Memaparkan catatan dengan label JomNiaga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JomNiaga. Papar semua catatan

Selasa

Jana pendapatan melalui Ashadee

Assalamualaikum

Birthday aku.. Cukup setahun aku mendaftarkan diri jadi ejen affiliate Ashadee atau dulunya dikenali sebagai JomNiaga. Akhirnya balance dalam account mencukupkan dirinya untuk diorang buat payment pada aku (gila lama..hahaha). Aku select minimum payment RM100. Hahaha. So 29hb Oct, sehari sebelum birthday aku. Payment tu dah selamat masuk dalam akaun Maybank ku.
Yang menariknya pasal affiliate Ashadee ni, ianya adalah platform untuk orang yang nak jual e-book atau nak dapat komisyen hasil dari promosi e-book. Komisyen berdasarkan pay per sale, iaitu komisyen apabila ada orang beli e-book menerusi klik dari link kita atau pun pay per lead. Pay per lead adalah komisyen yang dibayar apabila orang yang klik pada link kita tu subscribe ke program yang diberikan oleh vendor. Biasanya pay per sale, komisyen nya lebih tinggi. Tapi untuk pay per lead adalah ditawarkan untuk e-book atau vendor premium. Barang mahal. Jadi kalau pengunjung subscribe pun diorang boleh bagi komisyen. Ashadee sendiri pun ada bagi komisyen bagi referral ke website mereka.

Apa yang menarik, terdapat banyak product yang boleh kita promosikan. Pilih je daripada 17 kategori yang ada. Antara product yang aku promotekan adalah belajar buat bun, roti dan pizza gaya hotel ni. Merasa la jadi top affiliates kejap. Kikiki..

Aku masih belajar nak membuat duit melalui blog selain dari iklan dari ihsan Nuffnang. So jom la kita cuba promosikan serba sedikit peluang percuma untuk menjana pendapatan tambahan ini..
Daa

Extra income dengan JomNiaga

Assalamualaikum

Siri extra income datang lagi. Aku ada sikit frust dengan EnSurvey sebab tak banyak survey baru. Income EnSurvey duk kat RM25 je. Cis..Kali ni aku saja mencuba benda lain pulak. Hehehe..
JomNiaga ni affiliates marketing. Kita promote ebook orang, bila orang belie book, dapat komisyen. Berbanding ebook yang dijual direct oleh pembuatnya. JomNiaga ni jadi platform bagi peniaga ebook. Bagi yang nak promosikan dan dapat komisyen hasil jualan ebook, daftar adalah PERCUMA. Cuma kena tahu cara nak promosi dan rajin je.
Sejak join, dah dapat RM84. Belum cash out lagi. Aku set minimum cash out RM100.
Eh, aku rasa aku da pernah buat entry pasal ni lah. Hahaha.

Takpe. Promote bagi orang yang tak tau. Fokus aku lebih kepada ebook yang bermanfaat kepada orang perempuan. Bagi yang suka memasak dan bagi yang suka berniaga. Contohnya PANDUAN PERNIAGAAN CUP CAKES dan CARA BUAT HOMEMADE COKLAT DENGAN KOS MINIMUM ni. Kalau bukan untuk berniaga pun, boleh buat untuk keluarga. Tak payah pergi hotel kalau nak makan pizza atau roti macam yang chef buat. Tukang masak hotel sendiri yang share tips dan cara nak buat bun macam hotel. Boleh klik kat banner sebelah kanan tu. Lepas bayaran dibuat, DVD akan diposkan ke rumah. So sambil tengok instruction sambil buat..

Salah satu kaedah promosi berkesan tentang ebook dan affiliates ni adalah dengan berblogging guna niche. Tengok mana entry yang paling top dan keluar kat Google search page pertama. Selitkan affiliate link di situ sambil buat promosi ringkas bersama entry berkaitan. Kalau buat blog niche pasal masak tapi post link affiliate pasal jaga anak, lambat la kot dapat.

Sekadar perkongsian dari aku yang masih lagi belajar dalam buat benda ni. Ramai lagi yang otai. Asalkan rajin dan cekal. Insya allah akan berjaya. Buat apa pun macam tu kan.. :D

Selamat mencuba!

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com