Assalamualaikum
Pergh..Lama gila kot tak menulis (4-5 hari je padahal)
Aku sedikit tertarik dengan persoalan yang diutarakan oleh Ina tentang tidak boleh menyusu ketika mengandung.
Sendiri pernah mengalami pengalaman menyusukan ketika mengandung. Ini pandangan aku dari pembacaan dan perbincangan dengan doktor.
Persoalan boleh atau tidak adalah disebabkan oleh dua faktor
(1) Selamat untuk bayi dalam kandungan. Sama ada boleh menyebabkan keguguran atau tidak
(2) Adakah ia akan menyebabkan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yang mencukupi sebab badan proses susu untuk kakak/abang.
Biasanya.. Orang yang menghalang akan mengatakan ianya adalah tidak adil untuk adik sebab susu tu untuk adik dan kakak/abang ambil khasiat. Ibu mengandung ini ditakut takutkan dengan, nanti takut anak lahir tak sihat, kurus sebab tak cukup khasiat ketika dalam kandungan.
Setiap individu adalah berbeza. Dalam kebanyakan kes, menyusukan anak ketika mengandung tidak membahayakan kandungan. Bagaimana pun terdapat kes kes yang sedikit jarang berlaku dimana, proses penyusuan menyebabkan kontraksi berlaku. Sekiranya penyusuan diteruskan, janin boleh gugur. Oleh itu, lebih baik sekiranya penyusuan dihentikan ketika mengandung. Tapi sekiranya tiada pendarahan atau kontraksi. Penyusuan boleh diteruskan seperti biasa.
Dari segi nutrisi pula. Melalui pembacaan aku. Sebenarnya yang takut tak mendapat nutrisi yang mencukupi tu bukan bayi dalam kandungan. Tapi adalah anak yang sedang disusukan. Ini kerana, hormon yang terhasil ketika mengandung menyebabkan pengeluaran susu berkurangan. Dan menyebabkan si kakak/abang ni tak dapat nutrisi dari susu ibu yang mencukupi. Sekiranya belum start makan, atau terlalu bergantung pada susu ibu, ia boleh menyebabkan kakak/abang mengalami kekurangan nutrisi dan membantutkan tumbesarannya.
Manakala, bagi bayi dalam kandungan. Allah ciptakan badan kita sangat bijak. Bayi sentiasa akan mendapat khasiat yang mencukupi. Tapi perlu diingat. Proses mengandung dan menyusukan anak ini akan mengambil nutrisi dari badan ibu. Sekiranya ibu tak dapat supply makanan berkhasiat yang cukup, badan ibu akan menjadi cepat letih dan kurang bertenaga.
Oleh itu, bagi ibu yang nak meneruskan penyusuan ketika mengandung, perlu consider ambil vitamin tambahan seperti multivitamin, kalsium magnesium dan vitamin B bagi memastikan mereka dapat bergerak cergas.
Pengalaman tandem nursing Aqil dan Damia satu masa dulu sangat sangat membantu proses penyusuan. Rasa macam ada anak kembar pun ada.
Daa

19 comments:
Assalamualaikum kak rai, sheila pun terbaca semalam.. kesian sebenarnya anak yang sedang menyusu tak dapat zat dan khasiat daripada susu ibunya yang sedang mengandung ~~~
@Sheila Salim, jangan salah paham.. bukan susu tu takde khasiat.. cuma since kuantiti berkurangan.. mungkin tak cukup untuk keperluan nutrisi harian budak tu..
akak pun baru je peknen 10 minggu. masih menyusukan anak akak berusia 1 thn 6 bulan. mula2 mmg ada niat nak stopkan.. sebab akak alahan. tapi memandangkan akak cuma bf dia waktu malam dan sabtu ada. akak teruskan jugak bf. cuma sekarang waktu malam dia dah mula minta susu fm. mungkin tak puas kot.
gud info Rai.
tak mengandung lagi, masih menyusu..makan banyak pasal alasan nak bagi tenaga...ha.
There is no definite YES, or NO answer..kena tgk case to case basis...kebanyakkan uneventful pregnancy, boleh aja continue b/feeding
Oh ye ke? Rai. Bila smp turn aku pregnant kau remind aku lagi ya pasal ni.
Entah bila jaman nya aku nak pregnant pun tak tahu la.
HAHAHAHAHAH
Org dulu rata-rata susu badan sampai nak lahirkan baby baru berhenti. Kadang susah nak pisah siap pelan-pelan syer si kakak/abang dgn baby... Nasib tak apa-apa... (arwah mak kakaklah dulu)
Saya pon pernah ada pengalaman menyusu ketika mengandung. Terpaksa stopkan BF anak kedua sebab susu merudum habis. Memang sedih. Tapi best sbb dapat pengalaman buat tandem nursing.
So far tak der masalah klo nak menyusu ketika mengandung. Melainkan ada rasa contraction ketika menyusu.
sy xde la pngalamn kat diri sndiri, tp kak ipar sy mmg mnyusukan anak dia smpai dia preggy lg..dia dah bncg dgn pakar yg rawat dia..sbb dia ada mslah kesihatan..mcm ni jugalah jawapannya..
imm pn susukan aichan lg mase pregnantkan adik hana..masuk week 16,,susu da kering tp aichan still nyonyot..and amazingly mase week 25 susu kluar balik tp sikit.so aichan akn mintak susu FM jugak la.week 38, aichan wean off sndiri.walaupun offer die xnak,,susu adik katenye.padahal adik x kuar lg mase tu..dpt petunjuk dlm mimpi agaknye haha..
tp memang kna amek supplement lah.kalu x memang lembik la.
dah lm tak dtg sini. itu la... budak2 ni kdg2 saja je nak ngombeng. bkn nak sgt pn.
mak saya kata dulu saya share susu dgn adik saya sbb mase adik saya lahir saya x cukup 2 thn lagi... ok jer pun...hehe
thanks utk entry ni... saya ni risau sbb saya ada prob sblm ni tapi doc dah scan xda pe2.. prob tu rai dah tulis di atas.. tu yg saya jadi risau.. so, ahad ni saya akan g checkup dengan doc, time tu nak tanya dialah apa yg terbaik.. risau saya.. ni first time ada mslh camni.. masa prgnant alisa n aqilah xda pe2.. maybe sbb dah msk 3 series kot.. hihi
perkongsian ilmu yg menarik rai...lieya plak mase mia mija mmg gap tak jauh...seb baik bile lieya pregnant kan mija si mia otomatik benti menyusu....lega jugak sbb kalo tak mmg letih lesu dibuatnyer....
smga dpt mmbantu.
thanks sharing sis. dpt tambah ilmu sikit mlm ni.hihi
mg yg masih menyusu dalam masa yg sama hamil..dapat ambil panduan
tak ada pengalaman menyusu semasa mengandung...tp ianya info yang baik utk dibaca...thanks rai
saya masa kecik, nyusu sampai umo 5 taun. perg giler betul. sampai mak pregnenkan adik la kot sbb beza ngan adik saya 5 taun.. sampai skarang ada lagi makcik2 kt kampung buat ayat - ni la dulu yg menetek sampai besar tu ek? hahaha malu den
menarik ilmu yng dikongsi ni rai... berguna sgt2 pada yg berkaitan !
Catat Ulasan