Assalamualaikum..
Semalam post pasal design lego kereta yang Aqil buat dalam 3D software. Arini pasal motosikal pulak.
Budak kecik, biasa laa tak sabar, dia pun buat guna imaginasi sendiri. Then jadi laa bentuk ni. Aku agak sibuk bulan lepas so tak sempat nak post entry ni.
Selain shock absorber pada tayar belakang mosikal ni, takde sebarang special features yang lain. Still, dari feedback yang aku dapat bila hantar gambar ni kat peminat-peminat lego, diorang semua setuju yang rupanya cool.
Empat hari Aqil ambik masa untuk buat motosikal ni. Kami suami isteri senyum je tengok dia dok gigih. Habis sesi dengan buku je dia mengadap lego, sebelum tido je mengadap lego. Hehehe..
Dah siap, dia main dengan Aisy. Mau pulak dia bagi kat si baby tu kali ni. Well, actually Damia dok sibuk dengan hobi berkreatif baru yang bersifat "girl-girl" gitu... nanti aku share next time.
Owh.. motosikal ni, sekarang Aqil dok siapkan instruction manualnya. Maybe boleh mintak kemudian kalau ada sesiapa yang berminat.
Sekian, salam Jumaat..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::
7 comments:
umur berape die ni..kreatifnye lahai...
@misz sheyla
Enam tahun
Kreatif. Pandainya aqil.
assalamualaikum rai...kreatif boleh jadi designer kete bila besar nanti...:)
pandai dia reka... jadi cantik pulak tu
anak beranak ni memang otak lego..tgok pun gerun..
apa pon x boleh nak kata la.
mmg terbaik :)
Catat Ulasan