Khamis

Trafik dan nama anak

Assalamualaikum

Dua benda yang bermain dalam fikiran aku masa sampai office hari ni..

Pertama.. Apa fungsi polis di trafik light susur keluar KESAS menghala ke Summit & Sunway Pyramid. Aku lebih suka hari hujan lebat di mana, polis tak jaga trafik kat simpang tu. Memang jem jugak. Tapi tak seteruk kalau ada polis. Sorry la kalau ada sedara mara polis atau polis sendiri yang baca blog aku. Tapi serius aku rasa menyemak gila! Petugas KESAS lagi haru. Melambai pada kereta yang bergerak di jalan lurus. Heh~

Kedua.. Paper The SUN di muka depan. Orang di New Zealand da habis idea kot nak namakan anak diorang. Ada nama 4real la V8 la. Paling kesian.. Talula Does The Hula From Hawaii. Ye. Korang tak salah baca. Tu nama orang. Ko rasa apa perasaan budak tu bila pergi sekolah. Actually, nama anak orang kat Malaysia pun tak kurang hebatnya. Nama anak punya lah bombastic. Tak tau la bahasa mana, apa maknanya. Tapi, kalau nama anak elok pun kalau panggilnya bukan bukan tak patut jugak. Nama adik aku elok elok mak aku bagi nama Firdaus. Kawan dia panggil “kechik”. Ada kawan shujin dipanggil “man bulu”. Tak tau la nak ketawa ke nak nangis kalau aku jadi budak tu. Hehehe. Agak agak lepas GE13 ni kalau BN menang lagi, ada tak penyokong yang namakan anak diorang IM4U ke BR1M ke. Hahahaha..~

Aku purposely bagi nama anak yg guna 1-2 suku kata je. Supaya orang tak boleh dah nak pendekkan lagi. Aqil, Damia & Aisy. Tapi kalau Damia panggil dia Iqa (from Atiqah) memang nak kena la :P

Daa

13 comments:

Acik Erna berkata... [Reply]

asalam Rai..acik pun sama..dua suku kat..senang m
nak pangil

Unknown berkata... [Reply]

owh...pelik betul nama...terbaru nama anak Dato' LCW kan Kingston...macam jenama thumbdrive la pulak...tapi kita orang Islam nama kena elok dan ada makna yang baik....:)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Mereka tak kisah pasal nama tu yg konon nak lain dari yg lain..

Sebaiknya letak/panggil nama anak dgn bama yg baik-baik.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

La... salah eja 'bama' tu 'nama'

Nieda Ramly berkata... [Reply]

nak isi borang pun senang, senang nak ingat , senang nak tulis.

Irfa berkata... [Reply]

aina..Irfan dan Hajar
dah cukup pendek kot..tapi Hajar di pendekkan lagi panggil Ajaa..adoi

Mulan berkata... [Reply]

kesian menantu laki nak akad kalo nama bini panjang berjela kan.

Unknown berkata... [Reply]

haha...betul tu..nama elok2 dipanggil nama ntahpape..

BERT berkata... [Reply]

bajet bes name pelik... yg malu anak nti jd bahan hehe

Aziela berkata... [Reply]

Polis trafik : Agree.

Kesas : Agree

Nama anak : Agree juga..hehehehehe

Ati Masrif berkata... [Reply]

nama anak2 kak ati semua panjang2
tapi selalu kak ati panggil penuh
supaya ada maksudnya :)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

nak yng pelik2 aje tpi susah nak nyebutnyer !

aizamia3 berkata... [Reply]

takut salah sebut nanti maksudnya jadi lain.. ;)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com