Isnin

Sahur dan profile baru

Assalamualaikum

 

Uwaa… Puasa keenam. Tak sahur pagi ni. Semalam petang pergi beli barang dapur. Balik terus kalut memasak dan simpan barang yang dibeli. Ayam mahal kemain. Sekilo RM10.50 di Aeon Big. Aku beli nutriplus sebab ayam biasa tu nampak macam uzur sangat. Ayam biasa tu RM8++ je sekilo padahal. Lepas ditimbang sekor tu RM22+. Takpe lah. Janji anak anak kenyang. Nepal tu potong kecik kemain. Kesian kami bayar mahal dapat ayam potong hancur. Haih. Nasib nasib.

 

Oleh sebab dah kalut. Shujin buatkan coq udang dengan kuah kacang ready made je. Kuah kacang tu tinggal tambah air panas. Tak ingat dah brand apa. Coq udang letak macam macam. Udang, karot, daun kucai, dan bawang besar. Buka puasa makan tu je. Lepas berbuka baru aku sambung masak sayur meranti masak lemak dengan labu, sambal belacan dan ikan pekasam. Tapi oleh kerana konon kenyang dan letih, semua pakat tak makan.

 

Pagi ni tak terjaga pulak sahur. Memang membawak ke buka la lauk pauk yang dah masak semalam. So, petang ni tak payah masak dah. Hihihi. Harap harap bertahan sebab rekod aku tak sahur masa breastfeeding memang menggigil lepas zuhur. Sobs.

 

Oh ya..Pemberitahuan.  Aku da buat profile wordpress sebab aku sakit hati tak boleh komen di blog kawan kawan guna ID google. Tapi aku masih mengekalkan blog kat blogger ni. Tak larat makcik maintain blog banyak banyak. Blog penyusuan susu ibu pun dah lama terbengkalai.

 

Rekod ke PARAM – 0

Rekod tak sahur - 1

 

Korang da berapa hari rekod tak sahur?

 

Daa

21 comments:

Irfa berkata... [Reply]

param-0
tak sahur-1
hehe

azian berkata... [Reply]

rai...mana dpt meranti meh kat kota kemuning?????kikikikiki

ok..pagi tadi acik yan sahur minum ayaq aje kayyy...tu pun pukui 2pagiiiiii....kikikiki....

PARAM???lom pergi lagikkkk

Tanpa Nama berkata... [Reply]

cik yan,
jual kat pasar tani kak..hahaha.. nak tanam sendiri tak dapek la.. ok lah..sunnah tu sahur..hihihi..

Unknown berkata... [Reply]

alaa.. nak folo gak wordpress tu. bak link.

Unknown berkata... [Reply]

rekod param 0,rekod tak sahur 0..hehe..

Aziela berkata... [Reply]

Akak ada severe gastrik. So, kalau x sahur, memang menempah maut jawabnya. Sahur pun mesti kena makan ubat gastrik... kalau x makan ubat tu pun, memang puasa akak ke laut juga.

Tahun ni, tahun lepas dan tahun lepas2 lagi...sahur sokmo...hehehehehhe.

P/S : Sedapnyaaaaaaaaa lauk Rai.

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Setakat ni masih kekal besahur dan hrpnye sampai akhir ramadhan. Hehehehe...rekod ke param? Klu sy, bru 2 kali. Klu suami, hari2. Hahahah! Sbbnye kami mkn berdua je dan jgn hrp nak msk kuih sendiri. Beli je utk jamah sorang seketul. Dah. Senang! Tapi lauk-pauk dan main course tetap msk sendiri sbb tak lalu tgk param punye main course. Huhuhuhu...

Kenapa awak tak beli ayam kat pasar je Rai? Mhl betul ayam tu. Even RM8 sekilo pun, mhl tau tp klu pasar at least fresh sket.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak sejak puasa hari-hari pergi param. Sahur pun hari-hari juga. Dasar kuat makan hihi..

Unknown berkata... [Reply]

uishh..sedapnya ikan pekasam..kat umah ni ade jgk ikan pekasam..tapi dah jadi pekasam sbb tak goreng2..haha..malas sbnrnya..

param? pasar ramadhan ke? haha..hari-hari pegi..saje jalan2..tak beli pon..hahaha..

sahur tak pernah miss lagi..walaupon pernah je tido kul 2..terjaga jgk kul 5..tu pon mamai..haha..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

sahur pnh kantoi sekali..ke param tak pnh lg. smlm dh nk pg siap bwk aisy (sapa pulak nk jaga kan haha) sampai2 je gerimis..sudahnya fndi je pg, sy ngn aisy tggu dlm keta je.

pssttt akak, entri sy harini ada gmbr si fndy kndong aisy pkai carrier :p

Unknown berkata... [Reply]

huiiii tak leh tak sahur la Rai...
Smlm 1st time mencabar. Tak tau la psl apa, maybe mkn nasi sikit sgt kot time buka n sahur dan selang masa tu xde mkn apa2.. Belum tgh hari dah gigil, bdn sejuk, berpinar je mata.. amik keputusan utk tido kejap.. Pas zohor masih rasa sikit.. lepak2 je ngan anak2 sbb rasa mcm nak tumbang aje huhuhu.... PARAM dah gi masa puasa pertama sbb baru balik dr KL, beli lauk aje.. Rekod kuih-muih mmg masih zero lagi hahaha...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

azni,
wahh..caya lah.. kipidap..

kak aziela,
bahaya tu gastrik. boleh jadi ulser perut. wajib sahur ye kak.. menu biasa2 je kak..saya tak pandai nak masak banyak lauk..hehe..

fara,
kami jenis suka makan kuih. anak2 pun gitu. so buat sendiri mmg lagi jimat. dan sedap.haha...malas nak pegi pasar sebenarnya..hehe.. aeon big tu dekat ngan rumah..

kakzakie,
kami pun kuat makan. tapi dah berlima ni. kecik2 pulak tu. mmg malas nak ke param. lagi pun petang selalu hujan. susah nak bawak budak..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

mama kaori,
aku memula tak boleh makan sebab baunya tu kurang sedap. tapi mmg suka rasanya. ni dah lama lama ok pulak. hehe..

param tu pasar ramadhan la..haha.. konon takmo pi lah..lagi pun petang hujan..rahmat sungguh tu. jimat duit kami.haha..

aku kes selalu tak sedar bunyi jam..huhu

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

pergi bazar ramadhan belum lagi...
kalau bole nak masak sendiri...byk lagi kena makanan basi ha..ha..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

1st time g param.. terkena ayam x sampai suku RM 10 geram !

JunAina berkata... [Reply]

Akak setakat ni belum lagi terbabas sahur alhamdulillah tapi mintak2 janganlah coz kesian anak2. PARAM tu pun tak boleh nak elak, balik lambat terpaksalah beli apa yg ada dulu utk anak2 makan. Kalau setakat mak pak ni tak kisah belasah minum, makan kurma pun ok lagi sementara tunggu masak nasi.

ZieMarziah berkata... [Reply]

rekod ke PARAM - 1
rekod tak sahur - 1
rekod tak puasa - 2 wakaka

Tanpa Nama berkata... [Reply]

munn,
shujin ada jugak ajak. tapi dapat jugak mengelak sbb kebetulan hujan kan. hihi..

kak nur,
saya pun kalau boleh nak masak sendiri je. nak cakap jimat banyak tu tidak lah jugak sbb masak macam2 kan.hahaha..

KA,
aduhh..mahalnya.. sepuluh ringgit tu boleh dapat setengah ekor ayam dah..tapi yg belum masak lah.. hehe..

kak aina,
saya pun nasib baik dapat balik awal sikit. sempat lah nak masak yang ringkas ringkas tu.

zie,
akak pun ada rekod tak puasa sebenarnya.tapi off record.wakaka..

sitiezahim berkata... [Reply]

salam rai..kami kat sini kompom kena sahur.. pose lama sangat, berbuka pukul 10 huhuhu

Irfa berkata... [Reply]

mana komen aku?
rasanya yg first semalam
huhu

Tanpa Nama berkata... [Reply]

irfa,
aku tak pasti. takkan masuk spam kan.. aku pun perasan ko ada komen kat email notification. aku tak boleh masuk dashboard. nanti kendian aku check..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com