Assalamualaikum
Sebenarnya aku tak berapa nak up to date dengan harga pasaran kuih raya. Tapi aku rasa ni memang boleh consider kuih raya paling murah tahun ni(kononnya). Ni aku tolong akak ipar aku ambik tempahan untuk kuih raya tahun ni. So kalau ada yang berkenan nak menempah boleh email aku kesoma.rai@gmail.com. Kuih rayanya akan dapat dalam 2 minggu ke seminggu sebelum raya. So aku personally tak suggest kalau yang duduk jauh jauh tu nak menempah. Bukan apa. Aku tak berapa nak pandai sangat berurusan pos dan handling kuih muih ni. Nanti sampai kat tangan da hancur. Kesian orang beraya dengan serdak kuih raya kan .
So kalau yang duduk kat area lembah klang ke Nilai tu insya allah boleh cash on delivery nanti. Aku tinggal kat Shah Alam je.
Choco Drop (Macam Famos Amos gitu la rasanya.Mungkin tak serupa, tapi serius sedap. Aritu akak ipar aku bagi sample 2 telap, dedua anak aku balun.) saiz mini - Berat 400gram
Harga RM20
Biskut sunflower - biskut yang tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan
Berat 400 gram (lebih kurang 70-75 biji)
Harga RM20
Crispy flakes - Cornflakes dan bertih bermadu ditaburi bijian berwarna warni
Kandungan 40 biji
Harga RM17
Love Almond - Dengan setiap gigitan menerbitkan rasa cinta (geli pulak aku nak tulis..wakaka)
Berat 400gram (lebih kurang 70-75 biji)
Harga RM23
Last but not least
Kuih siput idaman kalbu - pecah kepala woo..
Berat 500gram
Harga RM14
Haa..murah kan . Tapi kalau compare dengan biskut kilang yang jual kat Carrefour ke Econsave ke memang tak boleh lawan la. Tapi biskut ni semua homemade. Ada sentuhan kasih sayang gitu. So kalau nak menempah sila email ke kesoma.rai@gmail.com secepat mungkin. Tapi jangan wat niaya kat aku nanti last minute nak cancel ke apa. Matila aku beraya dengan linangan air mata bertemankan biskut raya yang orang taknak claim kan .
Murah murah..
Daa











