Jumaat

Tak bercukur?

Assalamualaikum

 

Saja call mak hari ni. Aku wat pura pura tanya. “kalau balik ni ada peruntukan ke..?”

 

Kehkehkeh..

 

Mak kata tatau. Aku pun ngusik mak sebab sejak nak pilihanraya ni mak sibuk dengan aktiviti ala puteri UMNO. Kiranya undi mak bukanlah rahsia bagi kami adik beradik. Hihi.

 

Aku pun kata. Ala mak..orang skang da tak pakai timbang gitu. Pakai timbang elektronik. Zaman skang orang naik roket.

 

Mak pun kata kat aku. Nak laju sangat ni. Gi la naik roket ke bulan tuu..

 

Aku kata.. timbang berat sebelah ni. Hahaha.. Mak jawab. Eh kalau timbang elektronik lagi la tepat.

 

Mak sambung. Tu la.. budak budak muda sekarang ni da ramai yang engkar, derhaka.

 

Adehh.. Aku jawab.. Pilihan masing masing mak. Kan bebas memilih.

 

Takmo panjang panjangkan.. Aku paham. Mak bukan macam aku. Cuma kadang kadang kesian bila dia cerita pasal info yang dia dengar dalam program yang Felda anjurkan. Mak aku bukan pandai guna internet. So, TV dan suratkhabar adalah sumber info dia.

 

Tapi sedih jugak bila mak sendiri kata, kita tak bersyukur dan engkar (pada “kerajaan”) sebab tak undi diorang.

 

Asal bukan mak kata aku derhaka kat mak sudah la. Takut tak cium bau syurga..

 

Nota kaki : Eh..undi aku adalah rahsia. Wakaka..

 

Daa

15 comments:

Munn Jaafar berkata... [Reply]

mak kita lebih kurang ja..hahahaha

mayangbakingmadness berkata... [Reply]

katanya dapat peruntukan kene claim kat umno bahagian..

Irfa berkata... [Reply]

hehe..aku gelak
sbb dh penah dgr pasal ni
xpela..x jatuh derhaka kot.hihi

Aziela berkata... [Reply]

Mak bapak akak, siap suruh printkan info dari internet..hehehehehe. Tak tengok Buletin Utama dah, sebab tu tak tau maknyer masuk berita. Dah tak baca paper arus perdana. Tapii..... parents in law sangat kasihan. Memang dia asyik kata kita semua tak reti bersyukur.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

slmt mengundi ye rai !

Tanpa Nama berkata... [Reply]

emak kita berkongsi pandangan yang sama...

Dr K berkata... [Reply]

Warga tua, warga Felda..mmg susah diubah mentaliti..sebab apa yg dilihat, apa yg dibaca...itulah di media arus perdana.

Unknown berkata... [Reply]

hehe...same la mak kita..

tapi anak2 sume tak ikut pilihan dia..hikhik..

ko mengundi johor ke?
en.shujin cemane? balik kedah ke?

nazayiena berkata... [Reply]

Iya kita bebas memilih dan slmt mengundi Rai.

BERT berkata... [Reply]

hihi rahsia ker kak... sy 1 family memamg pembangkang bertahun2 lamenye hihi

Dr K berkata... [Reply]

cop, tak berSYUKUR ke berCUKUR?

:P

MulutPayau berkata... [Reply]

Selamat mengundi ya....

Unknown berkata... [Reply]

Bercukur lebih catchy.. Hahah

Unknown berkata... [Reply]

janji kita tak derhaka dengan mak ayah ok la kan...:)

kay_are berkata... [Reply]

dulu source ade cume berita ngan paper je, sekarang internet meluas so bende2 yang di hide tu kite boleh cari kan.. tu sebab macam2 fahaman parti ade sekarangni..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com