Assalamualaikum
Ever since Kakcik announce pasal mangga/pauh/pelam kat depan rumah dia tu aku terus tak lena tidur memikirkan kesedapan mangga tu. Macam-macam da aku berangan. Siap awal awal da pesan kat shujin aku nak gi rumah kakak blogger kat Cheras nak mintak mangga (tak malu!). Hahaha.
Melayankan kerenah isterinya, akhirnya sabtu aritu tercapai gak cita-cita aku. Tu pun da herot mulut muncung aku sebab shujin duk sibuk main tab dia tu. Dah last minute nak keluar si Damia pulak berak. Bertuah betul anak dara tu. Si abang pulak pitam. Orang da suruh tidur awal-awal degil. Aku sibuk bakar sekuk nak bawak kat tuan tanah, dia sibuk mintak. Sudahnya seiring dengan aku membakar diorang mengunyah. Yang nak dibawak tu masih lemau lagi. Kesian kakcik. Entah apa agaknya rasa biskut tu.
Misi mencari rumah kakcik takde la susah sangat. Ditambah lagi kakcik dan suami dengan senang hati pick up kitorang kat tepi pejabat parti yang berlogo biru muda tu. Awal-awal aku da excited sebab kakcik SMS, "Mangga kakcik da ambik sebaldi ni" Haihh..Sampai je kakcik terus tunjuk. Segan aku. Hahaha. Balik tu timbang timbang adalah dalam 9.5kg beratnya.
Bungkusan mangga
Besar buahnya
Kebanyakannya masih muda. Tapi balik tu aku terus kupas 2 biji makan dengan kicap+gula. Malam tu menahan sakit perut. Hahaha. Makan tak ingat ingat.
Terima kasih banyak buat kakcik dan suami dengan layanan yang diberikan. Shujin pun kata, memang friendly sangat kakcik dengan suaminya.
Aqil pulak sampai dah nak balik tu dia membongkang dalam kereta. Bila bangun moody je. Tensi aku. Damia pulak malu malu. Tapi bila kakcik hidangkan sekuk raya duk mengunyah tak renti. Baru keluar suara. Haii..anak dara anak dara..Sogok dengan makanan baru keluar suara emas dia.
Nota kaki : Boleh tak aku excited + malu malu sampai lupa nak ambik gambar dengak kakcik! Dalam kereta aku ketuk kepala sendiri..Err..kalau sesiapa nak tengok muka mahal aku sila silalah singgah kat blog kakcik. Aku maluuuu..hahaha...
Daa







