Selasa

Cara-cara menanam pokok daun pudina

Assalamualaikum

Daun pudina biasanya orang letak dalam teh. Aku sebenarnya tak pernah pun buat air teh letak daun pudina, tapi dah alang-alang nak bercucuk tanam kan. Shujin pulak beli dua puluh sen je aritu. So dapatlah buat benih. Rupa-rupanya tak susah nak tanam pokok pudina ni. Gunakan batangnya saja! Mudah sangat sebenarnya..

Cara-cara menanam pokok pudina
Ada orang kata rendam dulu batangnya sampai keluar tunas akar. Tapi aku tanam terus dalam tanah hitam. Batang yang dah keras sikit lebih mudah keluar akar berbanding yang bahagian pucuk. Pudina sukakan tanah yang lembab. Kaedah tanamnya lebih kurang macam tanam daun kesum. So aku try cucuk dalam bekas daun kesum jugak beberapa batang. Memang menjadi.

Yang cucuk bahagian pucuk tu mostly kecut dan layu. Tapi bahagian batangnya keras sikit tu keluar akar dan mula tumbuh sihat cemerlang.
Batang pudina baru keluar akar dan ada pucuk sikit
Rasanya ni mint biasa. Aritu terjumpa apple mint. Menarik sangat. Ingat nak cuba tanam. Lepas ni boleh buat infused water letak daun pudina. Air sihat gitchewww.. Gedik gila.. Hahaha..

Pokok-pokok herba omputeh ni tak berapa suka cahaya matahari terik. So, letak kat tempat yang dapat cahaya indirect ya. 

Selamat mencuba.

Daa


10 comments:

Unknown berkata... [Reply]

Air teh + mint...letak dalam peti! memang nyaman..... :)

Singgah blogwalking





Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Air teh arab kalau kita masuk restoran nasi arab tu teh dia masukkan daun pudina yg kita tanam inilah Rai dlm teh biasa. Cuma dia tambah buah pelaga. Bila minum betul macam teh masa kita kat Mekah.. sedap. Boleh cuba.

Tak rugi tanam kan..

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Tengok kawan2 dah mula bercucuk tanam macam ni, tiba2 rasa minat pula nak ikut serta... :)

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Teringin nak bercucuk tanam. Tapi dok apartment ni agak membataskan *alasan..hehe..☺☺

Ribthi berkata... [Reply]

mana boleh dapat apple mint.

Unknown berkata... [Reply]

Saya beli kat pasaraya. Tesco ada jual..

Unknown berkata... [Reply]

perlu letak baja jugak ke??

Unknown berkata... [Reply]

perlu letak baja jugak ke??

Unknown berkata... [Reply]

@Ilyana Lala, tak payah pun takpe. rajin2 petik pucuknya.. nanti makin subur.

Unknown berkata... [Reply]

Salam.. Hii, pokok pudina yg awak tanam itulah Applemint

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com