Memaparkan catatan dengan label kedai dobi layan diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kedai dobi layan diri. Papar semua catatan

Selasa

Dobi layan diri perniagaan menguntungkan

Assalamualaikum

Sebenarnya 2-3 tahun kebelakangan ni perniagaan dobi layan diri boleh dikatakan amat popular di Malaysia. Khidmat biasanya available 24jam. Macam mesin duitlah kan. Orang bawak baju berbakul bakul dari rumah, bawak sabun sendiri dan basuh sendiri di mesin basuh yang disediakan.

Aku diperkenalkan dengan khidmat dobi layan diri ni setahun yang lalu oleh kedai dobi franchise Cleanpro. Agak skeptikal mulanya. Antara sebabnya adalah, selain daripada student, siapa yang saja saja nak datang basuh baju kat kedai dobi kan..? Faktor keselamatan juga dipersoalkan. Tahu je lah Malaysia ni. Ramai orang suka buat vandalisme. Nanti tak pasal pasal dengan mesin mesin basuh diangkutnya. Hahaha..

Tapi.. weekend aritu.. Mesin basuh aku rosak.. sob.. Mesin basuh tu dah 10 tahun dah pun.. Dah due nak tukar baru. Hehehe.. Alasan sangat kan. Wakaka..

So kami pun pergi mengangkut baju ke kedai dobi berdekatan. Perghh.. Tak sangka.. Full house tau.. Walhal situ bukan dekat dengan mana mana institusi pengajian tinggi pun. Yang datang nak cuci baju tu cuci baju lah. Maybe orang bujang kot. Yang laki bini anak beranak, datang nak cuci toto la, cadar la.. Bantal la.. Pun ramai. Ya.. Sebab capacity mesin basuh kat sini besar 14kg. So takde masalah nak cuci guna mesin diorang. Kalau lenjan mesin basuh sendiri yang 6-7kg nanti cepat rosak pulak kan.. (Tapi kami selama 10 tahun ni lenjan je cuci toto kat dalam tu..huhu..dasar cheapskate)

Kadarnya of course la lagi murah kalau dibandingkan dengan kadar cucian di kedai dobi yang orang tolong cucikan. Dan ada pulak option untuk cucian sejuk, suam dan panas. Kalau kat rumah sendiri memang takde lah option macam tu.

Pakat eksaited pestaim dapat cuci baju kat kedai dobi layan diri. Bergambar ngan mesin basuh pun boleh buat kanak-kanak rasa gembira. Hahaha.

Satu cycle kami cuci.. semua baju sumbat dalam tu (not recommended!!) cucian sejuk. Harganya RM7.50 untuk mesin 14kg. Eh ke RM6.50. Lebih kurang la. 

2-3 hari ni aku ada short term memory loss.. sedih~! Nasib baik tak lupa pakai kasut pagi tadi.Hehehe..

Korang ada pengalaman guna khidmat dobi layan diri?

Daa


Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com