Memaparkan catatan dengan label Sedekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sedekah. Papar semua catatan

Khamis

Set LEGO® Percuma

Assalamualaikum,

Orait, siapa nak set lego?


Meh laa bersama-sama join event "Donate n Play" kami.


Syarat dia mudah je.
1 - Sedekah kepada pesakit buah pinggang sebanyak RM5.
2 - Dalam masa 30minit, buat satu binaan dengan lego yang disediakan.
3 - Bila dah siap, wakil kami akan ambik gambar foto dan upload kat fb page "Custom Lego".
4 - Korang "like" page "Custom Lego" tu.
5 - Gambar yang dapat paling banyak "like" akan dapat set lego tu.

Sedikit tips n tricks, lepas gambar tu dah upload, korang suruh je kenalan korang like binaan korang. Tak kisah laa jadi cemana pun kan? Ada rupa ke takde rupa ke, asal banyak like. Cara kedua adalah, masuk entry banyak-banyak. Mana tau salah satu binaan tu jadi bentuk Master Builder Class ke kan?

Anyway, program ini diadakan dengan usahasama NKF (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan) bertujuan untuk menolong pesakit-pesakit buah pinggang. Harini diorang yang sakit, esok lusa mungkin kita atau keluarga kita. Tak siapa yang tau. Selagi kita berdaya, jom laa membantu.


Selain lego yang kitorang sediakan, ada bermacam-macam acara lagi. Retis nyanyi-nyanyi pun ada, game lain pun ada, peraduan mewarna pun ada, photo booth pun ada, macam-macam laa. Ala-ala fun fair gitu. Yang paling grand sekali ialah cabutan bertuah untuk menang Perodua Axia yang serba baru, cuma dengan bersedekah RM10 directly kat NKF. Kat mana lagi nak dapat semua ni ye tak?

Sejak 28 Febuari, hujung minggu ni (28-29 Mac 2015) adalah event terakhir ya? Diadakan kat Encorp Strand Mall bermula sejak 8:00 pagi. Harap korang tak terlepas.

Rabu

Idea saja

Assalamualaikum

Anak-anak memang suka sangat menonton cerita Despicable Me. Tengok berulang kali pun tak jemu. Mak bapak yang jemu sampai da hafal dialog. Awal tahun aritu pulak dah keluar preview untuk Despicable Me 2 dengan si makhluk comel warna kuning bulat bulat bujur yang dipanggil minion menyanyikan lagu potato banana. Serius comel sangat. Aku pun tak jemu tengok. Ibu ibu boleh search kat Youtube Despicable Me 2 (lagu banana potato..comel gilaaaa..)

So..apesal tetiba aku cerita pasal Despicable Me ni. Sebenarnya dalam cerita ni ada tiga orang adik beradik anak yatim yang tinggal kat rumah anak yatim. Menurut husband trend biasa kat negara omputeh. Rumah anak yatim ke girl scout ke, diorang biasanya akan buat jualan amal. Jual cookies, coklat ke kawasan kejiranan tempat tinggal diorang tu. 

Baru baru ni aku terbaca satu blog yang menceritakan pengalaman dia dengan ahli keluarga pergi buat lawatan amal ke sebuah rumah anak yatim di Banting. (serius aku lupa blog siapa, kalau tuan blog tu terperasan komen sini ya supaya aku boleh link kan post tersebut kat sini untuk rujukan umum) Apa yang aku ingat dia tulis adalah, budak lelaki tidur atas tilam je. Takde bilik takde katil bagai. Lepas tu nak solat pun alas dengan kain je. Tak cukup sejadah. Ada jugak yang tak cukup alas, terpaksa solat atas lantai je tak beralas. Selain dari tu, keperluan harian pun kadang-kadang tak mencukupi. Spender pun kadang-kadang terpaksa berkongsi.

Sedih kan.

Kat Malaysia ni tak semua rumah anak yatim dapat bantuan rasanya. Ada yang sendirian berhad, tapi tak cukup dana untuk manage dan maintain. Sebab tu kadang-kadang kesian sebab jadi tak selesa kat anak-anak tu. Cadangan aku adalah, apa kata rumah-rumah anak yatim sendirian berhad ni buat jualan makanan macam cookies, roti, puding.. Bekalkan ke kedai kedai runcit atau buat jualan amal masa hujung minggu. Tak salah kutip derma. Tak salah jual produk ubat kuat, tapi bukan semua orang makan ubat kuat. Tapi rata-rata kita setuju kalau kata rakyat Malaysia ni suka makan cookies, puding dan sebagainya. 

Nak raya contohnya. Buat la biskut raya. Tapi jangan sampai mengganggu masa belajar mereka yang bersekolah. Cuti sekolah boleh dimanfaatkan dengan baik. Shujin pernah cerita kat aku, dia pernah pergi ikut badan amal menghantar pakaian dan keperluan kepada rumah anak yatim. Ada antara anak anak ni yang kata "eleh..balik balik hantar baju..bagi la duit ke"..

Aku rasa ini lebih baik lagi dari hantar budak budak tu pergi mintak derma merata rata. Tapi jangan la pergi buat jualan kat tempat jauh jauh melainkan melalui apa-apa event. Buat kat kawasan kejiranan yang biasanya tau kewujudan rumah anak yatim tu. Selain dari dapat pendapatan sikit sikit boleh bagi anak-anak tu pendidikan pasal perniagaan.

Mungkin pengetahun tu akan berguna bila diorang dah keluar dari rumah tersebut.

Pandangan aku je. Nak tidur semalam tetiba terfikir pasal ni.

Daa

Selasa

Kurang sakit dah

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Sakit perut da makin kurang. Cuma bila berjalan tu terasa sikit sikit ngilu gitu. Tak gigil dah. Shujin datang sebenarnya kejap tadi sebab aku da janji nak pergi hantar kuih raya orang tempah. So shujin bawakkan susu dengan biskut in case kalau aku terpaksa berbuka puasa. So, tengok aku pun da ok. Shujin benarkan aku sambung je puasa. Dengan syarat kalau sakit je nanti kena lebur gak. 

Ai ai kapten. Hehehe.

Terima kasih pada yang mendoakan :D

Berkenaan dengan No Nama tu, aku tak berhajat nak memberi jawapan panjang lebar pada komen dia. Aku terbuka sebab masing-masing mempunyai kefahaman dan pendapat masing-masing. Apa yang aku tulis sekadar pendapat aku. Selebihnya, aku da tulis sambungan entry tersebut DISINI.

Berkaitan dengan kaya dan sederhana ni banyak dah aku tulis. So malas jugak la nak membuat ulangan. Cuma suka aku nak bagitau kat sini, entry aku tu bukan bermaksud aku degrade ustaz dan aku menaikkan darjat orang bukan Islam macam Dalai Lama tu. Cuma aku nak mengajak supaya kita sama-sama berfikir. Orang bukan Islam ada yang tak percaya pada kehidupan akhirat tu pun nak berbuat sebanyak kebaikan di dunia ni. Apa lagi kita sebagai muslim yang dah tau segala kebaikan yang kita buat di dunia ni akan diberi ganjaran yang besar di hari akhirat. Yang mana kita boleh beramal tanpa modal (harta), tapi ada pahala lebih besar bagi yang beramal dengan modal (harta). Contoh kalau ada duit lebih boleh sumbang kipas, sejadah, telekung supaya selagi orang gunakan barang-barang tu selagi tu lah kita dapat pahala. Walau pun kita dah meninggal dunia. Harta tak boleh bawak masuk kubur, tapi harta yang kita wakafkan dan kita tinggalkan untuk anak-anak akan memberikan pahala.

Apa yang ingin aku sampaikan adalah supaya, ustaz ustaz menekankan bukan saja tentang amalan untuk hari akhirat. Malah untuk kesejahteraan hidup di dunia juga. Sebab tak boleh tidak. Apa yang kita lakukan semuanya akan ditimbang di akhirat kelak. Ada yang kata Allah lebih sayang orang miskin, tapi jangan lupa, sahabat nabi yang kaya macam Saidina Umar masuk syurga tanpa hisab, salah satunya adalah kerana sifat dermawan yang dia ada.

Dan berkaitan dengan icon (favicon). Pembaca tegar blog aku tau perangai aku. Sungguh pun aku ni bukanlah kategori alim sangat. Tapi aku sensitif jugak bab bab memuja agama lain ni. Dan aku sangat sangat tak setuju kalau No Nama mengatakan aku benci ustaz dan memuja agama lain dengan menggunakan simbol yang dikatakan simbol ankh. Setau aku simbol tu cuma simbol lelaki pompuan. Serius aku tatau. Tapi aku da tukar favicon aku kepada lambang penguin untuk mengelakkan salah faham lagi di masa depan.

Dan yang aku tulis bukan hadis je. Rasanya cuma satu je hadis aku tulis dalam entry tu. Yang lain adalah ayat al quran. Kalau pun ustaz tak berapa pandai nak membincangkan bab ekonomi, janganlah ditakutkan dengan menakutkan kalau banyak harta boleh kufur nikmat dan sebagainya. Sebab kufur nikmat bukan saja boleh kena pada orang kaya. Malah orang yang miskin pun sama. Jangan sampai kerana ilmu Islam tu tak disampaikan dengan betul menjadikan umat Islam menyerah pada takdir semata mata tanpa mahu berusaha. Dengan alasan, "syukur pada rezeki yang Allah beri"

Haihh..Panjang lebar jugak jadinya..

Apa yang penting. Aku tak kata pun pasal mencari harta dengan sewenang wenangnya. Cuma penceramah agama janganlah menakutkan umat Islam dari mencari kekayaan. Kaya atau miskin ada kelebihan masing-masing. Tapi semua orang wajib berusaha dan disuruh supaya berusaha untuk mencari kekayaan. Dan kena ingat. Rezeki Allah yang bagi. Kita cuma berusaha. 

Kita dah tengok betapa teruknya moral orang zaman sekarang kerana masalah ekonomi salah satunya. Sampai sanggup mencuri kerana takde duit nak bagi anak minum susu. Adakah kita nak terus hidup with in our means dan membiarkan diorang terus hidup susah. Dengan adanya saudara saudara kita yang kaya, hasil kutipan zakat akan dapat membantu ekonomi golongan yang berpendapatan rendah. (jgn cerita bab distribution zakat la ye) Tapi takkan kita nak harap orang lain je yang memberi zakat. Atau kita harap nak terima zakat. Kena lah berlumba lumba nak mengeluarkan juga.

Sekian.

Daa

Khamis

Umat Islam di Malaysia ramai yang hidup cukup makan adalah salah ulamak

Assalamualaikum

Hoho.Sure ramai tak puas ati dengan pernyataan tersebut.

Percayalah. Itulah hakikat. Ulamak dan penceramah agama adalah antara punca kenapa umat Islam kat Malaysia ni ramai yang miskin.

Sila ingat balik. Dalam 10 ceramah agama yang ditayangkan di televisyen berapa banyak membincangkan mengenai kepentingan menjadi KAYA. Banyak bab syukur. Balik balik syukur. Balik balik syukur.

Syukur lahir di Malaysia. Negara kita aman takde perang.

Syukur sebab masih cukup makan. Jangan tengok orang yang lebih senang dari kita. Tapi tengok orang yang lebih susah dari kita. Nak makan pun tak cukup.

Seriously. Nabi memang suruh kita syukur. Allah memang suruh kita syukur. Tapi Allah dan Nabi suruh kita jadi kaya jugak. Kesilapannya adalah, penceramah menitikberatkan suruhan mengenai bersyukur, tapi sangat kurang dan hampir tiada ulamak yang betul betul menekankan kepentingan umat Islam menjadi kaya.

Bekerjalah kamu seolah olah kamu akan hidup seribu tahun, beribadatlah kamu seolah olah kamu akan mati esok hari.
Harta dan anak-anak adalah perhiasan dunia yang tidak ada nilainya. Dan yang kekal hanyalah amalan soleh saja.

Banyak penceramah membincangkan tentang ibadatnya saja. Banyak ulamak membincangkan tentang harta dan anak-anak cuma perhiasan dunia yang tak bernilai. So, ramailah orang kata, harta tak boleh bawak masuk kubur. Tapi tak membincangkan ayat seterusnya, "dan yang kekal hanyalah amalan soleh sahaja". Iaitu, amalan yang dilakukan dengan harta dan anak-anak boleh bawak mati. Harta yang kita sedekahkan, anak-anak yang berdoa untuk kita akan memberikan kita pahala walau pun dah masuk kubur.


"Jika mati anak Adam, terputus segala amalan kecuali 3 perkara: Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Doa anak lelaki yang sholeh".

Macam mana nak sedekah jariah kalau hidup pun cukup makan. Nak tinggalkan harta macam mana, nak hantar anak sekolah pun berhutang.

Oleh kerana ulamak tak menekankan hal ni, asyik menekankan bab syukur. Ramai orang Islam takut nak cari duit banyak. Takut jadi kufur nikmat.

Sedangkan hari hari sembahyang berdoa, rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah wakina azabannar. Tapi di mana usaha kita untuk mendapatkan hasanah di dunia ni?

Tak dinafikan dunia hanya sementara, tapi yang sementara tu yang kita kena rebut peluang yang ada. Dan yang sementara tu yang menentukan di mana kedudukan kita di akhirat.

For 90 percent of the population, being rich is "too much of a hassle."

So..kita yang 90% ke yang 10%. Its up to us :D

Orang tua kutuk ni sedekah jariah RM5.5million, dia tak reti mengucap pun
Nota kaki: Ramai orang takut nak jadi kaya. Tapi ramai yang tak takut kena soal dengan malaikat. "Di mana tanggungjawab kamu sebagai ibu bapa, mati dengan meninggalkan anak tanpa nafkah?"

Sambungannya boleh dibaca di SINI

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com