Memaparkan catatan dengan label Diet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diet. Papar semua catatan

Jumaat

Makanan terbaik ketika sarapan pagi

Sarapan tinggi protein atau karbohidrat?

Tau tak. Even dalam senarai makanan sarapan sihat, mungkin ada yang sesuai dan ada yang tak sesuai dengan individu. 

Sebelum ni, saya ingatkan high protein breakfast bagus untuk semua orang. Rupanya tak. 

Menurut Lisa Kilgour seorang pakar nutrisi, apa yang kita makan sewaktu sarapan mempunyai pengaruh yang besar pada kesihatan mental. Kita punya sistem pencernaan sangat banyak neuron. Sebab tu ianya juga dipanggil sebagai otak kedua. Kalau perasan, bila kita stress ke debar ke, kita rasa macam ada rama rama dalam perut kan. Itu lah sebabnya. Sebab, neuron dalam perut adalah sangat mempengaruhi satu sama lain. 

Ingat tak sebelum ni saya pernah kongsi
Terlalu banyak neuron dalam gut akan menyebabkan cirit birit, akan menyebabkan anxiety. 

Terlalu sikit neutron pula akan menyebabkan sembelit, akan menjadikan seseorang itu stress atau depress. 

Walau pun teori ni 100%. Ianya biasanya adalah situasi biasa. Keadaan yang tak dirawat ni boleh menyebabkan irritable bowel syndrome IBS dan seterusnya boleh jadi kanser. 

Apakah sarapan yang sesuai? 
Ianya bergantung pada situasi mental seseorang. Kalau seseorang itu sering mengalami depression, disarankan untuk mengambil makanan tinggi karbohidrat. Manakala sebaliknya bagi yang mengalami anxiety, golongan ni memerlukan sarapan tinggi protein. 

One diet tak fit untuk semua orang. Bukan semua orang boleh kurus dengan stop pengambilan nasi. 

Apa pun situasi kesihatan, perlu faham bahawa penyakit penjagaan pada sistem pencernaan (gut) sangat penting. 

Perbanyakkan fiber dalam makanan seharian. Tambahkan probiotik dalam menu. 

Kalau nak cuba fiber tambahan atau probiotik tambahan boleh roger. 

#mixedfiber #nutrilite 

Rabu

Mengurangkan craving

Lapar manjang?
Meh cuba combo ni.
Low calorie
Nutrient dense

Kalau nak power lagi, tambah mixed fiber pulak. Insya allah tak cepat lapar. Especially diambil sebagai sarapan pagi.
Meh roger kami kalau berminat
www.wasap.my/60126894317

Nak diet?

The best way adalah.. Divide meals kepada 6 small portion, bila tak terlalu lapar, kita pun tak terlebih makan.. Fokus pada makanan yang berkualiti dan bukan saja pada kuantiti. Jangan berlapar semata mata nak kurus.

Pesanan seikhlas hati dari Nutrilite :D

Take care.

Daa

Jumaat

5 colours diet series - contoh menu

Assalamualaikum

Dari siri diet 5 warna sayur. Maybe initially rasa susah nak keep up dengan diet 5 warna ni. Lagi-lagi bagi mereka yang tak berapa suka dengan sayur dan buah buahan. Tapi...Jangan limitkan diri ok. Kena makan sayuran hijau bukan bermaksud sayur daun semata mata. Dan buah warna oren bukan orange je.

Mungkin ada yang fikir. Alamak..takkan hari hari nak makan sayur campur kan. Jemu lah nanti...Actually. Yang bagusnya diet ni bukan semestinya kena sayur yang kita masak untuk makan dengan nasi. Just kena kreatif sikit.

Contoh menu
Hijau - Apple hijau, kalau rasa masam sangat boleh buat juice apple (make sure tak masuk gula la). Baru ni kak Ita masam manis ada tunjuk jus apple hijau dengan celery. Selain dari tu teh hijau pun dikira tau. Teh hijau kaya dengan EGCG, yang membantu regulate kolesterol dalam tubuh. Bagi yang ada masalah tinggi kolesterol boleh minum teh hijau. Jambu, timun. Banyak lagi.

Oren/kuning - Dulu aku tak suka makan carrot, tapi sejak anak-anak jadi hantu carrot ni aku belajar belajar jugak makan carrot. Instead of snacking dengan cikedis bukan bukan, baik potong carrot panjang panjang macam fries tu lepas tu munch sambil tengok tv. Takpun buat carrot juice. Kalau tak berapa nak lalu, buat la goreng keledek oren tu. Cicah sambal kicap. Yummehh...Tak pun buat jagung rebus macam kak zakie ni

Putih - Radish atau daikon. Ramai orang tak suka. Aku pun tak berapa nak minat sebenarnya. Tapi apa kata kalau buat rojak buah untuk minum petang. Letak dalam tu sengkuang. Crunchy crunchy~ Sekali dengan carrot tadi. Sure sedap punya. Selain dari tu, susu soya pun ada phytonutrient yang baik. Cauliflower kalau di stimkan lepas tu gaul dengan thousand island sedap jugak kan. Kalau suka mushroom boleh buat enoki goreng tepung. Bila memasak pulak, jangan lupa letak bawang putih banyak banyak :D

Merah - Jemu dengan tomato? Strawberry mahal sikit, jambu merah tu pun sedap. Tembikai dengan buah delima pun sedap. Apple merah ok jugak kan.

Purple/Biru - Dalam banyak banyak aku rasa kategori warna ni paling tricky. Hehehe. Sebab choices nya kebanyakannya adalah jenis jenis berries. Yang mahal gak nak cari kat Malaysia ni. Tapi apa kata, instead of makan kobis biasa yang warna putih putih tu kita cuba kobis ungu pulak. Keledek ungu susah nak cari. Tapi sedap kan. Selain tu, anggur dengan plum pun boleh.

Kalau nak senang lagi, macam kata Irfa, campak dalam blender terus blend. Tutup hidung minum airnya. Hehehe..

Pilihan kat tangan kita. Nak dengan taknak je.
Nice kan, contoh sayuran kat tepi, bulatan putih tu jenis phytonutrient dan yang ditengah tu fungsinya
Ada full spectrum. Dapat dari kelas masa aku belajar pasal ni aritu. Booklet ringkas berbentuk kipas. Kelas yang aku attend actually adalah mengenai produk supplement yang menawarkan full spectrum phytonutrient ni (complete 5 warna dari 17 jenis tumbuhan) complete dengan vitamin dan mineral penting dalam tiga biji tablet. Tapi of course as supplementation. Jangan la buah sayur takmo makan. Memilih. Lepas tu sibuk ambik supplement.

Tu orang panggil gedik.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com