Isnin

Perkembangan si Thaqif

Assalamualaikum

Lama tak cerita pasal perkembangan si bongsu. Maklumlah anak no tiga. Tak cerita bukan sebab tak excited dengan perkembangan dia. Tapi tak menang tangan melayan kerenah tiga beradik. Lagi la masing masing dah ada perangai tersendiri.

Si kakak dengan manja dia yang suka berkepit dengan ibu. Si abang dengan perangai abang yang suka berkepit main Lego dengan ayah. Si Thaqif sekarang dah pandai main dengan kakak. Tapi kadang-kadang kesian jugak sebab dia pandai main sendiri. Mak aku selalu marah sebab dia nampak aku macam tak layan sangat si Thaqif. Masa dalam pantang pun Thaqif tak buat perangai sangat. So bergolek golek je tidur sendiri. Huhu.

Sekarang umurnya dah 11 bulan. Sejak awal 10 bulan aritu dah mula bertatih dan melangkah satu dua tapak. Sejak minggu lepas, dia dah mula memanjangkan langkahnya. Berjalan dari dapur ke depan TV tanpa jatuh. Peelnya pun dah makin boleh tahan. Kalau makanan dia taknak, dia ketap je mulut buat tak tau. Tapi dah semakin manja. Bila nampak kakak Damia himpit ibu, dia pun datang menyempit sambil tolak tolak kakak.
Orang marah jangan panjat, dia buat muka comel tau
Yang merisaukan.. Dia makin tak makan saman ngan aku. Berbekalkan senyuman yang manis. Bila aku marah, dia pun boleh senyum senyum lagi tau. Grrr.. Kadang kadang aku terpaksa sorok muka supaya dia tak nampak aku senyum. Tapi bila aku betul betul marah. Mulut cebik, kening terus jadi macam kening angry bird. Hahahaha. Pun comel gila tau. Nanti aku tunjuk gambar beza muka dia senyum dengan masa nangis kena marah atau tak puas hati. 

Vocabulary baby word dia pun dah banyak. Dan bila kami baca doa makan sebelum makan, dia pun angkat tangan jugak. Tapi bukan angkat tangan macam orang berdoa. Dia angkat tangan tepuk tangan sambil sengih sengih. Geram okay!

Hahaha..

Daa

14 comments:

emarieys berkata... [Reply]

bila nampak kita marah tp kita senyum..anak jadi tak takut pula..terpaksa kena tahan dan nyorok...

Unknown berkata... [Reply]

muka comel mmng ibunya x smpai hati nk marah. tp kalau x marah bila nk disiplinkn ank2 kan

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Amboi sicomei sorg tu....dah makin pndai yea....sabar jerr la ibu yea....apa apa pown...dia tetap comei...abis cmne nk marah...

Nizam.Ariff berkata... [Reply]

Sabarrrr...hehehe

mummY daniSha berkata... [Reply]

bestnyee dah anak tiga =)

msredcheesecake berkata... [Reply]

thaqif botak lagi nampak bulat.... dorg ni kalau kita marah suka wat muka chumels...sape ngajar tah...hhee

Unknown berkata... [Reply]

bila budak2 sudah pandai memanjat kadangkala boleh buat fikiran mak bapak jadi runsing sekejap...hehe

t.a.t.a berkata... [Reply]

hai motak...

Acik Erna berkata... [Reply]

memang comel..mana rambut dia

Azian Elias berkata... [Reply]

Dah lama tak singgah sini...

akak pulak masa dulu2 selalu tertinggal yg no dua tu..tak tau lah kenapa..tp sekarang semua dah besar2 dah..lega lah

Zalina Hassan Zamri berkata... [Reply]

http://miszalina.blogspot.com/2013/12/sweet-sour-of-lfe-giveaway.html

Irfa berkata... [Reply]

selagi dia paling kecik dlm rumah
tentulah dia yg paling comel ;)

Unknown berkata... [Reply]

mmg comey laa gaya dia senyum tuu..mesti ensem besar nnt nih

Unknown berkata... [Reply]

comey la si otak tu.. hihi.. licin jer kepala.. jadi model tv yer? :p

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com