Rabu

Modul pembelajaran matematik yang berkesan

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Satu insiden telah berlaku dan membuka mata kami untuk tukarkan sekolah tadika untuk Aqil. Berhenti serta merta dan belum official lagi. Start hari ni shujin dengan aku bergilir mengajar Aqil sementara selesai urusan daftar dengan sekolah tadika baru atas recommendation kakak ipar.

Modul yang shujin gunakan untuk mengajar Aqil. Baru dua tiga sesi. Aqil dengan Damia dah fasih mengira dan buat penambahan gunakan jari. Alhamdulillah. Modul yang tak tau dari mana sebenarnya. Kebetulan ada dalam koleksi buku di rumah kami. Hahaha..

Buku doraemon. Mesti korang macam tak caya kan
Buku keluaran tahun 1992. Bagus sangat. Anak-anak seronok sebab sangat interaktif.

Mengira kuih dorayaki. Menarik!!

Antara silibus pembelajaran
Serius sangat berkesan. Sekarang masih trial and error nak mengajar mereka mengenal huruf, menulis dan membaca. Aqil dah mula kenal huruf. Boleh nyanyi ABC sampai Z, tapi masih belum begitu fasih. Bagusnya kalau jumpa set buku pendidikan doraemon ni untuk darab dan bahagi, bahasa melayu dan semua subjek. Hahaha..
Motor imitate cerita LEGO movie

Dibina oleh Aqil sendiri
Ada banyak sebab kenapa aku stop Aqil dari sekolah situ. Salah satu yang paling utama. Aku taknak gangguan emosi Aqil berterusan. Aku taknak Aqil membesar dengan anggap bahawa dia lemah sebab lain dari orang lain.

Semalam aku sangat marah dan rasa sayu yang amat dengan layanan cikgunya terhadap Aqil. Apa yang berlaku biarlah aku simpan je. Tapi it has to stop.

SOALAN:
Adakah korang rasa seorang budak 6 tahun kurang bijak sebab penerimaan dia pada konsep belajar berbeza? Aku percaya setiap anak ada potensi sendiri. Motor LEGO yang dia buat belum tentu boleh dihasilkan oleh seorang berkelulusan engineer sekali pun. Serius. Sebab aku memang tak pandai. Dan aku kelulusan engineer.

Korang rasa korang mampu? 

Daa

22 comments:

LiYa HaNiF :: berkata... [Reply]

Rai,apa cikgu aqil buat kt aqil.. meh la share story... tk elok dipendamkan..

Aziela berkata... [Reply]

Akak rasa Rai patut tukarkan dia sekolah dari awal lagi. Sorry, but I am not as patient as both of you. And yes, akak mengaku, lego memang out langsung from my skill. Akil is such a brilliant and talented boy. Dia perlukan teknik yang sesuai dengan kelebihan dia.

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai, kesiannya Aqil. tak patut cikgu layan camtu.. cikgu kan kena banyak bersabar dan mengajar dengan ikhlas. hmm salute tengok motor imitate ni Aqil yang buat! sheila kurang cerdik bab2 nak membina lego ni.. apapepun, sheila doakan Aqil membesar dengan sihat dan berjaya.. in shaa Allah. kak rai, jangan marah2 tau. singgah menabung ford sini~~~

emarieys berkata... [Reply]

ada juga cikgu membeza-bezakan anak muridnya...baik berhenti jadi cikgu...cikgu kan utk mengajar..mudah-mudahan aqil dpt sekolah yang lebih baik...hasil lego dari aqil...memang hebat.

MamaAliya berkata... [Reply]

tengok hasil binaan lego yang dibuat oleh akil, budak yang berumur 6,memang impressed. rai, u should google out what gifted and talented child is all about. maybe akil under one of this category. if u want to teach him to read,why don't u try glenn doman method.

QasehnyaRania berkata... [Reply]

assalam
thanks singgah blog saya.lama tak berblog.hihi
akak sihat?
kalau x keberatan kongsi la kak.

saya pon x berapa nk pandai buat semua.
setiap anak berbeza potensi mereka.jgn la mudah menilai.

apa la cikgu tu kata erkk

Unknown berkata... [Reply]

lego tu dia yng buat...biar betul... kreatif...ape yg cikgu tu buat??? xpe la..kalau tukar tu yg terbaik , tukarkan je..dari melemahkan semangat budak tu

Unknown berkata... [Reply]

satu tindakan yang bijak zai..cari sekolah lain utk aqil chan..kesian dia..ganggu emosi dia nanti..

rasa nak nangis aku bila dia cakap ngan muka sedih.."nanti esok mesti cikgu marah abang lagi.."

wehh..mcm menarik buku tu..nanti pinjam..boleh ajar amirul sama..hahaha..

Dr K berkata... [Reply]

cun wooooo motor Lego tu :)

alhamdullilah..saya rasa awak buat keputusan yg amat tepat berhentikan aqil dari tadika tu

Mar Mansor berkata... [Reply]

seorang ibu tahu apa y terbaik untuk anaknya kan..lambat tak bermakna dia tak pandai..mungkin cikgu tu terlupa y dia mengajar budak berusia 6 tahun..

Mimie berkata... [Reply]

setiap budak tahap pembelajaran memg berbeza..mne boleh beza bezakan...

Unknown berkata... [Reply]

saya pun tak kan boleh buat motor lego tu..setiap anak berbeza sangt.sepatutnya dia cikgu boleh tahu semua tu..

babYpose berkata... [Reply]

Yang penting rai sendiri tahu kebolehan Aqil, tengok hasil lego Aqil pun tahu dia cerdik. Dengan memerhati dia bole buat. macam best buku doraemon tu. Kids mesti suka.

Nizam.Ariff berkata... [Reply]

setuju dgn tindakan tu...

Nizam.Ariff berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PetakBunga berkata... [Reply]

tak settle lg Rai pasal cikgu tu..
ke dia ada dendam dgn kau ke?

Ismail N berkata... [Reply]

My kid ada learning disability problem dan currently duduk dalam kelas Pendidikan Khas @ school. Dia suka sendiri2 dan spend time dgn benda2 yg ambil masa utk disiapkan mcm LEGO. Since, he enjoy LEGO, I pun don't mind spend $$$ utk beli all the LEGOs. Cuma bila dia dah besar sikit ni, terpaksa kasi belajar berdikari sikit dan ask him to join his brother and his friends. Still LEGO masih kegemaran dia di rumah. Buku Doremon tu look nice cuma a bit too late buat dia yg sudah 14 skrg :D

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

bestnye buku tu...nak kena cari ni...ada anak anak yang perlu diajar dengan kreatif....

kagum rietta dengan hasil lego tu...igtkan en shujin yang buat...upenye anak teruna...haish jgn soh untie rietta buat yea...untie rietta fail punya la bab bab lego nie..

Unknown berkata... [Reply]

huiiiiikkkk... kesian aqil.. Aqil shima so far ok. Dh pandai bwk diri n ikut2 kwn takmo menulisss cehhhhhh!

Alphabet hafal.. suku kata baru belajar :) so far so good.

mcm best je buku tu , menarik sbb ada kartun kan

Unknown berkata... [Reply]

anggap je la cara cikgu tu tak sesuai. ada lagi cikgu lain yang boleh menerima dengan lapang dada. anak gembira, cikgu happy, mak-ayah senang!

LydSunshine berkata... [Reply]

walaupun tak tau hujung pangkal cerita pasal aqil ni, tapi replica motor yg dia buat memang sgt mengkagumkan. nampak detail sgt. setiap org, ada kepandaian masing-masing. elok la kalo rai dah keluarkan dia dr skolah tu..

buku tu... boleh share tak. nak jugak guna kaedah tu.

mummY daniSha berkata... [Reply]

x pe zai...tukar je tadika lain....aqil memang budak cerdik dan die x patut dilayan macam tu...cikgu tu x ikut kursus pra skool kot heeee....sabarla zai...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com