Selasa

Resepi puding caramel tanpa telur pelengkap hidangan berbuka

Assalamualaikum

Bila nak masuk bulan puasa ni biasa lah kan. Macam macam strategi yang dikongsikan bagi memudahkan para ibu terutamanya wanita bekerjaya mahu pun surirumah berniaga untuk menyediakan makanan berbuka puasa. Zaman sekarang ni nak beli tiap kali berbuka bukan menarik sangat pun. Sudah la mahal, belum tentu sedap. Silap silap terkena yang basi pulak..

Kali ni aku nak share resepi puding caramel yang tak menggunakan telur untuk hidangan berbuka puasa. Puding lembut dan licin yang dimakan sejuk memang menyamankan tekak. Apa lagi kalau mudah disediakan. Hihi..
Puding Caramel
Jom kita semak cara menyediakannya

Puding caramel tanpa telur
Sebungkus pre-mix caramel pudding premium gold
Satu tin susu cair
Satu tin air bertapis (Gunakan tin susu tadi. Air kosong pun takpe.. Kalau boleh air masak)

Campurkan semuanya sebati dan panaskan di atas dapur dengan api kecil. Pastikan sentiasa dikacau supaya tak berkerak di bawahnya. Bila dah nampak keluar asap dan ada bubble di tepi tepi periuknya, dah boleh tutup api dan masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.

Paling mudah masukkan je dalam tupperware bertutup, tapi nak best boleh masuk dalam bekas dadih kecil kecil supaya mudah nak makan.

Jangan lupa masukkan karamel sedia ada ke dalam bekas tersebut.

Biarkan sejuk sedikit sebelum ditutup dan disejukkan dalam peti sejuk sementara menunggu masa berbuka.

Senang sangat kan.. 10 minit je penyediaan. Tak perlu berpeluh peluh. Boleh tahan 2-3 hari di dalam peti sejuk juga. Itu pun kalau anak anak tak sarbat habis masa tengah hari kan. Hihihi

Gambar step by step penyediaan puding cream caramel tanpa telur 

pre-mix caramel pudding premium gold ini hanya RM7.50 setiap bungkus. Ready made gula caramel disertakan. Setiap bungkus boleh dibancuh dengan 1liter cecair (susu+air) Rasanya memang sedapp~~ untuk pesanan boleh hubungi kesoma.rai@gmail.com atau whatsapp 0126894617

Selamat mencuba dan selamat berpuasa.

Daa

17 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak kadang makan tak tunggu sejuk pun Rai. Kalau hangat pun sedap juga sebab dia kan licin and soft sangat...

lieyalatif berkata... [Reply]

ya Allah kalo bulan puase tgk ni mmg dah tliur2 ni rai heheheeheh...lagi2 yg sejuk2 baru keluar peti ais....mauuuuu meleleh2 tgk hah....

Unknown berkata... [Reply]

Mmg menu wajib setiap kali bulan puasa...ingat lg petak puding ni kt pasar ramadhan...baru letak setengah jam dah habis...org yg jaga gerai mintak dtg tambah lagi...mmg sedap lagi2 kalau sejuk!!

Montana berkata... [Reply]

adui...puding lakk..tadi blog lain dragon fruit..nyum2..mai skit

MAY berkata... [Reply]

biasa sy bt bertelur.tp tak hanyir..hehe..sbb...ada rahsianya... ;) haha

QasehnyaRania berkata... [Reply]

dah lama x buat. dlu buat versi telur.x suka la. cik abe yg hbiskan
dpt yg xda telur ni, boleh la mncuba nnti.

Mimie berkata... [Reply]

boleh la try nti

CXopportunities berkata... [Reply]

mudah, ringkas, cepat dan padat. nyum3. :)

Myra Jay berkata... [Reply]

Sedap ni buat pencuci mulut juadah berbuka..

Aziela berkata... [Reply]

Ooo...ada premix yer...?

Bunda_nora berkata... [Reply]

Sedap nyer...tambah lagi buat berbuka puasa pasti sejuk tekakkan...

ANIM berkata... [Reply]

ni memang wajib ada bulan posa..
tahun ni ingat nak buat sendiri la rai..
potongan kecil ready made pun dah ..
leh try resepi ni, tak banyak proses

Syazana Zainn berkata... [Reply]

sedapnya kak
letak dlm fridge dulu
lepas tu makan time2 panas ni
:D


p.s: pre-mix caramel pudding premium gold ni cari kat mana ye?

Unknown berkata... [Reply]

Syazana, puding premium gold ni boleh beli melalui dealer je.. kalau nak order ngan saya pun boleh.. hehe..

adianiez AIDA berkata... [Reply]

aida da 2 kali beli tepung segera for puding karamel. tak bleh pergi la tekak, rai... kena buat original jugak hu hu hu...

Nor Azimah Ali berkata... [Reply]

singgah dan follow di sini

KA berkata... [Reply]

sedapnye telan sejuk2..tengahhari...bulan puasa.. eh2, bulan kemarau gini...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com