Memaparkan catatan dengan label Kuih raya murah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih raya murah. Papar semua catatan

Isnin

Promosi biskut raya home made

Assalamualaikum

Mak aih.. Baru hari kedua puasa dah start promosi gila gila kuih raya kan. Hahaha.. Jangan tak tau.. Sebelum puasa lagi sample kuih raya dah diedarkan. Zaman sekarang orang semua nak cepat. 

Biskut biskut edaran Galleta ni adalah biskut yang dibuat oleh surirumah muslim yang membuat biskut secara sambilan di rumah.


Klik pada banner untuk sebarang tempahan

Tawaran adalah terhad. Walau pun sekadar jimat 10% pun, di zaman yang segalanya mahal belako ni kita tak boleh lepaskan peluang yang ada. Jom beli biskut raya~

Selamat shopping~

Daa

Ahad

Kuih raya termurah di pasaran

Assalamualaikum

Walau pun baru minggu pertama puasa, ramai dah kalut cari kuih raya. Maklumlah. Kalau lambat sangat nanti peniaga dah taknak ambil tempahan.

Kuih raya termurah dipasaran tahun lepas tak beroperasi tahun ni. My kakak ipar sibuk sebab anak nombor duanya nak ambil UPSR tahun ni.

So kuih raya termurah dipasaran kami tahun 2013 ni adalah kuih raya kami buat sendiri. Hihi.

Ni pulak kek but sendiri

swiss roll


moist choc cake dengan ganache topping

Topping ni sedap gila sebab tak manis sangat. Lemak berkrim. Shujin yang tak berapa suka coklat pun makan lepas satu slice ke satu slice. Tak sedar dah separuh!

Alhamdulillah. Kami masih berjaya mengelak dari berbelanja di pasar ramadhan. Cukup dengan hidangan lauk pauk yang kami masak. Walau pun biasa biasa je tapi cukup la. Tak membazir. Hihi.

Sahur makan apa pagi tadi?

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com