Jumaat

Budak budak sangat simple minded

Assalamualaikum

Lepas aku jumpa cikgu Aqil sebabkan kes tarik rambut aritu nampaknya ada perubahan. Semalam Aqil balik rumah dengan gembira sebab katanya cikgu tak marah atau pukul dia dah.

Balik rumah sangat happy dan kalut nak siapkan kerja sekolah (yang patutnya siap kat sekolah :P) 

Aku balik dari kerja, kalut panggil ajak teman dia buat. Dia habiskan 4 page dalam masa sejam. Sambung titik titik. Page akhir buku tu dia siapkan jugak walau pun kepenatan dan aku suruh berhenti rehat. Lepas habis buat tu, dia ulangkaji bacalah anakku dan buku Iqra'.

Walau pun progress membaca agak perlahan. Dan kadang kadang masih confuse huruf huruf jawi. Aku rasa dia dah berusaha bersungguh-sungguh buat semua tu.

Siap ajar Damia baca lagi. (Tapi sebenarnya Damia memang dah hafal Iqra' dengan huruf rumi sebab dia dengar aku ajar Aqil) Dan mintak aku ajar dia masa Aqil tidur.

Takde pulak ambik gambar masa diorang belajar sama. Sweet sangat. Terharu. Terserlah keabangan Aqil yang concern nak ajar adiknya, walau pun dia masih belum berapa fasih. Tapi aku anggap tu latihan untuk dia. So that dia rasa tanggungjawab nak kena hafal untuk ajar adiknya pulak.

Nota kaki: Terima kasih atas komen dan kata kata perangsang dalam entry lalu. Sangat dihargai.

Hari ni dah lega sikit. So aku akan jalan jalan ke blog kamu kamu ya.

Daa

19 comments:

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Alhamdulillah. Bagus abg ajar adik.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Tadika pun homework mengalahkan budak nak ambil UPSR. Kesianlah budak sekarang...

Mar Mansor berkata... [Reply]

tadika dah ada homework ye..
bagus sungguh abg aqil ajar damia

t.a.t.a berkata... [Reply]

rasa bangga kan bila tengok anak ada semangat nak belajar, dan bila dia ingat apa yang kita ajar.

Irfa berkata... [Reply]

alhamdulillah..budak ni hatinya bersih,tiada dendam ;)

makchaq berkata... [Reply]

Lama tak tengok blog.. banyak ketinggalan cerita Rai

Kesian adik, moga dah sembuh..

Kesian sangat baca cerita Aqil, cikgu tu ada masalah agaknya... selalunya cikgu tadika suka budak2..
Bagusla Rai dan Shujin ambik keputusan pergi bersemuka..

Alhamdulillah Aqil dah ok...

Chik Att berkata... [Reply]

Alhamdulillah... lega hati ibu kan...

Ujie Othman berkata... [Reply]

Alhamdulillah...Nampak mcm takleh settle aritu. Rupanya cikgu tu berubah jugak, dan kesan positifnya pada Aqil. :)

lieyalatif berkata... [Reply]

laa rai...lieya baru bace kes tarik rambut tu....tapi walau mcm mane pun, etika cikgu mane leh buat cam kat anak murid.... tugas die laa tuk mendidik....tak kira laa budak lemah, ke sederhana ke atau bijak pandai...nampaknye cikgu aqil mcm kurang daya tahan kesabaran layan anak murid je pada pendapat lieya...

in sha Allah aqil budak cemerlang budak bijak....tgk tu siap ajar adik die lagi...kalo tak bijak mane leh nak ajar2 ni kan....ape lah cikgu tuh...

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai.. pandainya abang.. ada sifat bertanggungjawab tu. bagusnya. semoga anak2 kak rai membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh serta solehah. In shaa Allah (",)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

baguslah klu ada abang yg leh didik adik2 even masih kecil lagi, beruntung rai, msti bangga kan !

Unknown berkata... [Reply]

baguslah dah ada perubahan pada Aqil... mg terus cemerlang dalam pelajaran..huhu..kisah anak anak...tak habis kan..semua itu mendewasakan kita lg

Tie HT berkata... [Reply]

alhamdulillah moga makin bersemangat dan berjaya dalam pelajaran.

msredcheesecake berkata... [Reply]

Seb baik aqil dah ok balik.... Barulah ada mood dia nak belajar.... Siap ajar adik lagi, bagusnya abg aqil ni...

mummY daniSha berkata... [Reply]

good boy...rajin and bertanggungjawab....=)

Unknown berkata... [Reply]

Nice feel good story. Selamat berkenalan.

Cik Rose berkata... [Reply]

Alhamdulillah.. perkembangan yan baik kan kak :) bagus abang dah pandai ajar adik..

Unknown berkata... [Reply]

alhamdulillah... abg yg baik ni.. ajar adik elok2 eh. :)

Unknown berkata... [Reply]

alhamdulillah, smga aqil trs brsemangt untk belajar dan berjaya dlm hidup

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com