Selasa

Dilema breastpump

Assalamualaikum

Eh..dah nak masuk tiga pun dilemma jugak ke nak beli breastpump. Hehehe..

Masa Aqil dulu, aku beli lepas deliver. Guna avent manual je. Masa Aqil kat hospital, akak ipar aku pinjamkan spectra 3 dia. Tapi aku still prefer avent manual. Lebih cepat let down dan tak sakit. Tangan pun takde la lenguh walau pun manual pump. Masa Damia lahir, aku guna je pam avent tu since keadaannya masih baik lagi.

Skang ni..avent tu da uzur sangat. So nak kena consider beli pam yang baru. Aku suka avent. Tapi rasa macam malas la pulak nak guna manual sebab aku ingat nak pam kat cubicle je. Dasar malas kan.. Ramai suggest beli medela FS. Swing pun not so bad actually. Cumanya.. aku rasa da masuk no tiga ni tak payah la beria nak invest beribu untuk pam. Memang aku tau berapa harga pun masih lagi berbaloi berbanding aku bagi FM. Still..mahal sangat kot untuk aku. Hehehe.

Skang ni aku tengah ala ala dilemma sama ada nak Avent electric 3-in-1 tu ke nak Rumble Tuff. Avent aku da tau aku memang suka suction nya. Cumanya aku membayangnya motor yang duk kat kepala dia tu cam berat je. Haihh. Rumble tuff pulak nampak ringan dan murah dari avent, tapi dari review orang yang da pernah guna avent pulak kurang memberangsangkan.

Aku tak plan nak beli sebelum deliver sebab aku rasa macam nak pegi test drive sebelum beli. Cumanya skang ni tengok avent tengah SALE. Harga pasaraya RM899. Beli kat BBstore dalam RM500+ je. Lebih sikit je dari harga Rumble Tuff.

Macam macam dilemma orang pompuan ni kan. Sure encik shujin jeling jeling aku kalau dia baca entry ni :P

Apa pun, aku risau guna pam bermotor ni sebab takut aku ni careless bab bab penjagaan.

Daa

14 comments:

emarieys berkata... [Reply]

ema pun guna manual masa anak kedua...anak pertama langsung tak ada susu..

Unknown berkata... [Reply]

sy pakai medela swing,ok jgk..tu pon dpt sbb ada org tu nak tolak dgn harga murah2 je..rezeki..

kwn sy pakai rumble tuff..dia kate ok je..ntah la..mmg boleh pening bab2 nak pilih pam nih..

Aziela berkata... [Reply]

Err...takder experience...hehehehhe

Munn Jaafar berkata... [Reply]

baru2 ni kwn sy tag kat bpump letrik + bateri snowbear. dlm 200 cmtu.nnti sy tag kat akak k.

*sy pun 2x5.dok bkira2 nk beli yg mana :p

LiYa HaNiF :: berkata... [Reply]

liya tak pernah beli ... mmg tk ada pengalaman langsung hehe

JunAina berkata... [Reply]

Akak ni lagilah...pening fikir. Dedulu tak le fikir semua ni sebab tersosat ni kenalah perahkan otak. Kalau Munna tag pasal breast pum tu jgn lupa tag akak jugak...ahahaaa...

Ada sorang kawan tu dia manual jerk, pakai tangan berdesub masuk botol. Anak sulung pulak tu tapi susunya memang banyak. Kejap je penuh sebotol.

Anamarza berkata... [Reply]

Tak dpt nak nolong, cuma kalau beeli yang mahal dan tak rasa akan tambah baby lg boleh je let go pada orang lain yang memerlukan. If rasa masih mampu nak manually pam, beeli jee la yang manual punya, lg pun dah ada pengalaman kan

LYAfrina berkata... [Reply]

lya de experience bab2 ni.. tp better tanya pndpt y amalkannyer..maybe byk ilmu dicurahkan dlm mbuat pilihan y terbaik kan..

azieazah berkata... [Reply]

Kak Azie dulu memang guna tangan jer, manual kata orang.

Kawan sekerja dulu, guna pam jenis elektrik jenama apa ntah. Siap lengkap dengan beg dan ice kering yang boleh tahan berjam tuh.

Tapi tak sampai 2,3 bulan, asyik rosak jer.

Irfa berkata... [Reply]

3 anak aku,pakai pam macam org jual eskerem tu je ;)
lagipun aku bukan gigih sgt nak pam
yg pasti malam/cuti solid susu ibu

DrFIO berkata... [Reply]

dulu sy pakai pureen manual je...itu je yg mampu kot. This time sy beli medela harmony yg manual gak. Beli online je murah rm190. Ok la kot since ramai yg review kata medela ni sgt best. So better try la :-)

Deq's Qienz berkata... [Reply]

saya dulu guna ya murah saja..tp kejap je pastu xderrr..huhuu

munna berkata... [Reply]

kak munna walupun yasmin fully bf tapi tak pernah buat stock ebm pun... dia mmg tak nak minum susu dlm botol.... jawabnya setiap kali time rehat kak munna akan pergi rumah pengasuh susu kan dia dulu... nasib baik tak jauh dgn tempat kerja... kadang2 klu dia nangis pengasuh call terkedek2 kak munna jln kaki bagi susu kat dia....

Ann Ishak berkata... [Reply]

ramai kawan2 saya yang pakai event tapi terpulang pada rai, as least rai dah ada pengalaman menggunakan event sebelum ni. pasa saya, biarlah performance nya baik dari kena beli yang lain pulak nanti.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com