Rabu

My obsession

Aku sungguh obses pasal breastfeeding utk masa sekarang ni.. So bila aku tengok ada baby yg baru lahir minum susu formula aku rasa kesian..takde la aku cakap kat mak dia..tapi aku rasa hubby pun sama mcm aku..hehe..syukur aku sbb hubby sangat2 encourage aku breastfeed kan Aqil. Some more kadang2 dia pesan kat aku, bagi Aqil minum susu banyak2 bia cepat besar penuh dengan kebaikan susu ibu..hehe..

Aku obses jugak pasal nak buat cloth book dgn soft toys utk Aqil..Aritu aku dgn hubby da berjaya buat kasut utk Aqil. Comel sangat..hehe..walau pun aku jahit senget kiri kanan.. tapi aku bangga gak bole siapkan sepasang utk anak aku. Next project aku nak gi beli barang buat cloth book pulak..

2-3 hari ni aku tgh mengobseskan diri aku dengan cloth diapers ( bukan lampin yg mak kita guna dulu2 tau ) Aku da lama da tengok cloth diapers ni..tapi tak ada minat sangat..tapi terbaca la kisah2 cloth diapers yg boleh menjimatkan belanja..since mamy poko naik harga katanya..Aqil lak kuat poopoo sekarang.. So aku nak buat research beria ria dulu..lepas tu start storimori ngan hubby..cerita sampai dia terencourage ngan obsession aku tu.Actually masa aku nak dapatkan support dia nak breastfeed Aqil aku buat camtu gak..haha.Bila ada budget kita beliii..

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com