Assalamualaikum..
Isnin, cerita lego. Harini tak cerita pasal model buatan sendiri atau set yang dibeli. Cerita harini pasal set yang dipesan/order. Sesungguhnya aku taknak buat lego satu bisnes, cuma tolong buat pesanan supaya kita semua dapat beli lego (ori) dengan harga murah. Tapi jumlah order dah makin banyak dan menelan masa aku untuk susun dan periksa barang yang sampai tu sama ada bertepatan dengan order ke tak. Kalau ada kesilapan, aku kena laburkan masa untuk berurusan dengan pembekal lagi. Jadi, pada masa depan mungkin aku akan kenakan 5%-10% dari harga lego yang dipesan sebagai upah aku menguruskan semua tu. Well, masih dalam cadangan. Kalau boleh, tolong vote kat whatsapp supaya aku tau kata majoriti. Terima kasih.
Muka budak dua orang tak sabar nak bukak kotak. Dalam bulan Mac hingga ke bulan April, wow, kad kredit aku kena charge lebih RMxxxx.xx der untuk lego je. Hahahaha.. ramai betul peminat rupanya. Siapa cakap ramai melayu tak mampu beli lego ori? Mamat kerja despatch pun berani order. Hahaha.. Tiap-tiap minggu order sampai. Kadang-kadang seminggu dua tiga kali. Tak pernah aku tengok order yang macam tu punya banyak. Kali ni ialah jumlah order paling besar lepas aku start LEGO Pre-Order bulan Desember lepas.
Ni laa gambar operator aku. Bangun tidur, terus kena pergi susun lego ikut list order yang aku dah kasi sorang satu. Haa.. susun laa.. apa lagi.. Selain menjadikan bebudak ni cekap matematik, sekaligus meransang otak diorang mengenal pasti bentuk dan kumpulan.
Ini stock yang mana pemesan dia tak datang pick-up lagi. Yang sejak bulan Febuari pun ada. Total lebih kurang 13kg. Dah susun mengikut order masing-masing.
Stock yang baru sampai Jumaat lepas. Minggu ni ada lagi empat order lagi yang akan sampai. Untuk yang dah dimaklumkan, tolong bagitau awal-awal tarikh dan masa nak datang pick-up ya. Sebab aku kena arrange masa aku. Pepaham laa.. miso lagi nak kena hantarkan, Amway lagi, kerja lagi, huhuhu.. Sibuk adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan.
Sekian,
Selamat membina..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::
12 comments:
Memang patut ada sikit upah budak2 tu.. masa budak2 tu kena ada upah walaupun dia seronok buat nya
jual lego ke? baru tau.... zakwan mesti suka ni
@Petak Bunga
Bebudak tu memang dapat habuan diorang, parts lego baru. Hehehe..
@Nad MamaZN
Cemana nak cakap eh, tak jual, cuma order beramai-ramai.
BYKNYE RAI.... mmg byk makan mase nie..mane nak urus stok...pos lagi ....tgu payment lagi...rasenye okey kot adekan caj tambahan tu asalkan masih berpatutan....
wah banyk tu rai, mkn kencang bisnes yer
bestnya Rai! mcm nak order jerk. husband mmg kaki lego. opis dia pun guna byk buat research. hehe..
@Asmara
Nak join boleh je. Bagitau part apa yang diperlukan. Lagi ramai, lagi jimat.
@lieyalatif
Cuma ada sikit-sikit je yang tunggu payment. Biasanya diorang bank in duit dulu pastu baru kitorang order. In terms of asingkan "ini sapa punya, itu sapa punya" tu yang banyak makan masa actually. Sebelum ni, upah aku cuma review, treats point dan fun bila tengok orang hepi bila dapat set/parts masing-masing. Anyway its fun bila tengok banyak-banyak camni.
@Asmara
Lupa nak bagitau, untuk yang nak order parts, tapi tak tau parts tu nombor siri atau nama apa, atau dia tak tau parts apa yang nak diorder, boleh belek kat alamat ni : http://shop.lego.com/en-US/Pick-A-Brick-ByTheme
Ini official lego.
Rai ada jual lego ka?sya nk pasang pun x reti ni..klu takat susun tinggi2 sya retila.hehe
rai,saya tak berapa tahu bab lego nih..berapa rm paling murah?teringin gak nak beli..
Catat Ulasan