Assalamualaikum..
Kalau lah tetiba korang ada kat kawasan Temerloh Pahang, bersiar-siar dengan dua keluarga besar dan/atau korang perlu tinggal di kawasan tu pada satu masa yang panjang, aku cadangkan korang pertimbangkan homestay ni.
Homestay ni adalah kepunyaan Mohd Shukri Awang, kawan karib aku. Berjarak 3km dari pusat bandar Temerloh. Baru beroperasi sejak bulan Januari lepas. Dia jadikan rumah semi-D tu sebagai homestay sebab dia sayang nak tinggalkan rumah lama dia. Well, tak laa seGAH hotel, tapi ia rumah yang baru siap dibina dan secara drastiknya dari masa ke semasa di tambah dengan fasiliti dan kemudahan khas untuk pengujung. Sejak bulan Januari juga, jarang rumah ni kosong. In fact, ada yang menginap lebih dari sebulan disebabkan ada event kat kawasan berdekatan.
Homestay ni ada tiga bilik tidur dan dua bilik air. Dua bilik tidur dilengkapi dengan katil dan satu bilik tidur lagi dipenuhkan dengan tilam dan fuuton. Yang berkatil tu biasanya untuk ibuayah atau orang yang lebih tua dan tilam-tilam tu untuk bebudak. Biasa laa kalau jalan-jalan lebih dari satu famili ni, bila ada bebudak ramai-ramai, diorang nak duduk sesama diorang bermain sampai larut malam. Lambakkan semua tilam tu, dan biarkan diorang bermain. Ibu dan ayah boleh lepak berborak tanpa gangguan. Hahahaha..
Antara fasiliti lain yang ada dalam rumah ni termasuklah sofa, kipas, penghawa dingin, peti sejuk, mesin basuh, sterika, dapur dan benda-benda asas lain yang patut ada didalam rumah.
Bila tengok kawan-kawan baru nak buat bisnes, aku pon offer nak tolong
sebarkan kat blog. Kalau kawan tak tolong kawan, siapa lagi kan? Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi En. Amiruddin 019-981 7330. Harga untuk satu malam adalah RM150. Harga untuk sebulan RM1500. Tapi, En. Shukri kata kalau korang bagitau yang korang tau pasal homestay tu dari blog OurKizuna,
dia akan bagi harga special. Hahaha.. Kalau sebut nama penuh aku, harga boleh runding
lagi. Itu kata-kata dari pemilik laa. Share? No no no no no.. aku takde
share. Rumah dan bisnes ni totally hak dia. Aku takde terima apa-apa bentuk wang pun. Dalam satu pandangan lagi, kalau boleh tolong bangsa kita, why not? Just buat pertimbangan masing-masing...
Selamat bercuti.. (soon)
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::
16 comments:
okehh..noted..mana tau ada urusan kat Temerloh kelak..
Info yang bagus mana tahu tiba2 ada keperluan ke sana kelak.
kalau g pahang selalunya tido umah sedara mara..banyak waris kat pahang nun:)
tolong menolong kawan kan..
untuk makluman.. cuti sekolah bulan mei 2015. semua hotel dan homestay area temerloh sudah dibooking untuk majlis bolasepak kalau xsalah info. bermula 30 mei-2 jun.. untuk sesiapa yang terlibat dengan kenduri kawin atau bercuti di temerloh dalam masa tersebut harap maklum dan booking dulu sekiranya hendak bermalam di temerloh
Makchaq memang suka dok homestay dari duduk hotel sebab kami ramai.. kalau hotel susah nak bergather2.. bilik kecik..
apa salahnya kalau ke temerluh boleh menginap di sini.
@sazd73
Owner dia dah letak notification. Ngee..
Klu2 ter pg phg..boleh la tepon2.hee
Aku pun ada kawan sama nama dengan dia siap bin pun sama jugak. Tapi dia kerja hospital.
nmpk selesa ye.. siap ada aircond lagik.
boleh la kalau nak ke sana :)
Memang akak teringin nak ke Temerloh and explore bandar tu nanti. Kalau pergi dengan big group, memang mudah dah ni.
Psst : Sempaatttt pomot ikan patin akak tu yer...hahahahhaha
Buat biz homestay memg untung kan...in shaa Allah kalo pergi sana boleh contact kwn rai nih
Tambahan..
Baru masukkan satu lagi aircond kat bilik belakang
Peti ais dan dapur baru masukkan hari ni
Nanti upload gambar baru..kemudahan akan ditambah dari masa ke semasa..harap maklum...
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Catat Ulasan