Assalamualaikum
Kecoh kat dalam group ibu ibu yang menyokong penyusuan susu ibu tentang satu entry oleh seorang lelaki yang menyentuh pasal public nursing. Ala.. breastfeeding di tempat awam.
Aku link kan salah satu nya je lah ok.. Cursing Malay
Actually.. Pada aku that guy got a point there.
Cop cop.. Ibu ibu yang breastfeed jangan emosi ya. Please try to understand his situation.
Aku pun breastfeed jugak. Pada aku breastfeeding adalah easy tapi the people around you will never get easy with you.
Kenapa? Biasa la kan.. Banyak sangat promosi pasal susu formula. Padahal susu formula tu pun tidur susu ibu jugak. Ciss..
Ok. Thats not my point today.
Aku bersetuju dengan pendapat Mantot tentang breastfeeding di tempat awam. Bukan semua. Tapi mostly la.
Breastfeeding di tempat awam bukan bermaksud kita perlu tunjuk dengan semua orang kita adalah ibu yang menyusukan anak dengan menyusukan kat atas bangku tengah tengah pasaraya. Yes, you wear your tudung, you got nursing poncho and whatnot to cover the boobs. And yes.. Budak kecik can get a lot of attention bila menangis tu. Stress bila orang pandang pandang sampai rasa cam nak pekup mulut dia supaya orang tak tengok macam kita mak tak reti jaga anak. Tapi, jagalah malu kita.. Orang pandang sebab anak melalak malu. Tapi orang pandang kalau terselak baju kita salahkan orang sebab tak tundukkan pandangan..
Aku juga sangat sangat aware yang pasaraya di Malaysia pun tak mesra ibu menyusu. Kalau ada pun, ada lah parents muda mana-mana yang baru dapat anak nakkan privacy bagi susu botol kat anak dia bergurau senda dalam tu.
So..apa choice yang kita ada..? Boleh je nursing kat public. Tapi bukan terlalu open. Pilih la tempat yang tak ramai orang lalu lalang. Kalau kat kedai makan. Dah tau anak masih breastfeed tu pilih la seat yang agak tersorok. Kalau naik flight. Kalau dah tau perjalanan agak jauh. Dan nak kena breastfeed jugak jugak. Mintaklah seat yang kat tepi tingkap. Or at least sampai atas flight tu mintak tukar kejap dengan perempuan lain yang duk kat tepi tingkap. Masa menyusu tu ngadap ke tingkap.
Shujin memang tak pernah setuju aku nursing in public. Secara open. Masa anak-anak masih kecik belum start makan semi solid atau solid food. Kitorang limitkan masa dan kekerapan keluar berjalan window sopping bagai. Unless "wajib" nak kena keluar. Nak beli barang. Aku breastfeed dia puas puas dalam kereta. Sampai tu terus ambik barang yang perlu. Lepas tu balik ke kereta sebelum next feeding. Atau kalau nak singgah makan. Kitorang pilih tempat tersorok dan aku hide budak kecik tu bawah meja. Means kena bongkok sikit la.
Sebab kenapa? Terus terang. Shujin penah je cakap kat aku dia nampak tet pompuan tengah breastfeeding anak kat public. Ye lah. Memang lah dia larikan mata. Takkan nak pi belek bini orang pulak kot. Tapi takkan aku nak salahkan shujin dan kata dia menggatal sebab tu kot. Dah "ter"tengok. Seriously. Dia kata kat aku "Its no fun to watch it". Aku boleh jadi sangat clumsy dan tak perasan terselak. Tapi shujin sangat sangat aware. Aku rasa mostly lelaki macam tu. Yelah.. Sapa tak sayang bini wooii.. Takkan senang senang nak share dengan orang pemandangan yang patutnya dia je nampak..
So ibu ibu. Tolonglah. Kita taknak menjadi orang yang akan menarik suami kita ke neraka. Selagi ada ruang. Sila la cover cover. Again.. Aku tak kata jangan nursing kat public. But don't be too open about it. Kalau just ada stroller. Dah cover ngan poncho ke nursing cover tu lindung balik stroller. Kalau muat duk dalam tu, duduk la dalam tu. *ok tak kelakar*
Dan aku rasa, itu yang Mantot cuba sampaikan dalam entry dia. At least.. apa yang aku faham.
Please jangan emosi. Tak payah la nak kata "eh pompuan pakai seksi nampak tet tu tak pulak ko tegur" Come on la. Kita taknak disamakan dengan pompuan seksi yang tak semena mena tunjuk tet tu. Tapi bila dalam kes macam ni emosi pulak. Pandai pulak cakap "eh lelaki kena la tundukkan pandangan".. Rasional la ok..
Nota kaki : Dan hari ni.. The argument jadi lagi ridiculous. Aku seriously tak suka ibu ibu yang hantar gambar tengah nursing kat majalah. Fine. Ianya adalah personal opinion. Still.. Aku rasa tak perlu kott nak publish dalam majalah nak tunjuk gaya ko breastfeed...
Entry ibu lain : Shima Salleh
Entry ibu lain : Shima Salleh
Daa
22 comments:
Setuju dgn Rai..kak zan pun pernah bf baby di tempat public tapi make sure tempat tu ada sedikit privacy ( kalau nak betul2 privacy dok jer rumah) ...di bangku2 shopping complexs..no..no..no..jgn kan kaum Adam..kak zan tidak senang melihat situasi begitu....
betul tu.. saya pun limitkan keluar shoping ni bila ada baby kecik... kalau keluar jugak.. bawa botol susu.. tapi dlm kereta sama macam rai jugak.. bagi dia nyusu puas.. dan selalunya botol susu tu tak guna pun.. sebab baby dah kenyang..
tak smua pasaraya ada tmpt sususkan baby ni...kalau saya mmg tak fikir hal org sekeliling..bila anak nangis cari tmpt yg sesuai terus beri susu badan...skrg ni org tak hairan klau kita susu anak ditmpt awam..mrk pun tahu...
a'aaa apa yg sy phm yg lelaki tu tulis kat entry, sm dgn apa yg rai ckp...
sy pun kalu keluar, cntohnya kuar mkn la, dh sah2 akn cr tmpat yg tersorok.. sbb dah tau ank akn menyusu...
sy pun mmg kurg kuar shopping, perlu sgt br kuar.. kalu x hubby je kuar.. kalu keluar pun skjap2 je sbb mesti ank nk menyusu..
scra peribadinya, time sy menyusu dlm kereta pun, kalau breast saya tu terdedah, hubby akn tegur suruh cover.. dia ckp kereta lalu lalang, xmustahil org nmpk.. n sy sndiri sbgai is3 pun, malulah jugak jika org nmpk breastkn..
dgn kat lain, sy xkisah jika org nampak gaya sy yg tgh menyusukan ank, dengan syarat x nmpk breast saya tu.. kita kne pndai2 coverlah kn :-)
setuju ngan kak rai.kalau nak nursing kat public place mommies perlu juga jaga aurat.saya suka shopping kat jusco.ada nursing room..
Yup! Perkara ni x salah, tapi mengundang mata lelaki..bkn sbb gatal tapi naluri biasa lelaki.
saya penah nmpak di tmpt awam, dia bfeed smpai ternampak breast dia..malunya saya rasa!
Dan penah nmpk yg bagus..dia guna kain khas yg utk cover tu (letak kat leher ibu). Selamat & tak mengundang perhatian.
Tepuk dada tanya iman... kalau perlakuan kita mengundang tak baik sebaiknya hentikan. Cari jalan terbaik. Macam Rai kata kenapa tak susukan dulu sebelum turun kereta bagilah puas-puas. Shopping cepat-cepat sebelun next feeding kan senang.
selagi boleh, shopping lah di shopping complex yg ada nursing room..kalau takde pun, carilah surau. It is all about sacrifice.
setuju .... dulu klu nak keluar mana2 .... mmg susu kan anak puas2 dulu dlm kereta ...... tak pun munna minta tumpang kat mana2 kedai pergi bahagian belakang sikit nak bf anak
honestly,aku kurang setuju bf kat public...shopping complex ada surau dan kebanyakannya ada tempat menyusu kan?x taula..tp kat melaka mostlye memang ada...kalau x da,surau kompem ada kan?pergila surau sekejap....kalau x pun,bawala susu yg dipam siap2....juz my 20 sen =)
assalamualaikum rai...betul tu apa yg rai katakan kalau nak menyusukn tu carilah tempat yg tersorok sedikit jadi x lah jadi pandangan org yg lalu lalang memang x manis kan ....jadi pada ibu2 yg menysukan anak2 kenalah pandai2 yer...:)
Suka2 hati je selak menyelak ni kat public ......kata yg tak selak ni plak yg malu.....
Walaupun cover penuh masa bf, tapi kalau dah di tengah2 tempat orang lalu lalang, tetap menarik pandangan mata orang. Macam magnet. And apa yg kita secara tak langsung createkan dalam otak pemandang2 tu? Dah cover penuh, yes. Tapi..? Better buat mcm yg Rai suggest. Atau mcm DZ kata di surau..pun much more better dan selesa.
Akak dah lamaaaa sangat x bf baby.
for KA try cari tempat yg terbaik dulu.. public ni kdg2 x selesalah
bgus la info ni.. sbb msih dlm pntang so x pnh kuar utk bf bby kt luar.. 1 info buat sy digune pkai nti
sangat betol.. dulu pon mmg la seksa nak cari tempat2 tersorok.. kalo dah terpaksa, mmg dok bawah tudung jadinya.. mmg kena bawak extra shawl etc utk cover..
Aku pon mcm naik segan tgok mommy lain tak cover boob dia.. Nak tgur takut dikatakn penyibuk plk..huhu
memang sgt aware kalau menyusukan baby kat tmpt awam dan biasanya cari tmpt tersorok. kalau tgh bf tu mmg kejap2 check baju dgn tudung. tersingkap ke tidak. nampak ke tak.
salam rai...
betul apa rai kata..kadang2 sesetengah wanita ni, bila brestfeed kurang perasaan malu. tak tau kenapa..tp mmg tak manis brestfeedkan tengah2 pasaraya kan..carik surau tak leh ke ek? huhu
Mungkin ramai pasal flashmob yang marah tapi pada pendapat Kak Sha satu jelah,
"Matlamat tak menghalalkan cara"
Betul. Niat mereka betul. Cara mereka tu...tak kata TAK BETUL dengan capslock tapi...kurang betul sahaja.
Tu yang dok sengih2...pakai tudung tapi bukak tetek tu apasal? Ni betul ke berjuang utk dressing room atau berjuang nak masuk dalam magazine? Haaahh...itu sah2 la capslock, bold siap dengan menggeleng bila nak taip TAK BETUL.
Walaupon bercover dengan nursing bra...tp bab nak tangkap gambar sambil menyusu...errmm...saya tak akan buat. Biarlah saya jadi jurucakap sahaja kot. Kalau tak nanti saya jatuh macam awek tak pakai bra juga lagaknya nanti:)
Ramai yg suggest surau. Yes, betul tu. Tapi pernah tak anda ke surau perempuan di mana org kat surau pulak jelek...ada yg bisik2, "Rumah Allah ni! Kenapa dia bukak tetek?!!!" (macamlah mereka saja ada Tuhan)
Ataupon ada yang berdecit sana sini bila cermin nak mekap dihadang oleh ibu yang cuma mahukan anak dpt makanan.
Susah jadi mereka tau. Bukan senang. Sebenarnya perjuangan mereka nie utk kesedaran masayarakat. Cuma cara agak kurang betul jadi itu yang timbul entry seperti ni.
Harap kutukan atas mereka tak sia2. Harap perjuangan mereka pon tak sia2.
Sebab...Kak Sha pon mahukan tpt selesa utk anak nanti:)
As for now...carilah tempat lain. Cuba tanya mak2 macam mana mereka buat dulu. Ibu Kak Sha selalu cakap, "Banyak yg nak dikorbankan bila ada anak. Kalau dulu keluar shopping 3 jam, sekarang potong separuh...1.5 jam" Senang nak balik rumah utk menyusu :)
Bukan lama pon...besok2 dia menyusu botol atau dah besar sikit...nak jalan 3 jam jalan sangatlah:)
sendiri mau fikirlah, but KA setuju ngan Rai
setuju..aku ada satu entri dalam draft tpi dari hari ke hari tak jd nak publish..aku terfikir nak buat ent3 tu bila baca satu blog yg entry hampir 90persen adalah kisah FB.dan tuan blog pun asik tungguk gambar dia BF.aku pompuan,penah bf jugak tp aku malu tgk gambar yg dia share dgn semua orang.majalah tu pun aku penah baca zaman anak pertama dan dah lama x beli pun..terkejut tgk ruangan tu
Catat Ulasan