Jumaat

Binaan Mudah LEGO Pra-Sekolah

::: Dari Shujin :::

Dah dua minggu lebih tak tulis pasal LEGO. Sebabnya? Ni laa.. Hahahaha..


Habis semak bilik lego. Tak terkemas. Bila "ibu" tanya "kenapa tak kemas ni?". Ayah dan anak sama-sama jawab, "nak guna lagi tu. Biarkan kejap". Kejap tak kejap, rupa bilik tu bersepah hampir sebulan dah. Maaf laa ibu..

Aqil pun tengah mind block. Dia tatau nak sambung cemana rekaan akhirnya. Macam ni laa rupanya rekaan last dari dia.


Nak masukkan gear, tapi tatau cemana. Ayahnya pun sibuk manjang, tak boleh nak guide. Maaf ye abang.

Dalam sibuk tu, sempat lagi belikan koleksi baru untuk bulan lepas.


Tiga bijik speedorz dari koleksi LEGO Chima. Kosnya, RM7.50. Dua serigala dan satu gorilla yang diorang tak pernah ada lagi. Masa ambik gambar ni, yang gorilla tu tatau pegi mana, Damia yang lupa dia letak kat mana.

Sekarang tengah tumpukan pasal nak masuk sekolah anak-anak, jadi kuranglah main lego untuk masa akan datang. Stock LEGO baru, takde kot untuk bulan ni sebab perbelanjaan "wajib" setiap hujung tahun sangat tinggi. Tambahan dengan perbelanjaan sampingan yang dah banyak pun padahalnya.. Hahaha..

8 comments:

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Best lah klo ayah dan anak kongsi minta yg sama ☺☺

Unknown berkata... [Reply]

buat masa nih tak berani nak belikan Mifz set LEGO , confirm sekejap jer dah hilang nanti...hehe

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...betul tu perbelanjaan hujung tahun ni mmg byk yg diperlukn...

t.a.t.a berkata... [Reply]

Ni kalau dapat kat Budak Gundut kat rumah saya tu, bukannya dia buat binaan. Instead dia pi jadikan sebagai sawit. Dia tolak dengan backhoe dia. Nanti dia cakap la, "Backhoe nak ambil sawit. Masuk dalam trekter."

Unknown berkata... [Reply]

@Papa Mifz
Nanti saya tuliskan entry pasal ni (macamana nak buat budak main lego tapi taknak cebisan lego hilang) mengikut pengalaman kami. Patutnya schedule hari isnin minggu depan. Terima kasih sebab komen.
::: Dari Shujin :::

Mell Mariann berkata... [Reply]

nak jugak tip jangan bagi lego hilang.. nak bagi ank kite main lego jugak.. hehe

PetakBunga berkata... [Reply]

kreatif betul

aizamia3 berkata... [Reply]

bila dah hujung tahun ni 'acara wajib' untuk anak2 wajid didahulukan.. ;)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com