Memaparkan catatan dengan label Fitonutrient. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fitonutrient. Papar semua catatan

Jumaat

5 colours diet series - contoh menu

Assalamualaikum

Dari siri diet 5 warna sayur. Maybe initially rasa susah nak keep up dengan diet 5 warna ni. Lagi-lagi bagi mereka yang tak berapa suka dengan sayur dan buah buahan. Tapi...Jangan limitkan diri ok. Kena makan sayuran hijau bukan bermaksud sayur daun semata mata. Dan buah warna oren bukan orange je.

Mungkin ada yang fikir. Alamak..takkan hari hari nak makan sayur campur kan. Jemu lah nanti...Actually. Yang bagusnya diet ni bukan semestinya kena sayur yang kita masak untuk makan dengan nasi. Just kena kreatif sikit.

Contoh menu
Hijau - Apple hijau, kalau rasa masam sangat boleh buat juice apple (make sure tak masuk gula la). Baru ni kak Ita masam manis ada tunjuk jus apple hijau dengan celery. Selain dari tu teh hijau pun dikira tau. Teh hijau kaya dengan EGCG, yang membantu regulate kolesterol dalam tubuh. Bagi yang ada masalah tinggi kolesterol boleh minum teh hijau. Jambu, timun. Banyak lagi.

Oren/kuning - Dulu aku tak suka makan carrot, tapi sejak anak-anak jadi hantu carrot ni aku belajar belajar jugak makan carrot. Instead of snacking dengan cikedis bukan bukan, baik potong carrot panjang panjang macam fries tu lepas tu munch sambil tengok tv. Takpun buat carrot juice. Kalau tak berapa nak lalu, buat la goreng keledek oren tu. Cicah sambal kicap. Yummehh...Tak pun buat jagung rebus macam kak zakie ni

Putih - Radish atau daikon. Ramai orang tak suka. Aku pun tak berapa nak minat sebenarnya. Tapi apa kata kalau buat rojak buah untuk minum petang. Letak dalam tu sengkuang. Crunchy crunchy~ Sekali dengan carrot tadi. Sure sedap punya. Selain dari tu, susu soya pun ada phytonutrient yang baik. Cauliflower kalau di stimkan lepas tu gaul dengan thousand island sedap jugak kan. Kalau suka mushroom boleh buat enoki goreng tepung. Bila memasak pulak, jangan lupa letak bawang putih banyak banyak :D

Merah - Jemu dengan tomato? Strawberry mahal sikit, jambu merah tu pun sedap. Tembikai dengan buah delima pun sedap. Apple merah ok jugak kan.

Purple/Biru - Dalam banyak banyak aku rasa kategori warna ni paling tricky. Hehehe. Sebab choices nya kebanyakannya adalah jenis jenis berries. Yang mahal gak nak cari kat Malaysia ni. Tapi apa kata, instead of makan kobis biasa yang warna putih putih tu kita cuba kobis ungu pulak. Keledek ungu susah nak cari. Tapi sedap kan. Selain tu, anggur dengan plum pun boleh.

Kalau nak senang lagi, macam kata Irfa, campak dalam blender terus blend. Tutup hidung minum airnya. Hehehe..

Pilihan kat tangan kita. Nak dengan taknak je.
Nice kan, contoh sayuran kat tepi, bulatan putih tu jenis phytonutrient dan yang ditengah tu fungsinya
Ada full spectrum. Dapat dari kelas masa aku belajar pasal ni aritu. Booklet ringkas berbentuk kipas. Kelas yang aku attend actually adalah mengenai produk supplement yang menawarkan full spectrum phytonutrient ni (complete 5 warna dari 17 jenis tumbuhan) complete dengan vitamin dan mineral penting dalam tiga biji tablet. Tapi of course as supplementation. Jangan la buah sayur takmo makan. Memilih. Lepas tu sibuk ambik supplement.

Tu orang panggil gedik.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com