Assalamualaikum
Malam tadi shujin bercerita kisah dia borak dengan seorang uncle separuh abad. Bercerita kisah yang dulunya dia berhenti berniaga kerana baginya pelajaran lebih penting. Kemudian bekerja sebagai pensyarah. Mengalami masalah kolestrol tinggi yang kemudiannya dinasihatkan supaya menjalani pembedahan sebab ada salur yang tersumbat katanya. Makan ubat pun tak baik baik masalah kolestrol tu.
Ketika tu ada seseorang bagi dia pakai sejenis stokin yang kemudian kononnya menyelamatkan nyawa beliau. Lepas pakai stokin tu dengan magika nya salur darahnya dah tak tersumbat dan tak perlu makan ubat lagi sampai hari ni. Sekarang uncle ni dah bersara. Kemudian of course dia sendiri jual stokin tu yang berharga RM150 sepasang tapi dia jual member price RM130.
Product company yang dia jual termasuklah alat "menjimatkan" elektrik dan air. Pakai alat tersebut pada meter elektrik. Bil jadi separuh. Ok fine. Ada jugak aku dengar pasal product begini di pasaran. Satu lagi alat bila dipakai pada meter air, bil air jadi separuh.
Ok. Bila dengar shujin cakap bab meter air tu aku terus gelak guling guling.
Sama ada uncle ni tak berapa bijak - dia sendiri jimatkan penggunaan air, lepas tu kata alat tu berkesan sebab logiknya, air bukan macam elektrik boleh di besarkan arusnya.
Atau pun, alat tu penipu. Iaitu dengan buatkan meter air tu biol dan bil jadi separuh. Which is illegal lah kan.
Hehe.. Macam macam jenis manusia kan.
Antara jenis manusia dalam dunia perniagaan adalah
(1) Dia tau dia tertipu, tapi dia teruskan penipuan tersebut dengan menipu orang lain
(2) Dia memang tak tau dia kena tipu dan dia percaya tanpa soal selidik sebab duit masyuk
Dua jenis manusia ni, korang bagitau lah macam mana pun. Soal halal haram ke soal undang undang ke. Mereka ni akan terus dengan aktiviti mereka. Menipu dan meneruskan penipuan. Contohnya infinity downline, yang terbaru yang pasal business SAP. Terang terangan company yang buat SAP tu adalah enterprise dan tak layak even mohon AJL sekali pun. Tu pun berdegil jugak. Bayangkan kalau tiba-tiba company kena rush. Duit yang blink blink depan mata ke mana? Apa hak mereka nak menuntut? Apa nasib mereka yang dah melabur tapi tak sempat nak dapat pulangan? Apa hukum duit yang mereka dapat? Wallahualam.
Semoga kita dijauhkan dari golongan sebegini.
Daa