Isnin

Melepak di Hotel De Art Shah Alam

Assalamualaikum

Bulan lepas, aku ditawarkan untuk attend satu blogger event yang berbayar. So, first time punya pengalaman, aku pun tak melepaskan peluang yang diberikan. Hasilnya.. Dapat satu voucher penginapan 2hari 1malam dengan sarapan pagi PERCUMA di Hotel De Art, Seksyen 7 Shah Alam. Bagi yang tak pernah dengar pasal hotel ni boleh klik pada link atas tu untuk tengok konsep bilik yang menarik yang terdapat di hotel de art ni.

Since rumah kitorang pun dekat Shah Alam je. So kami pun just packing lebih kurang. Bawak makanan untuk duduk memerap tengok Astro dalam bilik. Hahaha..

Beef lasagna.. Habuan makan dalam bilik
Aku booking thru wassap je. Managernya Jenny tu respond dengan sangat cepat. Process nak booking pun pantas dan smooth je.
Check in pukul 3, check out pukul 12. Ni reception

Ruangan menunggu ada sofa

ni sebenarnya tunggu check out

koleksi gambar gambar dan majalah dan suratkhabar

lif pun ada corak yang cantek
Kitorang sampai untuk check in tu dah pukul 4 lebih sebenarnya. Mentang mentang dekat kan. Huhu.. Aku tak sure tema apa bilik ni. Tapi ada gambar singa. Lion King? Hahaha.. Tapi diorang gunakan kertas dinding dengan corak menarik la. Simple tapi nampak mewah.
Dua single bed

Gambar singa

Tidur malam
Malamnya kitorang gabungkan katil takut bebudak ni membuas lalu terjatuh. Haha.. Susunan berderet ikut peringkat umur ya. :P

Budak bulat

Apa la diorang borak
Huru hara lepas makan
Gambar makanan masa breakfast tak sempat ambik pun. Lupa. Hahaha. Kitorang ambik set roti tuna 4 ketul dengan roti sekaya+cheese dengan telur separuh masak. 

Sesekali escape dari suasana rumah, walau pun dekat je pun menarik jugak kan. 

On the way balik sempat singgah beli popia basah dan goreng yang overprice kat area Plaza Masalam.
popia goreng inti kobis semata mata..

Popia basah tak berapa nak ada rasa
Kecewa aku dengan peniaga makanan zaman sekarang. Popia goreng tu keras dan liat sampai sakit langit langit aku. Intinya cuma hirisan kobis. Manakala popia basah ada timun, carrot yang dicelur. Tapi takde rasa. Sosnya jadi penyelamat. Seketul RM1. Padahal modal berapa sen sangat la seketul popia tu. Kejam betul.

Lepas tu balik rumah. Sambung berguling guling. Best.. Hahaha..

Korang buat apa weekend aritu?

Daa

14 comments:

Suria Amanda berkata... [Reply]

sekarang memang susah nak dapat peniaga yang betul2 jujur dan ikhlas dalam meniaga...

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai, sekarang semua amik untung semata. huwaaa tak jaga tekak pelanggan pun. pasrah. ehh weekend dok rumah je kak. tak sihat seminggu lepas. heeee. terliur tengok lasagna ~~~

aizamia3 berkata... [Reply]

nak sedap mai datang umah.. hehehe.. ;)

Eye_nee berkata... [Reply]

Tu yg kdg2 beli makanan bila bawa balik umah..rasa mcm nak menyumpah jer peniaga tu..tp tu lah kan..kalau nak sedap buat sendiri..tak pun mmg dah betul2 tahu mana peniaga yg sedap..kalau first kali try mcm ni lah..untung2 sedap..rugi2 tak sedap...

Aziela berkata... [Reply]

Wahhh...bestnyaaa. Kenapa akak tak dapat macam Rai yer...hahahhaha...perasann! Orang visit blog akak pun seketul dua jer...

Oh...kalau akak la dapat food macam tu, memang ^&($#@*^%% la rasa nya... Grrrrr......

Unknown berkata... [Reply]

seronok gak duk hotel tido, tgok astro..hihi..cntik gak hotelnye... zaman skang ni dah kurang yg betul2 ikhlas berniaga...ada yg ala kadar je..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

amboi rai seronok berguling2 anak beranak kat hotel tu yer... !

QasehnyaRania berkata... [Reply]

sedey kan beli makanan dpt gitew hasilnya..
akak nak popia basah sedap tak.hihi.kat pasar malam jelatek best punya popiaintinya ada udng kering, bawang goreng, tauge.. sosnya mmg pekat likat.. sedap la dimulut saya. hihi

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...wah bestnya berehat hujung minggu ni...:)

Dr K berkata... [Reply]

serius..selalu saya lalu area sek 7 tu..tak pernah perasan hotel ni...hahahaha...bilik2 dlm hotel tu bagus juga boleh jadi idea utk deco bedroom :)

tak gi try popia ali kat sek 7 tu ke?

JunAina berkata... [Reply]

Akak berguling2 menahan demam dan gastrik.

sal ya berkata... [Reply]

Hari2 berguling. Tp kali ni extra sbb bdk2 ni br je baik demam.

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... [Reply]

Wah!Bestnya bergolek2 sekluarag kat hotel...walaupon dgn umah xbape jauh.Tukar suasana tpt tido..best gak kan Rai.
Biasa la org niaga..nak untung jer lebey :(

Mimie berkata... [Reply]

Wah bestnye...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com