Jumaat

Merancang dengan IUCD?

Assalamualaikum

Bagi yang belum tahu kisah aku pregnant kali ni sebenarnya agak misteri. Aku memilih kaedah perancangan keluarga menggunakan IUCD selepas melihat dari pelbagai sudut.

Ramai yang takut dengan idea memasukkan sesuatu alat asing ke dalam tubuh macam ni.
contoh IUCD yang biasa digunakan

Bukan sikit yang menakutkan aku pasal dah masuk IUCD mengandung, nanti IUCD tu lekat kat baby. Baby jadi cacat. Ada yang cerita kes mak sedara kawan nenek dia yang IUCD tu tercucuk kat buah pinggang.

Still.. In the end.. Meneliti pro dan kontranya.. Aku tetap memilih IUCD. Dan aku mengandung. Hahaha..

Ok. First of all.. 

IUCD sebenarnya adalah alat perancangan keluarga paling selamat.. Hoh!!! benarkah~!

Iya.. dengan beberapa syarat. Iaitu pemakai takde penyakit active pelvic inflammatory disease masa pakai tu.

Sebenarnya kebanyakan doktor yang aku kenal sendiri pakai IUCD sebab diorang tak caya nak makan pil pil hormon atau suntik suntik ni. Especially doktor yang veteran la.
IUCD menghalang perempuan dari mengandung dengan dua cara
(1) Bentuknya menghalang ovum dan sperma yang disenyawakan daripada melekat pada rahim
(2) Pengguna copper pada batang IUCD menghasilkan environment yang kurang sesuai untuk persenyawaan boleh berlaku.

Sebab tu kes kalau terjadi persenyawaan pun, banyak jadi mengandung luar rahim. Tapi agak rare sebenarnya kes begini.

Dan kes aku mengandung adalah sebab IUCD tu dah tak dapat dikesan dari dalam rahim.

Pergi mana..? Wallahualam. Kena tunggu lepas bersalin baru boleh x-ray.

Doakan semoga aku tabah menghadapi ujian kali ni. Menghadapi manusia sekeliling yang tak memahami, paling aku takut adalah kebersediaan aku sendiri. Aku serah semuanya pada Allah.. Aku dah usaha pakai IUCD. Allah nak bagi. Tentu ada hikmahnya tersendiri.

Selamat berpuasa.

Daa

14 comments:

Dr K berkata... [Reply]

setuju 200%. Awak dah usaha, namun perancangan Allah lebih baik, dan DIA mahukan awak terima zuriat. :)

Mmg banyak juga kes saya jumpa, on IUCD,pregnant..hihih.

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Kita hanya merancang. Tapi DIA perancang terbaik. Smoga dipermudahkan semua urusan. Abaikanlah org2 yg tak memahami tu.

Take care. Selamat menempuh 40 minggu yg indah ☺

Cik Matahariku berkata... [Reply]

tahniah dengan kehamilan baru awak:) saya juga merancang, dgn pilihan yang lain.perasaan sprt awk pernah saya alami sampai skrg..selalu terfikir kalau mengandung jugak macam mana..Akhirnya, kita kena redha dan akur bhwa DIAlah perancang terbaik utk hidup kita..wallahualam.

Unknown berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad, doktor saya pulak kata dalam 20 tahun dia jadi doktor.. kurang dari 10 kes.. mmg rezeki saya agaknya..

Unknown berkata... [Reply]

Tahniah...klau dah rezeki..buat la mcm mane pun...saya rancang sendiri...kira tarikh period...hihi

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

ini rezeki ni rai, buat2 tak tau sudah ckp org.. ada sbablah tu Tuhan bg.. anak itu rezeki... saya suka dgr org menghandung ni, tp tu la, bab misteri tu haaa... apa2 pun, moga semuanya selamat

cinta berkata... [Reply]

Oooooooooo
I see..
menambah pengetahuan saya ni. hehe.
btw, tahniah.

saniahibrahim berkata... [Reply]

kawan kakak pun macam Rai juga ,alat yang dimasukkn hilang...termengandung juga dia. Apa pun rezeki dari Allah ...Rai pun muda lagi .

Zai Zamree berkata... [Reply]

Alhamdulillah...tahniah =)

QasehnyaRania berkata... [Reply]

betul tu kakk
jaga diri.. :)
smga dipermudahkan semuanya..

last year saya ckp thn ni kalau ada rezeki nak mngandung lagi. Tapi Allah Maha Mengetahui..
next year la cuba lagi. hihihi

adianiez AIDA berkata... [Reply]

semoga semua ok ye :)

Lydia Miza berkata... [Reply]

Mintak jauh segala yg bukan2 tu. moga smuanya selamat rai. LM doakan smuanya okey..

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

moga segalanya baik baik saja...

mummY daniSha berkata... [Reply]

kita hanya merancang kan zai....rezki Allah nk bg...mesti ada hikmahnye insyaallah...take care zai

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com