Isnin

Tragedi panggung wayang -Ironman 3

Assalamualaikum

Waii.. Malas gila nak kerja lepas cuti 4 hari kan. Saja je ambik cuti lebih sikit spend masa ngan anak-anak. Basically takde plan ke mana mana sangat pun.

Khamis
Pagi hari lagi shujin dah keluar basuh kereta sampai berkilat kilat. Konon nak ajak anak berjalan jalan petangnya. Pilihannya ke Zoo Negara, Aquaria atau pun ke panggung wayang. Tungciang tungciang. Pukul 2 lebih baru siap semua. Haih.. Apa pun, mintak opinion anak-anak. Aqil tak minat binatang, so bila diberi pilihan. Dia pilih nak pergi tengok Ironman 3. Damia pulak suka binatang, so dia pilih nak ke Zoo Negara. Kedua duanya suka tengok ikan. So diorang pilih ke Aquaria jugak. Tengok jam da dekat pukul 3, kalau ke KL, harus baliknya tu jem ngan orang balik kerja.. Kensel kensel. Tengok tiket Ironman 3.

Lastnya ambik tiket petang kat TGV Aeon Bukit Tinggi. Bawak diorang pergi makan & melawat mak mertua yang bertandang rumah kakak ipar aku. Baru pergi. Sampai je. Aisy berak pulakk.. Tukar diapers dia dulu la pulak. Oh..Aisy aku bawak je sekali, sebab aku rasa tak adil pulak nak tinggal dia. Huhu..
Cantik kan nursing room kat Aeon Bukit Tinggi ni. Individual room siap langsir lagi. Selesa dan bersih.
Lepas tu terus boleh masuk wayang.. Sejak kahwin, first wayang kami tengok. Selepas dekat 7 tahun kot tak tengok wayang. Hahaha..
Apa apa hal posing dulu. Pakai sweater siap dah.
Dah masuk
Masuk tu wayang kosong lagi. Aku ngeri pulak sebab gelap gila kan. Hahaha.. Si Aqil da bising. Dah lepas a few minutes baru orang masuk. Tu pun tak sampai separuh. Hari bekerja kan.. Kitorang seat belakang sekali. Bila Ironman start, tak lama lepas tu Damia kroh kroh tido. Sabo je aku. Aisy pulak memang tidur manjang. Dah nak dekat peak, tetiba shujin tepuk aku.
“Yang.. Damia nak berak. Bawakkan pi toilet”
Aku pun bagi Aisy kat shujin nak bawak Damia. Pegang-pegang. Ini bukan nak berak. Ini dah berak. Grr.. Budak ni boleh terberak dalam tidur. Hehehe..

Alahai anak. Awat la hang pi beghak kat panggung wayang. Dah satu kerja aku kena bawak dia basuh bagai. Dah basuh tu, aku balut motot dia ngan sweater je.

Sambung tengok cerita jap. Aqil pulak nak kencing. Ayah dia pulak pi bawak.

Maapla pada kengkawan yang rajin ke wayang. Anak aku memang tak sengaja. Kalau korang pi tengok wayang kat TGV Aeon Bukit Tinggi, elakkan wayang 7, seat double no 6. Damia terkucil kat seat tu la aritu. Hehehe.. Beraknya takde la jatuh kat situ. Ok. Sori ya.
Gambar Aisy tak ambik aritu. Ni gambar 2 hari lepas. Kepochi kan..
Sibuk nak hisap ibu jari
Sekarang dah mula pandai nak mencapai dan menggenggam. Kalau tak dapat capai ngan tangan. Dia nak kuis ngan kaki. Memang teramat peramah. Kalau rajin melayan, dia senyum dan gelak je. Paling suka main ngan abang dia la.

Eh.. kesimpulannya, Ironman 3 best pada kitorang. Terselit unsur unsur kelakar jugak. Kalau nak tengok lagi pun aku ok je. Hihi..

Daa

16 comments:

azian berkata... [Reply]

hihihi....lawak laaaa budak2 nih...
yan tak pernah bawak mumumu g tgok wayang...ade gak niat nak bawak tp takut diorang boring...we olls???mmm...lama laa jugakkk tak tgok wayang...baek buat wayang sendirikkk je laaa....hihihi

ZieMarziah berkata... [Reply]

hahaha memang dugaannnnn..ironman 3 memang best!

Aziela berkata... [Reply]

Akhirnyaaa! Hehehehehhe....sampaiii juga Rai ke wayang dengan geng bas sekolah. Ok ler tuh... Oh, akak tak tengok wayang kat KL atau Selangor..hehehehehhe.

Next week baru plan nak bawak Adam.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Itu baru nama mak-ayah. Kerenah anak pasti ada dlm usia kecik kenalah layan. Kalau dah macam Aqil dah pandai menikmati cerita. Damia dan Aisy tidurlah apa lagi kan macam dalam bilik di rumah gelap dan ada air-cond:)

Unknown berkata... [Reply]

hahaha...aku dapat rasakan apa yang ko rasa Rai...

kami dah 2 kali bawak anak2 pegi tgk wayang..tapi tak pernah jadi incident mcm ni..first time mase tu pregnant kat adik ammar..bawak budak berdua tu..2nd time mase adik ammar 3 bulan..hahaha...selalunya kami amik seat utk couple..so anak2 duk sekali sume..

tapi yang best hari jumaat lepas kami keluar berdating berdua..tak bawak anak2..aleesya tinggal kat atuk bibah..lagi dua orang tinggal kat pengasuh diaorg...spend masa berdua plak la..lama tak berdating..haha..pegi tgk ironman 3 jugak..pastu karaoke sampai takde suara..haha..

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

dalam panggung sejuk Rai, anak2 asyik ulang ke toilet...
kerenah anak2 pelbagai, sabar sajalah..

JunAina berkata... [Reply]

Comelnya Aisy...

Bawak anak2 tengok wayang kelah banyak bersabar sedangkan anak yg besar pun banyak peelnya inikan pulak anak kecil.

aizamia3 berkata... [Reply]

tak pernah try lagik bawak anak2 ke pawagam.. nak try tapi ntah bila agaknya..

Cho Zila berkata... [Reply]

ini memang tragedy ni.... ha.. ha.. oklerkan kenangantu...
akakpun dah tengok anak beranak ceritatu.. best kan....

Dr K berkata... [Reply]

After 7 years of marriage, ni baru 1st time tgk wayang balik?? wowwww! hahahaha..

Bole faham ke jalan cerita sebab keluar gi toilet tu? hihihih..

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...seronoknya pi tengok wayang tapi biasa la kalau ada budak2 mmg mcm tu la gayanya...:)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

hehehe rosak plan yer rai~

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Hehehe...biasa la anak anak kecil...yg pnting enjoy....

mummY daniSha berkata... [Reply]

lama giler ko x tgk wayang heee....danisha pun pena jugak nak berak time wayang hahaa..

miss yatie berkata... [Reply]

bestnya gi jalan2 tak ajak kita punnn...hihhii

KY belum tengok lagi ironman tu

Ayu Ayunie berkata... [Reply]

nasib mmg xpegi aeon sana sbb jauh kalau tak mmg nak elak seat wayang tu.. hihi.. si kecik tu angkut gak tgk wayang yer.. ktorg kalau dah besar skit baru bawak. kang nak tgk dia je.. hehe

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com