Assalamualaikum
Konon sangat berpesan pesan pada kebenaran. Jerebu jerebu jangan keluar rumah. Tapi atas jemputan kawan baik shujin masa sekolah dulu, kami TERuja dan TERpergi jugak tengok pertandingan power boat ni di Tasik Bandaran (ek? Yang kat Kelana Jaya, dekat ngan Paradigm Mall tu..) Quiet a big event la bagi penggemar power boat ni sebab pertandingan ni international dan disertai oleh peserta dari negara negara Asia Tenggara lain termasuk
Apa yang pasti. Memang bingit lagi hangitt.. Hehehe.. Akibatnya, kena MC isnin sebab sakit telinga. Aku ingatkan ear infection sebab baru lepas korek telinga. Tapi kata doktor saraf. Dah alang alang doktor bagi je MC. Suh rehat. Kang bingit pulak kat opis. Hihihi..
Antara boat peserta yang bertanding
Ini pulak boat yang dijual. Kawan baik shujin tu memang buat dan jual power boat ni. Buat part time. Tapi masyuk jugak. Seketul tu RM450++. Material fiber glass. Memang plain je, lepas tu pepandai la design bagi cantik cantik. Tampal sticker bagai. Hehehe.
Kitorang tengok sekejap je. Panas. Alhamdulillah setakat ni anak-anak sihat walafiat, takde demam selesema batuk. Alhamdulillah semalam pun dah mula hujan. Harap harap rahmat tu datang lagi hari ni. Aminn..
Budak kecik ni dah 6.2kg. Makin membuas. Dah ada tanda nak seret seret dada. Tangan asyik nak mencapai je. Habiss laaa..
Macam mana jerebu kat kawasan lain? Dah makin berkurang ke makin bertambah?
Daa
18 comments:
harap2 jerebu mkn kuranglah hujan dah turun dibeberapa tempat... oklah utk sementara biut selagi punca masih ada jerebu masih ttp akan dtg jua
syukur..jerebu dah makin berkurangan bacaan ipu..terang ckit dah..lena betul tdo sikecik tu..
nampak ada kurang sikit lepas hujan mlm tadi..wah,baby tido sampai terselak baju nampak perut bula..haha..
sini belum hujan... tak dapat imagine budak tu melalak heheee...
cantik2 power boat tu.. ;)
budak tecik tu comel arr.. ;)
rindu kat Rai n family..
psstt: nanti ajaklah en. shujin datang makan sup.. hehehe.. tapi msg/call dulu..
Hoh! Exposed jugak die dgn jerebu tu. Hehehehe....
Tak pasan pun ade event ni. Maybe ahad la kot sbb sabtu ade gak lalu dpn tasik tu.
Rai duduk mana sbnrnya eh?
dah hujan skang ni okla sikit dari jereubu kan kak eheh.. tu anak akak yg kecik skali tuke.. mak aii kejap je dah besar ya. comel dia tido haha
Demmmm! Saya tak tahu pun ada event ni!!! hahahaha...kalau tak saya sanggup ber face mask gi tgk....
Eh, kawan hubby awak yg jual bot tu, ada blog/website bisnes tak? kat mana nak tgk product dia?
jerebu kat area port klang pun dah turun.. dari semalam ipu 492 hari ni dah jadi 142.. alhamdulillah..
anak2 akak pun alhamdulillah sihat... harap diberi hujan rahmat lagi hari ni.
Syujin minatlah tu sebab tu sanggup angkut semua pergi. Seronok kan Rai.
JB dah kurang banyak dah jerebunya.
kat tempat saya masih lagi jerebu hujan pun tidak...moga ader la hujan lepasni..
kemain sedap dier tdo tu...
area kedah xteruk sgt lor..boleh beraktiviti juga ke gan keadaan cuaca gitu??
Bestnye...rietta xoernah men benda nie...oloh tomeinye dak ais tu.....
Kat rumah pukul 2am hujan, kat rumah jugak mak & anak2 demam.
kat kmn ni bru2 ni ipu 254.. alhamdulillah.. hari ni n kelmarin dh mula hujan.. rasa lbih sejuk n kurang jerebu
PM baru balik dari Janda Baik, sana cuaca ok tanpa jerebu...
* nak minta jasa baik tolong remove dan masukkan balik link URL blog PM yer...tq...;)
Kalau nak pergi tempat mcm tu, kena dtg awal..bawak tikar besaaaar...bentang bawah pokok redup....keluarkan bento dgn air sejuk...lepas tu siapkan kipas tangan. Baruuu boleh lepak lama...hahahahhaha
oh boat ni.
aku igt boat yg maknusia naik ;)
Catat Ulasan