Selasa

Lego Custom Design : Aggressor Mk-IV : Stardust

Assalamualaikum..

Sepatutnya entry pasal LEGO pada hari Jumaat, tapi sebab minggu lepas tak sempat nak siapkan jadi kena cover dengan harini.

Baru-baru ni ada global punya pertandingan binaan LEGO mengikut kreativiti sendiri, jadi aku pun turut sekali bertanding. Hahahaha.. dan model yang aku hantarkan bertemakan "Space" dengan model Mk-iv Stardust ni. Ada beberapa lapis round dia, model ni aku bagi pegi dulu..

Sayang tak sempat sediakan backdrop sebab kejar nak siapkan LDD dia. Sticker pun tak sempat print. Apa punya kelam kabut daa..


Actually model ni dibina untuk minifig ibu (Rai). Jadi bentuk dia cam pompuan sket. Sedikit mimic element dari Gundam, Armored Core & Front Mission.


Tempat duduk pilot dia jenis cockpit. Model ni takde lampu LED macam Mk-IV yang lain sebab nak rampingkan bahagian badan terutamanya pinggang robot tu so that curvy tu bentuk pompuan. Dalam bebanyak yang bertanding tu, cuma ada empat model robot pompuan. Model lain kebanyakkannya bangunan dan landmark. Ada yang buat potret Marilyn Monroe (betulkan ejaan aku kalau salah, aku tak fasih pasal actor) guna LEGO.

Ini thruster (pelonjak eh sebutnya dalam bahasa melayu?) kat bahagian belakang. Dah tema space, so kena ada ciri-ciri angkasa. Memula aku buatkan 3 thruster, then fikir balik satu camni dah cukup baik. Pakcik penilai termasuk ramai yang bertanding tu puji thruster aku. Hahahaha.. yatta!!


Articulation robot ni dah hampir macam manusia. Bahagian pinggang robot ni boleh pusing lebih kurang 160darjah. Tangan, jari, kaki dan bahagian lain pun boleh diaksikan.
 
Betis dia pun a kind of tak siap. Hahaha.. lek lu.. tarikh akhir touch-up 30 April. Sempat lagi ni.

Kaki, stabilizer dia cun. Seb baik haritu calculate berat beban dia betul. Kalau tak, asyik-asyik jatuh je. Terima kasih kat Aqil sebab pecahkan prototype Mk-IV Ayah haritu. Kalau tak, mesti dah buat silap.

Tinggi? Errmmm.. tinggi dia lebih kurang bangunan empat tingkat LEGO, atau lebih kurang 130% ketinggian robot saiz besar LEGO Exo-Force.

Hadiah pertandingan tu takde laa besar mana pun. Tempat pertama cuma USD10k, tempat kedua USD7k, dan ketiga USD5k je. Selain tu akan dapat royalty sepanjang terjualnya model yang kita bina. Yang tak bestnya, kalau model kita dipilih sebagai antara model yang layak, kita kena hantar model tu kat diorang. Dalam syarat takde pulak cakap akan dapat balik. Apa pun, ini satu sukan yang baik, menarik dan syoq. Hahahaha..

 
 ::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

9 comments:

Unknown berkata... [Reply]

Wehh. Ni sangat cool!!!!!!!!!!!

(Tanda seru aku terlalu banyak. Maaf)

Mar Mansor berkata... [Reply]

oh tidak...tak tahu nk komen apa

t.a.t.a berkata... [Reply]

@Juno Rocket
Juno, tu nak cakap yang kau super-excited la kan?


Helleh.

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai, fulamakk dasyat ni. semoga berjaya ye Goshujin-sama. hehe singgah menabung ribena sini~~~

Celoteh Cheq art v2.0 berkata... [Reply]

tahniah..hebat hg ..susah nk jumpa anak melayu malaysia bkn indon yg otak geliga tahap leh wat sport light...moga berjaya..

PetakBunga berkata... [Reply]

betul.
sangat kagum.

Cho Zila berkata... [Reply]

wow menariknyer...

Eye_nee berkata... [Reply]

akk tak tau nak komen apa la Rai..cumanya sgt kreatif dan menarik hasil yg ko buat ni...sel2 otak ko masih berhubungan dgn baik nampaknya ni....hehehe..

QasehnyaRania berkata... [Reply]

kreatipnya

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com