Selasa

Kena tinggal

Sehari lepas caeser aku terus boleh bawak balik rumah. Since rumah kitorg duk kat tingkat 4, aku duduk kat rumah kak long utk sementara waktu. Aku still tak boleh mandi sbb balutan tu belum bukak. Kadang2 waktu aku gi p, kena gak air sikit2..Ada bau yg tak menyenangkan. Risau gila aku. So 4 hari lepas caeser aku gi UMRA semula utk bukak balutan tu. Waktu bukak tu ngeri gak la..padahal takde apa pun. Tapi kata hubby kain pembalut tu kale + bau cam air longkang..hehe..segan aku ngan Doktor tu..

Lepas tu doktor belek Aqil sbb Aqil nampak kuning sikit..Dia suruh ambik darah dan terus admit..Ok oww..ni tak bes ni..So lepas ambik darah kitorg naik atas hantar Aqil kat nursery. Waktu bagi tu Aqil nengok aku dgn hubby dgn mata yg berkata "Ibu nak tinggal kita ke..." Bila aku masuk je lif..Aqil terus nangis.. Hubby naik balik lepas tu nak ambik no phone nursery pun dia duk nangis lagi..Waktu tu aku cam terdenga2 Aqil kata "Kita janji tak nakal..Ibu ngan ayah jangan la tinggal kita kat sini..." Petang tu kitorg datang balik dgn pampers dan keperluan Aqil. Aku pinjam Spectra 3 kak long utk pam susu bagi kat Aqil. Tapi still tak cukup sbb nurse kata Aqil minum banyak..Nurse terpaksa top up dgn similac.. adess..Waktu datang balik petang tu, aku nak menyusukan Aqil, tapi dia macam letih sangat... sayu aku nengok muka dia..

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com