Selasa

Friday night dinner

Last week aku teringin sangat nak makan ikan. Oleh sebab banyak ikan yang hubby tak makan, aku serba salah nak beli. Memang la hubby suruh beli je kalau aku nak makan, tapi takkan la aku makan ikan, hubby makan lauk lain yang tak sebest lauk ikan aku tu kan..haha..

So, masa bershopping barang dapur aku terdapat la idea..haaa.apa kata masak ikan cencaru. Beli 2 ekor. Lama jugak la ikan tu bertapa dalam peti sejuk sebelum aku masak..Sebenanya aku da lama teruja nak masak ikan cencaru sumbat..Jumaat malam tu aku pun masak ikut resepi yang aku buat ikut suka..

Ikan cencaru sumbat

Bahan-bahan :
Ikan cencaru dibuang perut dan dibelah belakang ( Aku belah kat 2 tempat atas arahan hubby )
Garam-kunyit (Nak sedap pakai kunyit hidup)
2 sudu cili boh
* 1 inci halia
* 1 sudu besar udang pepai
* 3-4 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
sedikit garam

Cara buat :
Lumur garam kunyit yang pada ikan cencaru.
Tumbuk bahan bertanda "*", kemudian campurkan sedikit garam dan 2 sudu cili boh.
Gaul hingga rata. Sumbatkan kedalam ikan cencaru yang telah dilumur garam-kunyit.
Goreng sehingga garing.
Sedap makan dengan nasi panas.

Jiran ketuk pintu pun buat tak layan.Takut diorang mintak..haha..Lepas ni nak try cencaru sumbat yang guna kelapa pulak..

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com