pegi arah lain. Bila call rupanya diorang pegi kat Dataran Pahlawan..Sakan la ayah marah sebab diorang tak bagi tau awal-awal..
Tanya-tanya ngan orang jumpa gak jalan nak pegi Dataran Pahlawan tu. Sampai sana, terus konvoi pegi tempat makan. Jumpa Along kat sana. Da siap semayang maghrib semua, baru lah order makanan. Tengah-tengah makan tiba-tiba hujan pulak. Aku balut kepala Aqil dengan kain lampin macam singh..hehe..Sedap tapi aku makan sikit je..tak ada selera..Orang kedai pulak, buat taktau je..bukannya nak bagi payung ke apa ke..Servis macam hampeh. Nasib baik sedap.
Lepas tu ayah nak cari rumah kawan lama dia.Sesat lagi..hehe..Actually memang taktau kat mana. Almost pukul 11 malam baru jumpa..Kiranya macam jejak kasih la ni. Aku dengan hubby tak kisah pun..since Aqil pun goodboy sungguh..Langsung takde meragam. Orang lain da tak sabar nak balik..Kesian ayah..baru kejap borak..
Sampai apartment da pukul 1 pagi lebih..Aku mandi jugak sebab tak selesa seharian tak mandi. Bila nak tidurkan Aqil. Dalila nangis sebab tak puas main lagi..So aku pun lari gi tido kat hubby. Satu katil single tido 3 beranak..Haha..sakit bahu aku tido mengiring sepanjang malam.. The next day, kitorang pegi naik menara taming sari dengan pegi zoo Melaka.
Sampai tertido-tido Aqil letih..Sampai rumah semula pukul 6:30..Home sweet home..
Selasa
Family outing - Melaka
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
0 comments:
Catat Ulasan