Khamis

Cara buat perbandingan penapis air

Assamualaikum

Ramai yang inbox tanya tentang penapis air yang baik atau pun senarai penapis air yang baik. Mahu pun terbaik. Baik atau tidak bergantung pada keperluan seseorang. Atau, ia juga boleh didefinisikan dengan baik melalui kaca mata siapa?

Baik bagi penjual? Of course!
Baik bagi pengeluar? Dah tentu!!!
Baik bagi pihak ketiga? (Biasanya untuk tujuan pensijilan) - Belum tentu
Baik bagi pembeli? Kena tau apa keperluan pembeli dan apa yang pembeli mahukan

Pada aku, asas memilih penapis air sangat simple. Berbalik pada tujuan menggunakan penapis air? Nak buat apa ada penapis air? Nak tapis dan rawat air la kan.

Malangnya, banyak penapis air di pasaran missing the point. Banyak product diiklankan dengan pelbagai cara termasuk, penapis air yang boleh merawat kanser! Gila tak gila. People buying! Dan ada juga yang malas nak masak air, dan nakkan penapis air yang boleh dispense panas sejuk. Dispenser panas sejuk bagi aku adalah additional features. Kalau boleh dispense panas sejuk, tapi yang boleh ditapis sikit je.. Hmm.. Terpulang. Hidup kita penuh dengan pilihan. :D

So sekarang, kaedah paling simple nak tau penapis air tu berbaloi dibeli ke tidak adalah dengan membandingkan sejauh mana ianya berfungsi menapis dan merawat air. Check bahan cemar yang boleh ditapis.


Masukkan nama pengilang atau nama model. Kalau tak jumpa, tapi ada seal NSF pada model, tanya pada penjual tentang pengeluar penapis tersebut.

Kalau tanya dengan penjual, penjual akan cakap. Seeeemuaaaa boleh tapis. Tapi betul ke? Hehehe. Hakikatnya, tak ada satu pun penapis air yang dapat menapis semua bahan cemar yang wujud sekarang. Sebab bahan kimia ciptaan manusia sentiasa bertambah. So, pihak ketiga macam NSF ni berfungsi sebagai badan bebas yang check dan keluarkan sijil penapis air yang telah mereka test. Dan, dari situ dia bagi list bahan cemar yang boleh ditapis.

So sila lah check penapis air yang korang gunakan dah dapat pengiktirafan ke belum.

Btw, ini adalah sijil kepada pengeluar. So product rebrand yang pengilang lain jual syarikat lain tak ada ya. Dan ini adalah senarai bagi penapis air dengan teknologi karbon. Kalau guna teknologi RO ada senarai lain. 

Selamat mencuba.

Info lain tentang penapis air : Penapis Air

Daa

13 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Oh.. kakak boleh tak tahu boleh check cara itu.

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

kat rumah guna Blondal...nanti nak check juga...

nazayiena berkata... [Reply]

Perkongsian yg berguna nanti cari kat blog rai bila nak check sijil penapis air.

Cikda berkata... [Reply]

oo.. bagus la info ni..cikda tak pernah tau..

JunAina berkata... [Reply]

Bila beli barang ni tak boleh le nak main hentam je Rai kena ada ilmu jugak.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

tq berkongsi sama yer Rai

Dr K berkata... [Reply]

Tanya kat penjual "Virus pun boleh tapis kak! "...hahahaha

faraherda.razalan berkata... [Reply]

TQ Rai. Sy still tak khatam psl espring. Cuma baca sambil lalu. Espring boleh tapis air utk keseluruhan rumah ke?

Unknown berkata... [Reply]

@faraherda.razalan, espring tu penapis air kategori POU (point of use). so biasanya letak kat sink dapur lah. kalau nak penapis air utk satu rumah cari penapis air yg kategori POE (point of entry) senang cite penapis air luar rumah.. hehe..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Yg utk POE tu, Rai ade suggestion?

Unknown berkata... [Reply]

Fara,
saya ada jugak untuk POE, tapi saya tak pernah check secara mendalam sbb duduk kat apartment mmg tak guna POE. Tapi kalau nak cari, tengok pada material tong, material bahan yg guna dalam tu.. mekanisme biasanya lebih kurang je.. tapi nak beli apa penapis air pun, sama ada pou atau poe, cari yg senang pasang dan senang maintain. tak perlu panggil orangnya utk maintain..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... [Reply]

Salam Rai..tingin gak nk beli penapis air ni TP....tggu dulu lar,byk benda lain yg nk kena didahulukn.

Olie berkata... [Reply]

saya guna blondal dari dalam sampai luar rumah. maklum la cik somi sales blondal .berpengalaman secara teknikal selama 10 tahun. so kat umah pun die pasang kan. umah mak pun sama.

boleh contact 012 2267509 untuk details dan spec filter.

sekarang ada model baru.latest teknology

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com