Secara kasar aktiviti hujung minggu kami untuk kali ni (supposedly) :
Sabtu - Pagi swimming (latihan akhir buat anak-anak), tengahari beli barang buat kimci, petang buat kimci, malam main lego dengan anak.
Ahad - Pagi buat persediaan famili nak datang lepak kat rumah, petang beriadah/swimming dengan ahli keluarga, malam rehatkan badan untuk kesibukan hari esoknya.
Apa yang sebenarnya terjadi, pagi tu dah bangun awal. Lepas sarapan dan revise pembelajaran anak semua, turun laa pergi kolam. Skali tengok, masya-allah... Teruknya kolam. Sape laaa pegi lenjan kolam hari sebelum tu. Dari jernih, habis hijau airnya. Macam air tebu, tak nampak dasar. Siap ada sisa makanan dalam tu. Semua orang terkejut. Lepas report kat management, diorang panggil emergency cleaning staff. Kawasan kolam kena tutup dengan tape. So, tak jadi laa swimming pagi tu.
Bila dah tengahari, kemalasan pun secara tiba-tiba melanda. Kami pun lepak je terus kat rumah tanpa rasa bersalah. Lepas ulangkaji buku anak lagi, terus aku layan main lego dengan Aqil. Kereta batman tu Aqil buat ikut manual dengan menggunakan apa yang ada. Kapal terbang hitam tu dia buat ikut imaginasi dia sendiri. Kapal terbang putih tu aku yang buat. Rai, Damia, Thaqif? Tido laa, apa lagi? Hahahaha..
Malam jumaat tu kami dah ada main lego. Aqil buat singa, aku buat burung.
Dah petang, keluar pergi beli barang untuk kimci. Masa Rai dok sibuk-sibuk pilih sayur tu, aku ngan Aqil gi buat perangai. Aqil yang start dulu. Hahahaha... Aku layankan je.
Malam tu, aku boring Rai dok sibuk kutip order kimci kat watsap dia, aku pegi layan Aqil dan Atiqah main lego. Kali ni main perang-perang. Pastu tido..
Ahad pulak, pagi-pagi lagi pakat buat kimci sebab hari outing keluarga dah tukar tempat. Tengahari pergi shopping, pastu terus bertolak ke rumah kakak kat KL. Sampai sana terus masak.
Antara menunya, bihun goreng (of course laa kan?), jus daun teh, popia kambing panjang 5 inci (Stuffy, rangup dan harum), puding roti buttered (lemak berkrim, kurang manis dan banyak walnut), kueh malas, fun fries, bubur ayam.
Masa mandi tu, sebab dah ramai kan, mandi-sejuk-naik-makan-mandi lagi. Ulang-ulang sampai hampir habis Asar. Sempat Rai curik-curik snap. Bagus betul ibu nih..
Quite packed, tapi berbaloi. Bila dah petang, terus balik rumah untuk berehat. In the end, ayah dan ibu je yang extra letih. Anak-anak dah tido dalam perjalanan pulang. Sampai rumah, diorang sambung tido. Ibu dan ayah masih bekerja sampai larut malam.
Roughly, hujung minggu ni takde aktiviti bisnes langsung kecuali Rai punya kimci. Hehehe.. Sesekali bermalas-malasan, tak salah kot. Cuma... rugi laa sihat tak dimanfaatkan.
Ahad
Hujung Minggu Ni
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
19 comments:
Salam rai..seronok habiskan masa dgn family dihari mggu...
hahaha.. gelagat betul tiru action gambar tu
kelakarnya dorg tiru tu..cerdik betul..sy tertarik sgt dgn lego tu..rasa nak bg anak sy main juga,,tp dia baru umr 8 bulan..bila masa sesuai nak mula ek..
@Sya Nadia
3 tahun ke atas. Dalam masa 3 tahun lagi, berapa peratus laa gamaknya harga lego meningkat ye? Huhuhu..
rasa sekejap je cuti hujung minggu.
owhh sayalah gerangan yang order kimchi ituu..hihi
Assalamualaikum kak rai, wahh pack gila hujung minggu. heheee ~~~
Shujin untunglah sambil jaga anak dpt main sama.. Rai pulak adalah peluang buat kimci dia kan..
Kakak tengok Aisy macam nak makan apa yg Damia makan. Dah montel pipi dia:)
Rai, baru aku perasan, memang selalu ke hubby kau buat kan entry?
Shujin tu suami kau ke?
akak, kalau x salah ini entry suami akak yg tulis kan. ke saya salah.hihi
kotornya air kolam tu.
bab tiru gaya tu ..terbaek la aqil :D
penuh dengan aktiviti di hari minggu dengan anak-anak.... lorr, sampai hijau warna air kolam tu ye
@t.a.t.a
Errmm.. Ya saya/en suami/hubby/shujin yang tulis. Masa buat entry ni, Rai dok sibuk masak semua hidangan tu. Minggu ni pun, kami ada banyak keja (ofis dan rumah). Mungkin tak boleh post entry hari-hari. Maaf ya sebab bukan Rai yang tulis.
Aku tak kisah pun siapa yang tulis. hahahah.
Amboi comelnyer tiru model kat board tu :D
memang lahabau betul yg gunakan pool tu...makanan pun dibaling dlm tu...huhuhu
popia kambing? wowwwww...tak pernah try ni
seronoknya kak ita tengok bersama family..beriadah..bermain...set lego tu mahal ke?..mcm best aje..
wah mmg padat tu jadual hjg minggu yer rai.. yg penting baiskan masa dgn anak2 & keluarga kan !
tak blh nak lepak2 dah hari ahad sbb husben je cuti. anak2 sekolah.
@anitadiana
Lego tu tatau rega berapa. Yang dalam gambar tu semua yang beli secara kilo semasa sale. 10kg +/-RM800 termasuk postage. Buat dua postage sebab nak elak kastam.
Catat Ulasan