Sabtu

Digestive Resistant Maltodextrin

Digestive Resistant Maltodextrin

Rasanya ramai dah tau pasal maltodextrin dan kesannya pada kesihatan. Kita memang seboleh boleh nak mengelak maltodextrin ni.

Actually, saya came across dengan DRM ni baru baru ni. So, buat la sedikit bacaan pasal DRM. Apa yang baiknya. Apa yang bahayanya.

Kita kenalkan pasal maltodextrin dulu. 
Maltodextrin adalah sejenis polisakarida yang biasanya digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan. Secara teknikalnya, ianya bukan gula. Sebab tu label product boleh letak TANPA GULA TAMBAHAN walau pun mengandungi maltodextrin. Walau pun maltodextrin ni dari tumbuhan, ianya sudah terproses dan tinggi GI index nya. Jadi boleh menyebabkan kenaikan mendadak pada gula dalam darah. Ianya tak ada nutritional value. Empty calorie. Lebih buruk lagi, maltodextrin boleh mengganggu keseimbangan bakteria dalam sistem pencernaan serta boleh menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah individu. 

Digestive Resistant Maltodextrin atau DRM
Maksudnya straight forward je. Maltodextrin yang mempunyai rintangan pada pencernaan.  Senang kata, sejenis maltodextrin yang sukar atau tak boleh dicernakan. Ianya adalah sejenis dietary fiber (85% fiber) . Kadar GI nya rendah sekitar 2-2.5kcal/g. DRM ni sifat sifatnya berbeza sama sekali berbanding maltodextrin yang kita biasa dengar. Ianya baik untuk kesihatan sistem pencernaan kerana ianya adalah sejenis fiber. Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik. Dan dikatakan mempunyai potensi besar againts penyakit seperti diabetes, jantung, dan kegemukan. 

Ada banyak kajian yang dibuat mengenai DRM ni dan potensi dalam membantu memperbaiki kesihatan. 

So briefly, itu lah DRM tu. 
Kalau rajin nak baca full text boleh klik link bawah ni
https://selfhacked.com/blog/resistant-maltodextrin/

Apa pendapat korang?  

#maltodextrin

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com