Assalamualaikum
Birthday aku.. Cukup setahun aku mendaftarkan diri jadi ejen affiliate Ashadee atau dulunya dikenali sebagai JomNiaga. Akhirnya balance dalam account mencukupkan dirinya untuk diorang buat payment pada aku (gila lama..hahaha). Aku select minimum payment RM100. Hahaha. So 29hb Oct, sehari sebelum birthday aku. Payment tu dah selamat masuk dalam akaun Maybank ku.
Yang menariknya pasal affiliate Ashadee ni, ianya adalah platform untuk orang yang nak jual e-book atau nak dapat komisyen hasil dari promosi e-book. Komisyen berdasarkan pay per sale, iaitu komisyen apabila ada orang beli e-book menerusi klik dari link kita atau pun pay per lead. Pay per lead adalah komisyen yang dibayar apabila orang yang klik pada link kita tu subscribe ke program yang diberikan oleh vendor. Biasanya pay per sale, komisyen nya lebih tinggi. Tapi untuk pay per lead adalah ditawarkan untuk e-book atau vendor premium. Barang mahal. Jadi kalau pengunjung subscribe pun diorang boleh bagi komisyen. Ashadee sendiri pun ada bagi komisyen bagi referral ke website mereka.
Apa yang menarik, terdapat banyak product yang boleh kita promosikan. Pilih je daripada 17 kategori yang ada. Antara product yang aku promotekan adalah belajar buat bun, roti dan pizza gaya hotel ni. Merasa la jadi top affiliates kejap. Kikiki..
Aku masih belajar nak membuat duit melalui blog selain dari iklan dari ihsan Nuffnang. So jom la kita cuba promosikan serba sedikit peluang percuma untuk menjana pendapatan tambahan ini..
Daa
5 comments:
Mcm best je mcm best je
Kakak ni tak rajin sebab itu naif bab ini semua Rai..
nak try lah...mcm best je...
wah..tahniah! dh merasa duit affiliate. saya tak sempat merasa, affiliate pelancongan tu dh bungkus..
nanti nk try jugakla :))
Catat Ulasan