Selasa

Dah jadi tokey kimchi

Assalamualaikum

Dari awal aku menjebakkan diri dalam pembuatan kimchi ni takde lah niat nak menjual pun. Sebab membuatnya memerlukan aku seharian kat rumah. So agak kemalasan di situ. Hahaha. Tapi bila kawan kawan dah order. Kesian pulak. Walau pun aku pun risau jugak, takut tak kena dengan selera orang lain. 


Still.. Ada sesekali kawan repeat order kimchi. Aku happy la sesangat.. Terima kasih Irfa..


Sedulang kimchi yang telah digaul

Sambil buat ni ada orang datang curik makan sebab tak tahan baunya..haha

Sebahagian kimchi yang telah dibotolkan
Dapat feedback aritu kata kuah kimchi tumpah. Habis lencun kotak. Nasib baik aku masuk kotak dalam plastik poslaju. Takde la posmen rasa nak humban je bekas kimchi yang berbau tu. Hahaha.. Jadi, kali ni aku masukkan kimchi dalam ziploc sebelum masukkan dalam telap. Telap tu pun di seal dengan selotep. Harap-harap selamat sampai.

Baru hari ni shujin tolong poskan pada yang menempah.

Masa aku masuk dalam bekas ni Aqil tanya.. Kimchi kita yang mana ibu?

Shujin jawab "Tak payah harap sangat la abang.. Kalau ada lebih tu ada lah.."

Huhuhu..

Damia pulak kata "Ibu, ibu suka duit ke ibu?"

Huhuhu..

Secara tak langsung, anak anak pun tau betapa mata duitannya mak diorang. Hahaha..

Daa

26 comments:

Irfa berkata... [Reply]

BAGUS..SUDAH ADA IMPROVEMENT
KALAU DAH GTU TAKLAH TUMPAH LAGI
HAHAHA..SAKIT PERUT AKU GELAK DGN SOKLAN DAMIA..# nampak $$ dimata ibunya

Aziela berkata... [Reply]

Eh... Damia sangat sinis yer...hehehehehehehe. Bijak betul.

Kenapalahhh akak tak suka kimchi....

nazayiena berkata... [Reply]

Wah damia soalan yg jujur buat maknya....

PetakBunga berkata... [Reply]

haha..
ibu suka duit ke?

:)
comel betul soalan nya. tak pernah rasa kimchi ni. sedap ek.

Unknown berkata... [Reply]

perghhhh damia nya soklan kan! kerlasss

Unknown berkata... [Reply]

hahaha..kelakonya soalan dia..tergelak sesorang saya..

Adriannasyaz berkata... [Reply]

Ai tokey kimchi..tetba rasa mcm ada kat korea plak..ngeh2..

QasehnyaRania berkata... [Reply]

alhamdulillah
good luck kak

selamat tahun baru juga

aizamia3 berkata... [Reply]

Wah.. menarik.. akak tak pernah cuba.. nak order satu boleh..? Hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

ibu suka duit kee??
Sapa x suka duit Damia ooiii...
Http;//iamtifa.blogspot.com/

t.a.t.a berkata... [Reply]

Kimchi, kimchi, kimchi. Saya imagine kobis panjang yang digaul dengan paste cili.

Unknown berkata... [Reply]

Hehe.. Boleh kak.. Nanti masa hantar tray saya bawak ya..

Unknown berkata... [Reply]

lebih kurang lah.. lepas tu di peramkan..so rasanya agak masam..

Cik Rose berkata... [Reply]

moga terus maju :)

Kamsiah yusoff berkata... [Reply]

"duit sangat penting dalam kehidupan hari ni nakkk.."
kalau ada belen..baru anak2 boleh merasa ya..:)

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...wah kalau tengok cerita korea mmg terasa teringin nak rasa...bape rai jual satu balang tu...:)

Mimie berkata... [Reply]

wah jd bisneswomen berjaya skang..good2

Qashmere berkata... [Reply]

kak.....berapa akak jual satu botol kim chi ni... nak cubaaaaaaaaaaa.............

Unknown berkata... [Reply]

@Qashmere, akak jual rm8 je satu.. kalau nak boleh email ke kesoma.rai@gmail.com.. tapi tatau la kena dengan selera akmar ke tidak.. hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Mas Zull, saya jual rm8 je sebalang kak..

Siti Munirah berkata... [Reply]

soalan damia tu memang power. kalau aku ditanya dek haziq macam tu, err... kene fikir dulu nak jawab camner..huk huk..

p/s : tq tolong aku selesaikan masalah reply komen kat emel. muah muah to u!! :)

QasehnyaRania berkata... [Reply]

alhandulillah. good luck kak.
sy x pernah makan.takut tak boleh trima. apa bahan bahannya kak?

mayangbakingmadness berkata... [Reply]

RAIII... NAK ODE BLEH.. CAMNE EKK PM KAT FB BLEH TAK KALAU AKAK NAK ODE NI.. SEYES https://www.facebook.com/mayangharunsayang

Nur Hafizah berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur Hafizah berkata... [Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur Hafizah berkata... [Reply]

assalam kak.. kalau nak order macam mane? terliur plak saya ni... hehe... nnti akak balas kat sini facebook saya yea? terima kasih..
https://www.facebook.com/cukup.indah.1

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com