Jumaat

Setengah abad setelah merdeka masih belum berminat dengan belanjawan negara

Assalamualaikum

Sebagai rakyat Malaysia kita bangga bila sebut tentang pembangunan yang dicapai oleh negara. Ada menara kembar yang pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia. Ada rangkaian kereta api transit aliran ringan yang makin berkembang. Ada istana negara yang baru yang cantik.

Tapi kan..

Aku bukan nak kondem. Bagus la kita ada tu semua.

Tapi kan..

Apa guna ada bangunan tertinggi di dunia kalau masih ada tempat yang tak dapat bekalan keperluan asas yang sempurna. Yang tak pernah merasa bekalan elektrik, air bersih, jalan dan sistem pengangkutan yang sempurna. 

Bukan kita tak tau. Kita leka. Sebab yang kena tu bukan sedara mara kita. Aku pun baru tersedar bila ada seorang kawan sekolah duk update status kat FB dah seminggu takde bekalan air. Alasan paling tak logik yang diberikan oleh pegawai yang terlibat adalah "negeri tersebut kekurangan bekalan air"

Pongpang kat TV bukan main lagi. Belanjawan 2013. Belanjawan 2012. Berjuta ringgit dibelanjakan untuk menampung itu ini. Syukurlah. Kampung mak bapak aku ada bekalan air. Bekalan elektrik sampai. Jalan walau pun bertampung tampung masih lagi boleh dilalui. Lagi nak pilihan raya ni. Yang tak berlubang pun dilubangkan dan ditampal semula. Supaya tunjuk macam buat kerja.

Hakikatnya..Pembangunan kat Malaysia ni tak seimbang. Jurang pendapatan antara orang miskin dan kaya makin besar. Yang kaya terus menindas. Yang miskin terus ditindas. Asal ada duit, komisyen besar. Semua projek jadi. Biarlah takde benefit pada rakyat pun.

Yang kesiannya, kes kawan aku ni tak masuk TV dan mungkin mustahil masuk TV. Sebab dia bukan duduk kat negeri pembangkang. Bagi aku untung duk kat negeri pembangkang ni. Apa apa kes cepat je TV dan suatkabar buat coverage. So kenalah YB dan wakil wakil rakyat buat kerja cepat. Tapi yang negeri dia tu...? Aku rasa mustahil kot.

Macam mana lah negeri yang ada sungai paling lebar kat Malaysia boleh ada masalah bekalan air. Nasib badan la. Tadah air hujan tak pun guna air tasik..

Belanjawan 2013? Belum menarik minat aku lagi. 

Nota kaki : Wawasan 2020? Hehehe..

Daa

10 comments:

Irfa berkata... [Reply]

pun tak ambik pot psl belanjawan.hehe

BERT berkata... [Reply]

samela x minat.. sbb x semua rakyat rase keuntungannya pun.. bosan.. patu dh bg ngungkit plak suh kenang budi haha

Misz-ella berkata... [Reply]

yeayy!! setuju sgt2 dgn entry Rai. Nak like 2000 kali lah.

Eh .. butang like tak ada ye? hehehe.

ct rahani berkata... [Reply]

sy suka je tgk belanjawan.. tgk saja2 tanpa komen.. boleh? hehe..

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Catatan ini kakcik suka sangat2. Tapi itulah, suara kita terlalu kecil untuk didengari. :(

Afasz berkata... [Reply]

sy pon sama.. slalu tak amik port pon belanjawan. hehe

Tanpa Nama berkata... [Reply]

KA selalunyer akan dpat tau isu2 mearik ttg belanjawan bila adik beradik len yg keje gomen dok pusing2 balik2 cerita tentang itu dan ini.. sedangkan KA sendiri x amik pusing pown. Rai, appreciate yr komen on cik Anon tu ye !

mummY daniSha berkata... [Reply]

tulaaa zai...bile kawan kite tu komen camtu..x de pulak yg nak komen pasal air kat situ kan hahahaa...jahat giler aku kekekekekee =p

kalau x memanjang isu air...bile aku kata aku x dok selangor,manela aku tau...dia kata aku x prihatin pulak...tp bile tanya makcik n kekawan yg dok selamgor,x dela pulak nak kata x de air ,air mahal or air kotor.....haihhhlaa politik..politik...


faraherda.razalan berkata... [Reply]

Belanjawan? Saya tak pernah tersengih kerang busuk dengan setiap belanjawan yang dibentangkan.

sal ya berkata... [Reply]

mmg kalau nak apa2 kena mintak sekarang ni la sebab PRU bila2 masa je. kalau buat laporan cepat je dapat bantuan. mmg tak tgk belanjawan jugak. hehehe...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com