Rabu

Nanas melawaskan buang air besar?

Assalamualaikum

Di waktu waktu tertentu aku memang mengalami craving pada nanas. Sedap makan cicah garam saja atau sambal kicap. Kicap saja pun okay. Tapi Aqil pun suka makan nanas. Damia boleh tahan, tapi lidah dia cepat lidas.
Nanas morris tanpa mahkota
So, aritu aku pegi Econsave jumpa nanas morris RM1.59 sebiji. Sambar sebiji.

Malam tadi potong separuh makan dengan anak-anak. Aisy pun makan sama.

Tapi biasa lah. Aku yang makan beria sebenarnya. Hahaha.. Habis separuh kat kami berempat. Shujin tak minat nanas.

Bangun pagi sakit perut. Aku masalah sikit nak membuang lately. Feeling tak mari. (Sorry!!)

Pagi tadi dengan happynya.. Semua berjalan lancar. Dan lambat hantar Aqil ke sekolah dan aku pun sampai lambat ke office.

So betul ke nanas melawas buang air besar..?

Agaknya lah. Kalau makan sampai setengah bijik. Hahaha..

Nota kaki : Nanas kaya vitamin C~!

Daa

19 comments:

PetakBunga berkata... [Reply]

masih pantang lg.. belum makan nenas sejak ngandung smapai sekarang? kenapa eh mak tak bg mkan leps berank pun?

Acik Erna berkata... [Reply]

Rai..acik tak tahan..cepat lidas..telan air liur he la..suka..rapi taj tahan..selain lidah pecah2 badan pin jadi gatal2

Nieda Ramly berkata... [Reply]

akak suka semua buah...buah nenas madu makan dengan kuah rojak best juga

Aziela berkata... [Reply]

Akak sangat takut dengan nanas. Tak kiralah apa bentuk sekali pun. Dah masak ke, buat jus ke, mentah ke...semua tak boleh. Lidas tu dah tentulah... tapi sakit perut teruk sangat. Gastrik....

babYpose berkata... [Reply]

makan cuma sepotong dua ja, rasa bersih dari lidah, tekak, saluran semua rasa bersih bila makan nenas terutama lepas makan nasi yang berminyak tu :)

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Suka mkn nenas tapi lidah cepat lidas. Tu yg malas nak makan.

Fazlina Ridzwan berkata... [Reply]

pebret....cicah dgn kicap, phewwwwwww...tp satg lidah abeh pedaq...masa tuh baru nak nyesai..hahaha..

JunAina berkata... [Reply]

Suka makan nenas tapi bab nak kupas alahaiii...malas...

sal ya berkata... [Reply]

part nak buang kulit tu mmg malas. anak-anak pun suka.selalunya kalau terpaksa je baru buangkan kulit tu.

Irfa berkata... [Reply]

sedap tu
lama x makan, tak tahu kenapa,hihi
tp cicah gula+kicap+cilipadi+belacan best tu

Dr K berkata... [Reply]

tak pernah tahu nenas ada jenis morris ni...selama ni tau makan aja...hahahaha

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Masuk dalan gulai ikan kering pun sodap.

Suria Amanda berkata... [Reply]

Nanas mengandungi potassium. .bagus untuk penghadaman jugak...dpt yg muda skit...cicah kicap cili..phewwwww...heaven...tp ngidap la lidas kan....

Unknown berkata... [Reply]

lama dah tak makan nenas.. walaupun buat masak pajeri nenas pun tak makan... ekekeke...

Unknown berkata... [Reply]

akak mkn nenas untuk melancarkan haid.. disamping merangcang.. ehe.. setakat ini... mmg berkesan..

mummY daniSha berkata... [Reply]

hehehe..dah lama x makan nenas..ye kot zai bole lawaskan...

imm berkata... [Reply]

xtau rase lidas camane.tp kalu mkn nanas banyak nnt gigi rase tajam.penah rase jugak tak?hahah
imm slalu hiris besar2 n nipis2 masuk gule n garam tunggu air nenas tu keluar smpai tenggelam nenas.pastu mkn gitu aje..hiiii nikmat

QasehnyaRania berkata... [Reply]

sedapnya nenas.lama dh x makan.huhu.
suka buat air nanas. cicah kicap.
eee, sedapnya...

ok la tu dpt melawaskan.hihi

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...sedapnya buah nenas ni cecah n masak pun sodap...:)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com