Memaparkan catatan dengan label Cara tulis resume. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cara tulis resume. Papar semua catatan

Isnin

Realiti sedih belia cari kerja

Assalamualaikum

Ingat tak hari tu aku ada iklankan pasal jawatan kosong kat opis aku ni..?

Opis tempat aku bekerja ni insya allah sentiasa ada kerja kosong. Especially untuk entry level. Bagi yang baru habis belajar, yang belum ada pengalaman kerja.

So lepas aku iklankan tu adalah dapat beberapa resume yang diforwardkan pada aku. Yang menyedihkan.. Resume yang aku dapat kebanyakannya kurang memuaskan hati.

Yang bercampur bahasa melayu dan bahasa inggeris, salah mengeja, tatabahasa dengan grammar terabur. Siap tulis shortform. Angpa ingat tulis mesej kat kawan sekolah ka? Itu belum tengok format. Adess..

Belum lagi yang baru submit resume dah bagitau yang dia tak boleh nak attend interview sebab tinggal kat negeri lain. Dah tau tak boleh datang interview sebab jauh tak payah la apply. Buang masa orang tau..

Henpon canggih canggih.. Takkan tak boleh nak check format menulis resume/CV macam mana kott.. 

Marah ada sedih pun ada..

Apa yang diorang belajar kat sekolah agaknya.. T_T

Sapa kerja HR bahagian hiring mesti lagi kronik kan.. Ada yang nak share experience?

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com