Isnin

Ajar life skill pada anak dari kecil

Assalamualaikum

Zaman aku kecik dulu, kakak aku banyak bantu aku. Iron baju, basuh baju. Maklumlah. Zaman tu iron baju guna iron arang tu. Mau terbakar rumah kalau bagi aku buat sendiri. Basuh baju pun guna tangan. Memasak pun mak aku tak bagi sangat. Tapi bila dah sekolah rendah tu, iron pun dah guna elektrik, aku gosok sendiri la. Kasut pun basuh sendiri.

Aku bercadang nak bagi Aqil dengan Damia belajar buat kerja kerja rumah asas. Supaya mudah bila dah besar nanti. Lagi pun, dengan diorang bantu buat kerja rumah, diorang akan lebih hargai usaha orang keliling dia buat. Takde la baju dah pakai tu campak campak je sana sini. Dan, aku pun ada plan nak "gajikan" diorang untuk tugas yang diorang buat tu.

So, dari kecik diorang boleh belajar value kerja dan dapat upah tu. Dan bila ada gaji, diorang boleh la plan sendiri duit tu nak digunakan beli apa apa barang yang disukai. Nak gaji lebih, kerja lebih masa. Bila beli something dengan duit hasil usaha sendiri, diorang akan lebih hargai barang tu kan..
Antara senarai kerja rumah yang boleh diperkenalkan ikut umur kanak kanak.

Buat masa sekarang, aku dah ajar Damia dengan Aqil melipat baju. Damia tolong basuh pinggan. Dah start tolong basuh baju dan nak sidai baju. Lap lantai buat dengan aku. Menyapu lepas makan pun aku dah start suruh.

Cumanya.. kena sabar sikit la. Sebab ambik masa kan nak tunggu siap semua tu. Agak susah nak resist rasa nak tolong bagi cepat siap tu. Hahaha..

Insya allah lepas ni nak start bagi diorang cuci bilik air pulak. Nak memasak, aku tak harap sangat diorang main dengan pisau. Aku sendiri pun asyik luka. Lagi kan anak. Tengok dulu masakan yang tak payah potong potong bagai. Hehe..

Belum start bagi gaji lagi. Tapi rasanya masuk bulan February ni dah boleh start buat family meeting untuk tentukan gaji bagi setiap kerja. Kerja susah gaji mahal la kan. Beli tabung untuk duit gaji dulu.

Ada cadangan apa kerja rumah yang sesuai bagi kat anak-anak umur 4 dan 6 tahun..?

Daa

17 comments:

Fazlina Ridzwan berkata... [Reply]

bagus tu...ajaq anak dari kecik nie...anak dara sy skang dah pandai msk nasik, tlg kalih² lauk, siang bwg bagai, buat air...ringan sket dah skang nie..angkat & lipat baju tu tugas utama dia...sapu sampah kekadang klu umi x sempat...hehehe..

babYpose berkata... [Reply]

Salam, nice sharing, tadi faiq yg baru nak masuk 4 thn, dia bgtau ni plastik untuk masukkan dlm recycle bag dan paper utk papernya, sy rasa dia nampak saya bu
at kut. boleh cuba kemas katil atau rak buku/mainan dia sendiri. Kongsi sy yg tak seberapa :)

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Bab buat keje rumah tu...mmg dah praktik skit2 kat anak2...mesti la kena bantu kan...klau x...24jam...mmg x kan siap keje maknya ni...

Tp nak bg upah duit tu...x penah try lg.....setakat ni....upah diaorng bila time pgi kedai buku je...sebab jnji siap je sekian2 kerja...bole mntak nak buku apa...dan nak mkn apa...camtu je la...hehe...

lieyalatif berkata... [Reply]

e'eh menarik la rai...lieya copy dah jadual tu tuk buat rujukan....tapi betul tu, lieya setuju dgn kate kate rai...dari kecik la kite asuh mereka buat kerja rumah....tapi tak le bagi yg berat2..sekadar sebagai pendedahan kan....

umur 4-6 jgn bagi yg susah2 la rai..setakat kemas bilik atau hall same2...lap habuk...basuh pinggan same2 pun okey dah tu....cume kene pengawasan laa oleh kite kan...

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai, wahh bagusnya. in shaa Allah, anak2 mesti dengor kata dan berdisplin bila diajar dari awal (",)

izawani berkata... [Reply]

ajar tapi tak bagi duit, tak boleh yer ?

izawani berkata... [Reply]

Akak biasanya bagi arahan gini,
"Mama bukan orang gaji... jadi, kakak... sila bahagi kerja pada adik adik... dan mama masak !"

Kakak akan bagi kerja... adik 1 mop lantai... adik 2 basuh pinggan... adik 3 sapu sampah... Kakak... kerja mengarah... hahaha... mengamuk budak budak tu...

Unknown berkata... [Reply]

@izawani, boleh je.. takde masalah.. saya cuma nak diorang belajar earn duit sendiri.. kalau ada benda nak beli. kena usaha..bukan mintak je..

PetakBunga berkata... [Reply]

guna seterika arang memang tak pernah ingat.
dulu sekolah menengah baru start seterika baju sendiri. anak manja..hi.

emarieys berkata... [Reply]

ema setakat ni suruh anak tolong lipat dan jemur kain..kasut sekolah pun basuh sendiri..cuma belum pernah diberi gaji lah..

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Bagus idea ni. Dari kecik lah kita nak ajar dorang buat kerja rumah. Buat masa ni saya soh kimi basuh kasut dia sendiri. CUma x der lah bagi dia duti sbb basuh kasut ☺☺

Cadangan lain:
- mandikan adik
- bancuh susu adik
- kemas meja makan
- kemas meja study
- susun baju dalam almari
- vacuum rumah
- Susun kasut

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... [Reply]

Salam Rai...betul tu,bila dah diajar camtu..klu mak depa sbk/g kursus ke..anak2 blh handle 'keje2 ' yg mudah tu..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Sebenarnya itulah yg kakak buat Rai. Tak apalah bayar sikit janji mereka happy dan kita pun senang sama. Dulu kalau bibik kakak cuti (sebulan dua kali) anak-anak kena buat kerja, jadi lama-lama jadi biasa. Sekarang dah besar pun kalau Mak Zah balik kg sebab cuti sekolah mereka semua di rumah kakak bayar 'gaji' mereka buat kerja tau..

Chik Att berkata... [Reply]

Alhamdulillah ... CA pun memang bagi diorang tugasan. sebelum ni ... boleh goyang2 kaki ..ada aid. Sekarang dah tak ada ... kena survive sendiri lah heheheh . Alhamdulillah diaorang ok ..

Unknown berkata... [Reply]

mmng bagus bagi ank2 buat kerja ikut kemapuan mereka. juga jadikan kerja itu seronok untk dibuat. ank llki saya dh pandai buat nasi goreng simple sjk usia 11thn lagi. skrng tngh training ank dara saya umur 5thn buat sapu rumah, kopek bawang putih pakai tangn je, basuh cawan etc

Mar Mansor berkata... [Reply]

bagus tul nih..

Aziela berkata... [Reply]

Adam dulu, dah boleh lah kemas2 sikit. Bila tadika, dia boleh sapu sampah sikit2 dah. Sekolah rendah, dah boleh sidai kain, vacuum karpet. Now, dah boleh mesin rumput. Dia sanggup mesin rumput daripada kais rumput dan buang di tempat sampah...hahahahaha. Oh, basuh pinggan punn...hihihihih.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com