Selasa

Nak kuruskan badan?

Assalamualaikum

 

Semua orang nak bentuk badan menarik. Semua orang suka kalau BMI normal. Tapi berapa ramai yang sanggup bagi effort untuk capai semua tu. Bila tengok suggested post kat Facebook, aku annoying gila bila product menguruskan badan dipromosikan dengan cara yang menyalahi etika. (Tu pun ada orang kata aku berblog dengan tak beretika.kahkahkah)

 

Lima hari turun 10kg

Sapu je, turun 8kg

Suami makin sayang, tak payah senam

 

Berbondong bondong insan 3G yang komen, “PM price”, “Cemana nak order?”.

 

Kesian..

 

Teringat kata kata Albert Einstein – “WE CANNOT SOLVE OUR PROBLEMS WITH THE SAME THINKING WE USED WHEN WE CREATED THEM”

Masalah 3G biasanya adalah disebabkan oleh gaya pemakanan tak sihat, makan berlebihan etc etc. So, nak buang balik lemak tepu tu tak semudah tak makan dah boleh dapat bentuk badan berat badan asal. Berat badan asal maybe boleh capai. Tapi bentuk badan tak mungkin.

 

Dengan hanya jaga pemakanan atau kurangkan makan, kita mungkin akan dapat turunkan berat badan dengan cepat. Temporarily. Sebab air keluar dari badan. Tapi otot jugak kecut sebab kita tak senam. Bila otot kecut, possibility nak naik berat semula berganda ganda bila kita stop jaga makan akan jadi lebih tinggi. Aku jumpa sorang makcik makan product XX, mula mula nampak dia agak berisi, jumpa lagi sekali, nampak kurus kecut macam orang sakit tenat. Sampai shujin tanya dia, dia sakit ke. Dia siap promote ngan kami product tu. Katanya berkesan. Aku cakap kat shujin. Kalau jadi kurus rupa camtu takmo la aku. Macam orang ada penyakit je. Huhu..

 

The best adalah dengan makan makanan seimbang dan bersenam untuk build on muscle. Product product ni cuma sebagai booster je. Apa yang penting, amalkan healthy lifestyle.

 

Tak sempat nak senam? Life is about choice my friend. Bila kita pilih untuk tak ada masa, itu bukan salah siapa siapa. Semua orang dapat 24jam. Kalau kerja banyak asyik kena OT, tak sempat nak balik awal. Kita boleh pilih untuk balik awal atau cari kerja lain. Tapi kalau kita tak cari, itu pilihan kita. So, the choice is in your hand. Nak spend duit ratus ratus untuk product yang kononnya “sihat” tapi dalam tu ada gula tinggi pun siapa boleh larang. Duit masing masing kan..

 

Daa

15 comments:

Irfa berkata... [Reply]

jaga makan dan bersenam abis cerita
hehe..aku tahu yg tu tp itulah yg susah nak buat ;)

cik dah faridah berkata... [Reply]

heeh kdg2 cik dah ada gak terpengaruh..tp sblm beli tu mmg kaji dulula...takut gak kan..

tp bila dah cuba tak kurus jgk..heran gak cemana la org boleh turun smpi 10kg smggu....x makan lgsg ker...

nak kurus pun tetap kena makan n bersenam

Dr K berkata... [Reply]

semua org tahu, takpayah doktor membebel suruh regular exercise + jaga makan....

Tapi ramai yg buat buat tak tahu + nak short cut = laku lah produk produk ..:)

JunAina berkata... [Reply]

Akak still banyak alasan untuk buat regular exercise...haissshhh...

Sekarang ni dok usaha nak bagi berat badan naik coz ramai sgt dok tegur kurus (dari dulu la) dan tak bermaya.

Ujie Othman berkata... [Reply]

Haha..tula, saya dok tahan telinga bila ada sorang tu desak2 beli susu kurus dia.

Ayu Ayunie berkata... [Reply]

xcaya produk krim2 ni. lagi bagus kalau control makan dan xcercise.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

yup betul tu rai, yg penting jaga kesihatan kan !

Unknown berkata... [Reply]

ya betull..org kita selalu amik jalan mudah..dah ade yg mudah nak mudah lagi..huhu..

nak kurus tapi malas nak senam..pastu diet sanggup tak makan..

kesian tul org camtu..

Aziela berkata... [Reply]

Sangat2 betul and very the true. That's y akak tak amik apa2 produk. Kalau betul2 nak kurus, akak kena exercise. Masalahnya, pilihan nak jadi pemalas lebih banyak dari paksa diri exercise. Cover pulak dengan mcm2 alasan.

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Setuju ngn akk...mmg kena senam....rietta pown kdg kdh miss jdual....tpi bak kata org, plan senam, pada masa yg mmg kita bleh...jgn plan awl pg mggu sedangkan kita jenis yg susah mangun pg...

Psss...produk rietta xberapa yakin...tkut side effect...dh tgk sorg akk nie masa rietta outstation...loss weight yg sgt ketara, tpi mcm org skit....wsau plak rietta tgk...

BERT berkata... [Reply]

betul2 senam la yang paling bagus untuk kurus... tapi sy malas senam.. haha semputtt...

pssstt : undi kat pembangkang N9 hehe.. undi tak rahsia lagi sebab kat kertas undi ada no siri hehe...

Kamsiah yusoff berkata... [Reply]

ramai yg mengambil kesempatan,menjual berbagai produk,yg belum tentu keberkesannaya(kdg2 tak logik langsung)
tp dek taksubnya nak kurusakan badan,ramai yg tak peduli RM mengalir bagaikan air..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... [Reply]

Slam rai...tang exsecise tu yg lomah lutut...tp klu ada geng syok gak jogging pg2 ke...

miss yatie berkata... [Reply]

yg paling penting kalau nak kurus janganmakan lebihkan? nasib baik KY dah sememangnya slim heee

Unknown berkata... [Reply]

hisaya ada cara anda blh kurus dengan mudah dan cepat tanpa guna pape produk.
http://weighttrainer.blogspot.com
tq

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com