Rabu

Avent Manual tetap dihatiku

Assalamualaikum

Dari sebelum bersalin, sampai la dah sebulan berpantang. Baru aku dapat decide nak beli pam apa. Haha.

Walau pun asalnya aku berkira kira nak pam letrik avent iq uno, tapi setelah berkira dari pelbagai sudut, avent manual jua pilihan hatiku. Murah pun murah. Dasar cheapskate. Hahaha.. RM168 je :p

[image_0]

Baru sampai tadi. Part nya sikit je berbanding avent manual yang lama. Best!

Sebab kenapa pilih manual jugak.

Aku takut nanti baru berapa bulan guna jadi masalah itu ini. Barangan elektrik elektronik ni macam cabutan bertuah jugak. Ada masa, cap ayam pun tahan bertahun tahun. Ada masa, cap mahal mahal, sat je rosak.

So, aku malas nak ambik risiko. Satgi da pakai, tetiba nak kena pi hantar service la apa la. Nak kena ada pam spare pulak. Malass.

Lagi pun, aku tak kisah pam manual pun. Kat mana mana nak pam pun boleh. Takde urgency nak pam double triple bagai. As long as kerja siap, bos aku ok je.

Pasal lenguh. Aku rasa takpe la lenguh sikit. Tak patah pun tangan sebab mengepam. Lagi pun pam avent ni biasanya dalam 5-10minit da dapat penuh 4oz.

Da test pam ni. Tak sabar nak kumpul susu.

12 comments:

Irfa berkata... [Reply]

kakpb ada bagitau nak jual ni
tp ko dah beli xpelah

Unknown berkata... [Reply]

kalau itu yg berkenan di hati tiada siapa boleh menghalangnya..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

adui.. aku lupa ko ada bagitau aritu..

Unknown berkata... [Reply]

shima nye dah tak kuat suckingnya... mungkin kena beli getah yg baru..

Aziela berkata... [Reply]

Lenguh sedikit is much more beautiful sebab ada baby kecik. Bestnyaa. Tapi iyerlah. Akak pun setuju dengan Rai. Malas nak layan gajet elektrik/tronik. Hubby kata tangan akak sensitipp. Pegang brg letrik semuanya jahanam. Hehehehehe.

anumuchan berkata... [Reply]

wuwuwuu..saya tengah kompiusss lagi..huhu..nnt dh pakai manual, pastu rasa nak pakai letrek lak..beli lagi..mmbazir lak kan huhu

Deqna berkata... [Reply]

saya rasa pun gitulah, kalau pakai manual lagi cpt dapat hasil dari pakai elektrik. tapi sekarang ni saya memang guna both elektrik ngan manual.

selamat mengumpul susu

Tanpa Nama berkata... [Reply]

moga berjaya ye RAI... jaga diri & baby !

Unknown berkata... [Reply]

pakai yg 2-3 in 1 la. yg boleh letrik dan manual. banyak dah skang ni. akak clumsy sikit. tak harap nak pakai letrik sangat..

Unknown berkata... [Reply]

lebih kurang saya kot kak.. hahaha..

mummY daniSha berkata... [Reply]

kakak aku pun suke avent manual...die kata x sakit...

Ibu Muda 30series berkata... [Reply]

Daku pon pakai yg avent manual ni jugak dlu.. siap beli 2...boleh pam kiri kanan serentak. lenguh? xde la... seronok ada la sbb tgok susu mancut2...kikii... kalau letrik, tak rasa sgt keseronokan tu sbb kita ikut je kekuatan sedutan mesin tu kan (dh penah try both)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com