Isnin

Siapa kena bertanggungjawab?

Assalamualaikum

Aku sangat hairan kat Malaysia ni. Kita bayar untuk satu perkhidmatan. Tapi kalau berlaku apa apa, service provider seboleh boleh taknak bertanggungjawab.

Hah!! Apa kes??

Alkisahnya.. Aku pos miso halal pada pelanggan. Banyak dia order. Konon nak jimatkan sikit kos penghantaran, aku gunakan Citylink. Tapi akhirnya.. Bukan untung sikit. Rugi terus.

Aku pos Isnin lepas. Pelanggan aku cuma dapat barangnya hari Sabtu. Itu pun setelah dia sendiri ke warehouse dan pick up barangnya.

Sudahla tu.. Barangnya rosak. Dan langsung tak boleh diselamatkan..


Plastik koyak berlubang macam digigit tikus


Miso aku dah bungkus elok elok dalam bubble wrap pun berlubang.

Barang lain pun sama.. Pelanggan dan bayar. Tentu dia nak barangnya at least selamat sampai. Aku pun takkan asyik nak kena bayar gantirugi yang bukan salah aku pun..

Aku bagi bisnes untuk Citylink. Tapi kenapa diorang tak amanah jalankan tugas. Penghantar barang, tak amanah hantar barang. Tuan rumah ada, tapi kata tuan rumah tak ada. Barang tak dijaga dengan baik masa dalam tanggungjawab diorang.

Honestly.. Aku bagi pihak pelanggan akan tuntut gantirugi daripada Citylink. So hopefully diorang tak banyak songeh. Otherwise aku kena bawak pergi ke tribunal tuntutan pengguna.

Ada sesiapa yang pernah buat tuntutan gantirugi dengan syarikat courier service?

Daa

19 comments:

izzeyda berkata... [Reply]

Pernah juga member hantar barang guna citylink, memang perkhidmatan dia kurang memuaskan.. terpaksa tunggu berhari2 baru dapat barangnya.. kekadang barang nak guna segera..

Unknown berkata... [Reply]

citylink memang banyak buat hal.... gdex ok sikit...

Unknown berkata... [Reply]

sabar la makcik..kat mesia ni mmg takleh buat apa..harap boleh claim lagi tu..huhu..

sal ya berkata... [Reply]

pernah guna khidmat citylink thn 2007. company husben pny kurier. pos kad kawin kat kg dgn harapan smp la cpt dlm 2-3 hari je. last2 ayah asyik kol tny mana kad kawin x smp2. dh seminggu dh x smp jgk lg. panas je rasa. kol citylink dia ckp org dia dh msk kwsn rmh tp kol2 x dpt. ayah aku kata xde sape kol pun. mmg hampeh. dah la menipu. kalau ada kol mst ada miskol. ni satu apa pun xde. last2 kena amk kat tmpt dia kt kuantan. bengong btl citylink. lps tu dh x guna lg dah servis tu smp skg.

sm jgk dgn nationwide. thn ni pny kejadian. early this year. ms tny brg akan smp dlm ms brp hari. plg lewat 3 hari je katanya. sdhnya sm jgk. leceh gila. walhal sblm ni guna nationwide ok je. lps ni try la skynet plk. sbb stkt guna skynet sblm ni ok je lg. huhu...

ayunidati berkata... [Reply]

Tak pernah guna perkhidmatan ni... tapi biasa guna pos laju dn gdex...

Eye_nee berkata... [Reply]

Nak bantu kamu pun tak tau cara Rai...tp ni dah sah2 salah mereka ni..sampai parcel berlubang mcm kena tebuk tikus...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... [Reply]

Poslaju lebih ok dari Citylink.. sy dah banyak kali kena dgn citylink ni, mujur bkn brg makanan. Pernah sy nak htr ke tempat lain, dihtrnya ke tempat lain.. org lain pulak yg boleh terima dan ambil brg tu, nak mendapatkannya balik kena dekat dua minggu jugak, hazab betul citylink. Yg sy nmpk, belah2 Pantai Timur yg pkhidmatannya paling teruk sekali..

PetakBunga berkata... [Reply]

Akubuat business dulu guna poslaju je.
Rasanya poslaju plg okey sekarang ni.

Ujie Othman berkata... [Reply]

Ikut pglmn saya...Citylink mmg teruk. Servis lambat, berhari tunggu, call berkali baru dia nak hantar. Siap kata kita takde kat rumah, pdhal kita tunggu. Byk kali dah kena.

Poslaju..ni yg plg tgh2. Penah order mknn, dia silap hantar ke PPL lain, selang bebrapa hari baru dpt..rosak dah mknn tu. Kira rugi gitu jelah, penjual pun tak ganti apa2 kat saya. Sejak tu, dah tak berani beli mknn mudah rosak secara online.

Terbaik setakat ni..GDex. Blm pnh ada masalah bila beli online melalui Gdex.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

kita ada hak utk tuntut gantirugi rai..

Aziela berkata... [Reply]

Sama dengan Sal. City link bagi kami rugi sebab dokumen tender lewat 3 hari tiba dari closing date. Millions tuuuu. Lepas tu Nationwide pun lambat. Sudahnya, kalau important, guna Pos Laju lebih reliable.

mayangbakingmadness berkata... [Reply]

ADEHH JENUH GAK LE KALAU ASIK KENA GANTI RUGI KAT PELANGGAN KAN RAI.. BISNESS PUN KECIL-KECILAN LAGI ...

Cik Rose berkata... [Reply]

tak pernah guna citylink. selalu guna poslaju je.. masih mempercayai poslaju :)

Mar Mansor berkata... [Reply]

agak teruk kalau sampai dah berlubang macam tu..barang rosak..
buat keje tak amanah, dugaan dalam bisness ni

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

tu la...rietta plak terkena dengan astro....klu kt kawasan rietta ada streamix service...dah lamer rietta langgan hypptv....tpi nk buat camne...sebab xde coverage areal biasa...terpaksa langgan astro...

LYAfrina berkata... [Reply]

Aduyai.. nanti report direct j kat hq .. pttnya dia kna btgungjawab ats setiap brg y diamanahkan tu. Ada dlm polisi dia kan

aswadz berkata... [Reply]

aku lagi percayakan poslaju...

Unknown berkata... [Reply]

Boo city link ni.... spek mata aku x sampai2 lg sial

Yus berkata... [Reply]

Sbnarnya mana2 kurier sama.tp citylink kalau tmpat terpencil mang dia xkn masukla..lg la kurier ni bos dia bkan bngsa kita.byk diutamakan pada bhagian bandar yg dpt keuntungan bg syarikat.tmpat yg takde keuntungan mang dia xmang..kna amik sendiri..pengalaman keje sykt kurier

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com