Assalamualaikum..
Seminggu sebelum bergegas ke Johor, sebelum pemergian Makwe aritu, aku ada hadiahkan satu set lego untuk Aqil. Sebahagiannya sempena dia makin rajin dengan buku dia, sebahagiannya sebagai penaik semangat dia. Ya aku memang jarang beli lego dari kedai dan dia pun selalu minta, jadi aku rasa sekali sekala tak apa pun. Lepas tinjau-tinjau, aku putuskan untuk beli set LEGO Star Wars Microfighters 75032 X-Wing atas beberapa sebab.
Lego biasanya tak tunjukkan illustrasi berapa binaan yang boleh dibina (kecuali set dari LEGO Creator) tapi lebih penting lagi apa yang set tu boleh buat (features). Straight to the point kan? Dalam kotak set ni ada dua beg dan satu buku arahan manual.


Sayap X-Wing boleh dikembang sebagai huruf X dan ditutup seperti biasa. Ada 2pcs "flick missile" dipasang pada setiap sayap untuk membentuk senapang pesawat ni. Seperti biasa, bila ditolak pada bahagian belakang, flick missile tu boleh melonjak keluar seperti peluru. Tolong jangan acukan pada orang lain bila menembak ya! Bahagian atas X-Wing, tak ketinggalan ada droid (R2-R7 atau R3-D5 aku tak pasti). Printing untuk set ni sangat baik dan terpeinci. Antara sebab aku pilih set ni berbanding set microfighters yang lain adalah, set ni ada banyak parts/element yang aku ada pada jumlah kecil, contohnya part pada gambar sebelah kiri, bawah tu. Untuk sesiapa yang nakkan part tu jugak, dalam set ni ada 12pcs. 8pcs warna putih dan 4 pcs warna kelabu gelap. Selain tu set ni ada beberapa lagi parts/element baru yang sedang giat digunakan oleh set-set lego sekarang.
Sekian, selamat bershopping..
PS : Aritu aku ada nampak ada orang jual set ni (baru) kat eBay pada harga RM38.90. Tak tau masih ada lagi tak.
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::
5 comments:
Kalo betul betul minat lego seng aje nk psg..kalo jnis xtau atau tgn kayu memg ntah ape la jd
Kalo betul betul minat lego seng aje nk psg..kalo jnis xtau atau tgn kayu memg ntah ape la jd
assalamualaikum rai...betul-betul minat kat lego ni...:)
hebat la pengetahuan rai ttg lego..azni zero knowledge huhu..ada belikan anak lgo tp yg cikai punye la..yg petak2 je..
AKu memang memandang sepi aje lego ni.
Catat Ulasan