Memaparkan catatan dengan label Cara Mengelak Kulit Berkedut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cara Mengelak Kulit Berkedut. Papar semua catatan

Selasa

Krim pelindung matahari

Assalamualaikum

 

Sebagai wanita, aku memang tak lari dari searching searching pasal kecantikan dalaman dan luaran. Bukan nak over ke apa la. Bak kata mak mak, badan nak pakai lama. So dari muda ni la nak jaga elok elok pun. Cuma ada la zaman masa aku tak berapa nak heran pasal skin care, lotion, moisturizer bagai ni. Skang ni bila lagi 2-3 tahun nak masuk tiga siri baru terhegeh hegeh nak menjaga kan. Bila nak masuk anak tiga baru sibuk risau pasal urat perut makin menggeleh bagai. Hihihi.

 

So dapat majalah bulan ni aku membelek laporan tentang sinar UV di Malaysia baru baru ni.

 

Susah sikit nak nampak

Ringkasnya UV index di kuala lumpur pada 30 march 2012 dan 11 June 2012 pada pukul 12 tengah hari hingga 3 petang (kira kira waktu lunch)

 

30 march : 12pm = 5

                1 pm ~ 3pm = 8~9

 

11 June : 12pm~1pm = 8-9

               2 pm = 6

               3 pm = 7

 

6-7 = kalau boleh pakai uv protection dan agak bahaya pada yg jenis kulit sensitive

8+ = sebaiknya avoid contact dengan cahaya matahari pada masa masa mcm ni

 

So. Aku percaya kebanyakan dari kita yang concern dengan kesan cahaya matahari ni bukan setakat dari segi kecantikan, malah dari segi kesihatan akan pakai krim pelindung matahari. Kalau beli nak beli yang SPF tinggi. Tapi apa yang kita faham tentang krim pelindung matahari ni? UV light ada beberapa jenis, UVA, UVB...

Apa maksud SPF

SPF adalah Sun Protection Factor. Ia melindungi kulit dari sinaran UVB yang berbahaya. Kalau SPF 15 akan elakkan kulit dari burn dalam masa 150 minit. Lagi tinggi SPF yang digunakan, lagi lama kita boleh duduk bawah matahari tanpa burn kat kulit.

Sebenarnya yang sama penting juga yang membantu melindungi kulit kita dari sinar UVA yang berbahaya adalah PA. Kalau tengok kat krim pelindung matahari tu ada tulis PA+, PA++ atau PA+++. Lagi banyak tanda + nya lagi tinggi protection yang diberikan. Jangan ingat duk indoor atau pun hari mendung kita tak kena UVA. Sebab UVA ni spektrumnya lebih luas. So walau pun cahaya matahari tu tak visible pun dia ada dan boleh penetrate masuk dalam kulit. Bukan saja boleh menyebabkan tone kulit tak sekata, malah boleh menyebabkan kanser kulit.

 

Perlu hati hati. Setahu aku, ada sesetengah krim pelindung matahari yang menyebabkan pori pori kat muka tersumbat dan seterusnya menyebabkan masalah seperti jerawat.

 

Nota kaki : Dulu masa zaman muda remaja kulit pun tegang lagi takde heran nak jaga kulit, skang baru aku terhegeh hegeh. Sekarang aku pakai full range kot.. Lepas cuci muka pakai toner lepas tu pakai moisturizer dengan SPF20, PA+++. Korang pakai sunscreen hari hari tak?

 

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com